Tuesday, May 26, 2009

Tak Patut Tak Patut

Apa yang tak patut tu?
Disini ada 3 perkara yang tak patut anda lakukan ketika menjawab soalan peperiksaan:


Pertama: Berbincang ketika peperiksaan sedang djalankan
Anda tidak dibenarkan untuk berbincang ketika peperiksaan sedang dijalankan walaupun soalan itu jelas meminta anda untuk berbincang. Contohnya seperti soalan ini "Bincangkan lima langkah yang perlu diambil bagi membendung gejala lompat rumah sukan serta huraikan". Jadi tak perlu lah anda mencari-cari partner bila jumpa soalan macam ni ok. Jika anda hendak berbincang juga dan berasa sesangat terdesak untuk berbincang, cukuplah sekadar berbisik-bisik.

Kedua: Memberitahu jawapan secara lisan dan kuat

Anda tidak dibenarkan menyebut jawapan anda secara terang-terangan kerana suara anda akan mengganggu calon lain dan anda dikira menberitahu jawapan kepada calon lain ketika peperiksaan walaupun soalan jelas meminta untuk anda berbuat demikian. Contohnya "Sebutkan nama tiga ekor beruk peliharaan Pak Jibun". Tambah-tambah lagi jika anda terjerit-jerit kerana menyangka hanya anda seorang sahaja yang tahu jawapan itu. Anda perlu ingat bahawa hanya ujian lisan sahaja yang membenarkan calon untuk bercakap, nama pun ujian lisan.

Ketiga: Buat-buat pandai
Ini khas bagi soalan struktur ataupun esei. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang menghafal skema jawapan sebelum peperiksaan =). Pelajar yang kurang cemerlang ialah pelajar yang menghafal skema jawapan sebelum peperiksaan. Sama saja kan?Tetapi yang membezakan diantara pelajar yang cemerlang dan pelajar yang kurang cemerlang ialah pelajar yang kurang cemerlang akan menulis "Lain-lain jawapan yang munasabah boleh diterima" di setiap akhir jawapannya.

No comments: