Wednesday, May 13, 2009

Ini Suara Rakyat Malaysia


Hasil tinjauan yang dibuat oleh akhbar nasional negara, Berita Harian melalui laman webnya berkenaan krisis di Perak mendapati 87.5% pembaca mengundi untuk setuju diadakan pilihanraya negeri melalui pembubaran DUN. Hanya 10.5% menyatakan pendirian tidak setuju manakala bakinya 2.0% mengambil pendirian berkecuali. Tinjauan ini boleh dikatakan sebahagian daripada suara rakyat Malaysia kerana BH mempunyai pembaca yang rata-rata dari kalangan Melayu dan mempunyai bilangan pembaca di akhbar onlinenya melebihi 1300 dalam satu-satu masa. Keputusan ini diambil berdasarkan bacaan pada pukul 7.30 pagi.

Keputusan udian ini juga bersamaan dengan keputusa melalui undian SMS yang dibuka berkaitan krisis di Perak oleh Edisi 7 pada bulan lalu iaitu lebih 95% rakyat Malaysia bersetuju untuk dibubarkan dun dan diadakan pilihanraya negeri di Perak.

Semalam, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek , Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow dan Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Dr Hsu Dar Ren masing-masing menetapakan pendirian yang sama iaitu kembalikan kuasa kepada rakyat untuk rakyat tentukan keadaan politik di Perak. Faisal Tehrani yang merupakan seorang novelis yang berpengaruh melalui blognya semalam turut meletakkan pendirian yang sama iaitu dibubarkan DUN dan diadakan pilihanraya negeri yang baharu. Ini mungkin hanya sebahagian fakta tentang suara hati rakyat Malaysia untuk dibawakan kepada pemimpin kita.

Ayuh Datuk Seri Najib Tun Razak, jangan berlengah lagi, kita gerakkan agenda 1Malaysia, RAKYAT Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sudah tibanya masanya untuk kuasa rakyat didahulukan untuk mengukur pencapaian kerajaan. Wallahua’lam

No comments: