Mei tahun ini genap 40 tahun Peristiwa 13 Mei. Peristiwa 13 Mei 1969 meninggalkan parut yang cukup mendalam kepada sejarah Malaysia selepas kemerdekaan. Pelbagai versi cerita yang mengerikan sering dengar tentang hari hitam tersebut. Pada 13 Mei 1969 satu Malaysia gelita dengan kejadian rusuhan kaum yang turut menyebabkan korban jiwa dan harta benda.. Ini adalah hasil kejayaan British yang telah mengamalkan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Selain itu, kegiatan ekonomi yang berlandaskan kaum dan etnik turut menyumbang kepada masalah ini. Kaum Melayu dengan kerja tradisinya bercucuk tanam, kaum Cina terkenal dengan perniagaan dan perlombongan manakala kaum India setia menetap di estet-estet. Kesannya pada ketika itu ialah bubungan kaum yang amat kritikal kerana mereka mempunyai ruang yang terhad untuk berinterakasi antara kaum dalam mengenali satu sama lain. Ini jelas menunjukkan tentang kepentingan interaksi antara kaum dalam memupuk perpaduan di pelbagai peringkat. Selain daripada itu, sistem ekonomi yang lemah dan keadaan politik yang tidak stabil turut membawa kepada keretakan hubungan antara kaum. Parti-parti politik yang ditubuhakan bercirikan kaum kerana masing-masing ingin menonjolkan identiti kaum masing-masing dan penbawaan ideologi yang berbeza dalam perjuangan politik. Perbezaan ini sepatutnya menjadi manusia itu lebih terbuka bukannya alat untuk meniupkan persengketaan. Allah telah berfirman didalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud ”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”
Pengajaran yang perlu kita ambil berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei ini ialah rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malah ia merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan harta benda. Selain itu usaha yang berterusan perlu dilaksanakan untuk memupuk perpaduan di antara kaum di Malaysia. Ia tidak boleh sekadar "hangat-hangat tahi ayam" atau melaksanakannya sekadar "melepaskan batuk di tangga". Jurang pendapatan yang besar antara kumpulan dan kemiskinan mesti dikurangkan untuk membentuk masyarakat yang seimbang dan adil. Akhir sekali kita bertindaklah berlandaskan akal fikiran yang waras dan undang-undang selagi mana undang-undang itu mampu untuk melindungi dan menjamin hak kita. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment