Perrh...nyaris-nyaris lupa nak renew roadtax my 'superbike' hehe...nasib baik la ada roadblock. Masa dalam perjalanan pulang dari maktab Khamis lepas maklumlah la dah cuti 3 hari =), tiba-tiba ada roadblock bersepadu kat R&R Gurun pula. Time tu highway kat Gurun bukan main sesak lagi. Ingatkan ada orang dok repair jalan atau kemalangan, rupanya roadblock. Semua kenderaan dari highway dipaksa masuk ke R&R sebab kat highway dah dibuat lencongan ke kawasan R&R termasuk la my 'superbike'. Masa kena periksa dengan JPJ tu baru la perasan yang road tax 'superbike' ni tinggal beberapa hari ja lagi nak tamat. Surat peringatan untuk renew roadtax pun tak sampai lagi, ditambah pula dengan penyakit kelupaan yang bersarang dalam diri ini. Peratus nak ingat tu ada dalam 30% ja, selamat la ada roadblock tu, kalau tak, mungkin dah lupa terus tarikh untuk renew roadtax tu. Alhammdulillah... setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.
Sunday, May 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment