Sunday, May 10, 2009

Rahsia Tahi Lalat-Muka

Assalamualaikum, ni ada serba sedikit maklumat untuk dikongsi bersama tentang rahsia tahi lalat. Entri pada kali ini agak bersangkutan dengan entri sebelum ini iaitu "Lalat Adalah Hidupan Terbang Terbaik Di Dunia". Saya rasa setiap orang mesti sekurang-kurangnya ada satu tahi lalat pada diri mereka, tapi tak semua orang ada tahi lalat di muka,hehe..Bagi sesetengah orang tahi lalat ini membawa erti kepada mereka,dan bagi sesetengah orang ianya tidak membawa sebarang erti, jadi apa-apa pun kat bawah ni ada beberapa rahsia tentang kedudukan tahi lalat di muka seseorang, selamat membaca....



KENING KANAN
Sekiranya kamu mempunyai tahi lalat pada kening sebelah kanan, kamu dikatakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan cekap melakukan setiap tugas yang diberikan. Maksudnya kamu mampu memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan ke atas kamu.

KENING KIRI
Sifat sopan adalah gambaran bagi mereka yang memiliki tahi lalat sebegini. Kamu juga seorang yang lemah-lembut. Walaupun kamu seorang yang bersopan dan lemah-lembut, namun jangan terperanjat kerana kamu juga seorang yang aktif dan cergas. Tidak hairanlah kamu ini suka
melibatkan diri dalam kegiatan lasak termasuklah acara sukan.

ANTARA DUA KENING
Kamu dikatakan seorang yang keras hati dan pendirian kamu sukar digugat atau dipengaruhi orang lain. Selain itu, kamu juga seorang yang berani. Kadangkala sikap kamu yang berani ‘tak bertempat’ itu mendatangkan keburukan pada diri kamu.

ATAS MATA KANAN
Kamu dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Selain itu, kamu juga selalu berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yang mantap dalam masa yang singkat.

ATAS MATA KIRI
Kamu dikatakan mempunyai sikap baik hati dan disenangi orang lain. Tidak hairanlah kamu mempunyai ramai teman tidak mengira status, jantina dan kedudukan.

PIPI KIRI
Ini menunjukkan kamu mempunyai ramai teman. Mungkin kerana kamu seorang yang peramah dan tak sombong. Kamu juga tak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan ikhlas.

PIPI KANAN
Kamu sentiasa menjadi pujaan ramai peminat dari jantina yang berlawanan. Tidak hairanlah jika kamu mudah mendapat pengganti walaupun baru sahaja putus cinta.

PADA HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini menunjukkan kamu ini cukup bernasib baik dan murah rezeki. Kebanyakan mereka ini mampu hidup senang-lenang.Bertuahnya badan!

PADA BATANG HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini dikatakan lebih bertuah. Kamu lebih mudah memperolehi kekayaan dalam hidup dan dicintai sepenuh hati oleh yang tersayang. Kamu juga dikatakan hanya melalui satu perkahwinan sahaja seumur hidup.

BIBIR ATAS KANAN
Kamu seorang yang petah berbicara. Mempunyai banyak rezeki dan pandai.

BIBIR ATAS KIRI
Kamu dikatakan mempunyai ramai kawan kerana sikap baik hati dan suka menolong orang.

BIBIR BAWAH KANAN
Kamu seorang yang disegani oleh ramai orang. Mungkin kerana sikap peribadi kamu sendiri membuatkan orang suka kepada kamu. Selain itu, ia juga turut membuatkanwajah kamu manis dan sedap mata memandang.

BIBIR BAWAH KIRI
Kedudukan tahi lalat ini menunjukkan kamu seorang yang pandai berbicara. Setiap kali bercakap orang akan rasa kagum terhadap kamu. Jadi tak hairanlah kamu mampu menjadi penceramah/pemidato yang baik. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah pekerjaan yang memerlukan kamu berkomunikasi dengan orang lain secara langsung. Kamu juga seorang yang tidak mudah mengaku kalah.

HUJUNG MULUT KANAN
Kamu jenis yang tak mudah menyerah kalah dan akan mencuba sedaya-upaya. Mereka ini mempunyai semangat juang yang tinggi. Walau bagaimanapun, mereka perlu bekerja keras untuk hidup senang.

HUJUNG MULUT KIRI
Awas! Kamu dikatakan seorang yang suka berfoya-foya dan bersosial. Personaliti kamu yang menarik membuatkan diri kamu mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.

DAGU BAWAH KANAN
Kamu dikatakan mempunyai sifat mulia sehingga membuatkan ramai orang menyukai kamu. Kamu jujur dan baik hati dengan semua orang. Namun begitu, akan ada orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu.

DAGU BAWAH KIRI
Ia menandakan kamu ini seorang yang bijaksana dan mempunyai jiwa yang suci daripada hasad dengki dan cemburu.


Sumber:RahsiaDiri.com

No comments: