Thursday, April 29, 2010

The Girl Effect

~selamat menonton~



Pingu..Penguin...

Pingu dan Penguin, apa bezanya?saya rasa pasti ramai daripada kita yang pernah tengok cerita Pingu, kisah seekor Penguin di Antartica. Tapi ramai antara kita yang tidak tahu sangat tentang makhluk ciptaan Allah ini. Setiap makhluk ciptaan Allah pasti terdapat kelebihan padanya yang tidak kita duga dan kita fikir oleh akal kerana Allah itu luas pengetahuan-Nya dan Maha Bijaksana. Allah telah berfirman dalam surah  Sad ayat 38 yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka." 

Apabila bercakap tentang penguin mungkin ada antara kita yang teringat tentang satu iklan susu tepung di televisyen tentang habitat penguin. Penguin dan beruang kutub tidak menetap sekali walaupun kita sering melihat gambar-gambar penguin dan beruang kutub bersama pada poskad atau kulit buku yang berkisar tentang kutub utara dan kutub selatan. Hakikatnya beruang kutub menetap di Kutub Utara manakala penguin menetap di Kutub Selatan. Penguin yang tingal di Antartika (Kutub Selatan) merupakan adalah ciptaan Allah yang istimewa. Penguin mampu hidup dalam suhu 40 darjah Celcius di bawah paras beku. Ini kerana Allah telah anugerahkan kepada penguin dengan lapisan lemak yang tebal iaitu sehingga 3 sentimeter di bawah kulit. Lemak ini bertindak membantu penguin mengekalkan suhu badannya sekitar 39 darjah Celcius.

Pada awal bulan Mac hingga April, penguin yang juga haiwan sosial akan bergerak secara berkumpulan dengan pasangan masing-masing untuk pergi ke  tengah daratan sehingga sejauh 80-120 kilometer. Boleh anda bayangkan bagaimana penguin ini yang berjalan terkodek-kodek mampu untuk bergerak sejauh ini dan yang pastinya ia bukan satu perjalanan yang mudah. Bagi penguin yang tidak mempunyai pasangan, ia akan terus mencari pasangan sehingga ia akan mati kesejukan kerana ditinggalkan oleh penguin yang lain.Sedih.

Penguin ini akan bergerak ke tempat yang sama setiap tahun untuk mengawan dan bertelur. Semasa bergerak menuju ke destinasi untuk bertelur, penguin-penguin ini akan bergerak dalam satu barisan yang teratur, jika dilihat dari jauh ia akan kelihatan seolah-olah manusia yang berjalan dalam satu barisan. Setibanya di sana, penguin-penguin ini akan mengawan dan bertelur. Setiap penguin betina hanya mengeluarkan sebiji telur untuk setiap kali musim mengawan. Fakta yang lebih menarik adalah sewaktu proses pengeraman telur penguin. 

Telur penguin perlu dijaga dengan rapi kerana jika ia terkena ais atau tanah, ia akan membeku. Jadi selepas penguin betina bertelur, telur tersebut akan disambut dengan kaki dan kemudiannya akan diserahkan kepada penguin jantan. Penguin betina dan penguin jantan perlu berhati-hati semasa hendak memindahkan telur kerana jika berlaku sedikit kesilapan, telur tersebut akan rosak. Penguin betina akan kembali ke laut untuk mencari makanan dan bekalan untuk anaknya yang bakal menetas. Proses pegeraman seterusnya diserahkan kepada penguin jantan, Jadi nampaknya penguin jantan tak berpeluang untuk berpoligami kerana dia perlu mengeram telur tersebut dan seekor penguin hanya mampu untuk mengeram sebiji telur sahaja. Telur yang di eram akan diletakkan pada kakinya dan dilindungi oleh lapisan kulit yang tebal di bahagian bawah. Kulit ini akan menutupi keseluruhan telur. 

Untuk tempoh selama 9 minggu iaitu waktu pengeraman, penguin jantan akan berdiri dan bergerak menggunakan tumitnya sahaja. Boleh kita bayangkan macam mana dan betapa sukarnya waktu itu. Selain itu, penguin ini juga akan berpuasa untuk tempoh itu. Berpuasa selama 9 minggu dalam keadaan kesejukkan dan terpaksa berdiri menjadikan makhluk ciptaan Allah ini sungguh unik. Untuk mengurangkan kesejukkan, Allah telah ilhamkan kepada penguin-penguin ini untuk berada dalam satu bulatan secara rapat-rapat. Ini dapat mengekalkan haba kepada mereka. Penguin-penguin ini juga akan bersilih ganti bertukar tempat supaya penguin yang berada di luar sekali akan dapat merasa berada dalam bulatan kawanan mereka juga. Sesungghnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. 

Selain, Allah juga telah kurnia satu deria kepada penguin betina yang pergi mencari makan untuk pulang kepada pasangannya apabila telur hampr menetas. Selepas telur menetas, anak penguin akan dijaga oleh penguin betina dan diberi makan makanan yang berada di dalam temboloknya (tempat simpan makanan kat leher penguin). Penguin jantan yang kelaparan setelah berpuasa untuk tempoh hampir 9 minggu akan kembali ke laut untuk mencari makanan. Jika penguin betina tidak kembali tepat pada masanya, penguin jantan akan meninggalkan telur atau anak penguin yang baru lahir dan mengakibatkan kematiaan kerana penguin jantan terlalu lapar dan memerlukan makanan. Di sini peranan penguin jantan dan penguin betina amat penting dalam memastikan kesinambungan spesis mereka. 

Jika kita renung dan amati kembali, pasti kita akan berasa kagum dengan kehebatan ciptaan Allah S.W.T yang tiada tandingan. Tidak ada satu pun yang diciptakan-Nya di muka bumi dan alam semesta ini dijadikan secara sia-sia melainkan terkadung hikmah dan pengajaran di dalamnya. Wallahua'lam

sumber dari : Youtube dan Wikipedia





Wednesday, April 21, 2010

James Taylor- You've Got Friend (1971)

Dedikasi khas kepada semua rakan-rakan bloggers, teman-teman di IPG Perlis, Kolej Matrikulasi Perak (KMPK) sesi 2006/07, sahabat-sahabat lama di SMKA Nibong Tebal dan Sekolah Kebangsaan Ara Rendang serta sesiapa saja yang mengunjungi blog ini.



When you're down and troubled
And you need a helping hand
And nothing, oh, nothing is going right,
Just close your eyes and think of me
And soon I will be there
To brighten even your darkest night

You just call out my name
And, you know, wherever I am
I'll come running
To see you again
Winter, spring, summer or fall
All you've got to do is call
And I'll be there, yeah yes I'll be there
You've got a friend

If the sky high above you
Should grow dark and full of clouds
And that old cold north wind should begin to blow
Just keep your head together now
And call my name out loud now
Pretty Soon I'll be knocking on your door

You just call out my name
And, you know, wherever I am
I'll come running
To see you again
Winter, spring, summer or fall
All you've got to do is call on me now
And I'll be there, yeah yes I'll be there

Well, ain't it good to know that you've got a friend
When people can be so cold
They hurt you yes and desert ya,
Well, they take your soul if you let them,
Yeah, but don't you let them

You just call out my name
And, you know, wherever I am
I'll come running as fast as I can
To see you again
(Oh Yes don't you know 'bout)
Winter, spring, summer or fall
All you've got to do is call on me now
I'll be there, yeah yes I'll be there

You've got a friend
You've got yourself a friend in me

You've got a friend in me
Oh You've got a friend in me
You've got a friend in me
Walking, talking. friend
You've got a friend in me
No matter how low you may go sometimes
You've got a friend in me
Or take some constelation for one thing now
Its good to know yeah yeah yeah
You've got a friend





James Taylor NOW

Tuesday, April 20, 2010

Kseniya Simonova-pelukis pasir



Kseniya Simonova yang lahir pada 1985 merupakan seorang warganegara Ukraine. Beliau mula berkarya menggunakan pasir selepas meninggalkan dunia perniagaan pada tahun 2008 akibat daripada krisis kewangan global ketika itu. Berbekalkan pengalaman dan latihan selama setahun, beliau telah menyertai Ukraine's Got Talent pada tahun 2009. Karya beliau yang mengambarkan tentang kehidupan ketika zaman Perang Dunia Ke-ll semasa di bawah pemerintahan Kesatuan Soviet telah dipilih untuk memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut sekaligus menaikkan nama beliau.

Friday, April 16, 2010

Kenangan Terindah : SKSE

Hanya tinggal kenangan...:(
(klik pada gambar untuk besarkan)














dari kiri belakang:
Haikal, Alief, Syahmirul, Akmal, Amirul, Fadzlee, Syahmi, Nuqman, Haniff, Wan Asry, Faiz, Nasharuddin, Ikmal, Aidil, Umar
dari kiri hadapan:
Anis, Junazila, Fatin, Alya Sabrina, Alia Nabila, Aishah, Izati, Ain, ZAHER, Fadhilah, Syafiqah, Nadiah, Balqis, Adlyna, Fatihah, Najiehah


Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Friday, April 9, 2010

The Truth about Failure


1. Failure doesn't mean you are a failure, it does mean you haven't succeeded yet.


2. Failure doesn't mean you have accomplished nothing, it does mean you have learned something.

3. Failure doesn't mean you have been a fool, it does mean you had a lot of faith.

4. Failure doesn't mean you have been disgraced, it does mean you were willing to try.

5. Failure doesn't mean you don't have it, it does mean you have to do something in a different way.

6. Failure doesn't mean you are inferior, it does mean you are not perfect.

7. Failure doesn't mean you've wasted your life, it does mean you've got a reason to start afresh.

8. Failure doesn't mean you should give up, it does mean you should try harder.

9. Failure doesn't mean you'll never make it, it does mean it will take a little longer.

10. Failure doesn't mean God has abandoned you, it does mean God has a better idea!

Tuesday, April 6, 2010

Berkerusi roda bukan halangan

Assalamualaikum
Kali ini saya nak kongsi sikit tentang kisah seorang insan kecil yang tabah dalam mengharungi kehidupan ini. Dilahirkan dalam keadaan yang serba kekurangan, adik Mohd Syamil tidak mampu berjalan kerana lumpuh sebahagian badan. Dia tidak dapat menggerakkan kakinya dan hanya bergantung pada kerusi roda sebagai medium untuk dia bergerak. Walaupun pergerakkannya terbatas, dan tidak dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain, adik Syamil dikurniakan akal fikiran yang cerdas. Ini terbukti apabila dia berjaya mendapat tempat pertama bagi keseluruhan Tahun Satu. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan dan terbatas, ini tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu. Segala kekurangan yang terdapat padanya tidak pernah dijadikan alasan dan halangan untuk dia belajar. Selain itu, bantuan dari rakan dan guru-guru di sekolah saya lihat amat membantu beliau dalam menguruskan diri.





Semoga insan kecil ini terus tabah dan cemerlang dalam kehidupan dan menjadi inspirasi kepada kita. Wallahua'lam..