Friday, May 29, 2009

Pulang juga akhirnya..

Assalamualaikum, kepada semua teman-teman yang telah (yang balik awal) dan akan melangsungkan percutian ini selamat bercuti diucapkan, kepada yang tidak dapat bercuti janganlah anda ada menyimpan walau sedikit pun perasaan jeles atau dengki kerana sesungguhnya ia hanya akan membusukkan hati seperti busuknya buah pisang ranum yang ditinggalkan. Tapi hiasilah hati dengan perasaan yang baik kerana ia akan kekal harum seperti harumnya bunga cempaka walaupun telah berbulan-bulan dipetik.

Aku insya-Allah akan pulang ke rumah petang ini setelah berjaya mengemas bilik. Usaha aku selama dua hari untuk mengemas bilik akhirnya berbaloi juga. Dikesempatan ini juga aku minta kepada semua yang sedang bercuti tu berhati-hati di jalan raya dan dimana sahaja anda berada.

Sebutkan pasal jalan raya ini teringat kat Ishak yang aku baru pergi tengok dia semalam kat hospital. Ini adalah kali kedua dia masuk ke hospital selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 4 Mei yang lepas. Kali ini dia dimasukkan ke hospital kerana terdapat jangkitan kuman pada luka di kakinya dan memerlukan sedikit pembedahan bagi mengeluarkan ketulan darah beku dalam kaki dia. Semalam masa melawat dia dalam keadaan berpuasa kerana menunggu masa untuk ditolak ke bilik pembedahan. Kata dia, tengah malam dia akan dibedah selepas di berikan antibiotik yang secukupnya melalui tiub di tangannya. Kecederaan utama dia ialah retak kat area tulang pelvis (bahasa anatomi ini kalau bahasa kampung panggil tulang punggung ja). Semoga Ishak cepat sembuh dan tabah dalam menghadapi ujian ini.


Akhir sekali, jutaan kemaafan dipohon andai ada salah silap kepada sesiapa sahaja. Selamat bercuti dan bertemu keluarga. Wasalam.


No comments: