Saturday, February 27, 2010

Helang Oh Helang

Burung helang adalah antara haiwan pemangsa yang digeruni kerana kekuatan dan ketangkasannya ketika berburu. Tidak hairanlah helang sering dijadikan simbol-simbol kepada negara, ketenteraan dan organisasi dalam mempamirkan kehebatan. Kekuatan helang disokong oleh sepasang kaki yang kuat dan kukunya yang tajam untuk mengcengkam. Selain itu helang juga mempunyai penglihatan yang tajam dan paruh yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Helang yang mampu hidup sehingga mencapai usia 70 tahun adalah pemangsa yang mempunyai jangka hayat yang paling panjang.

Tetapi untuk mencapai usia ini helang perlu membuat satu keputusan yang paling sukar dalam hayatnya. Apabila mencapai usia 30 tahun, bulu pelepahnya sudah menjadi tebal dan menyukarkannya untuk terbang apatah lagi berburu untuk hidup. Selain itu, paruhnya yang tajam dan panjang semakin membengkok. Kuku pada kakinya juga semakin panjang dan merekot menyukarkannya untuk mencengkam mangsa.

Pada tahap ini, helang hanya ada dua pilihan untuknya iaitu mati atau melalui satu proses yang menyeksakan untuk terus hidup. Proses ini mengambil masa selama 150 hari. Proses ini memerlukan helang untuk pergi mengasingkan dirinya dan tinggal di sarangnya. Helang akan menghentakkan paruhnya pada batu sehingga paruhnya patah bagi digantikan dengan paruh baru yang akan tumbuh. Ketika menunggu paruh barunya tumbuh, helang akan mencabut kukunya supaya digantikan dengan kuku baru yang akan tumbuh. Akhir sekali helang akan mencabut bulu pelepahnya supaya digantikan dengan bulu yang baru.

Selepas 5 bulan, helang ini akan pulih sepenuhnya dengan kuku, bulu pelepah dan paruh yang baharu. Helang seperti dilahirkan semula untuk hidup bagi tempoh 30-40 tahun lagi. Helang membuat satu perubahan besar yang menyakitkan demi untuk meneruskan kehidupan. Jika helang tidak membuat sebarang perubahan kepada dirinya ketika itu, ia akan mati.

Melakukan sesuatu perubahan ke arah kebaikan adalah amat penting dalam kehidupan ini. Biarpun perubahan itu hanya satu perubahan yang kecil, tetapi ia sebenarnya adalah langkah pertama kepada perubahan yang lebih besar dan hebat yang boleh kita lakukan dalam kehidupan ini. Allah telah berfirman dalam surah An-Anfal ayat 53 yang bermaksud "(Balasan) yang demikian itu ialah, sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "
Wallahua'lam...

Thursday, February 25, 2010

Kau Insan Yang Teramat Mulia....

Itulah keperibadian yang dapat disimpulkan kepada seorang insan agung, Khairul Basyar iaitu penghulu segala nabi, baginda Rasulullah S.A.W. Saidina Aisyah r.a. pernah menyimpulkan apabila ditanya bagaimanakah akhlak Rasulullah, maka dijawabnya akhlak Rasulullah itu ialah seperti Al-Quran. Kalau nak lihat Quran yang berjalan, lihatlah pada Rasulullah. Begitu indah akhlak Rasulullah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membawa rahmat. Istimewa dan hebatnya lagi Rasulullah ini ialah syafaat baginda yang mampu mengeluarkan kita umatnya dari jurang api Neraka ke Syurga dengan syarat kita sentiasa mencintai baginda dengan kecintaan yang mendalam melalui berselawat dan melakukan apa yang baginda lakukan serta meninggalkan apa yang ditegah oleh baginda. Rasulullah pernah memberi jaminan bahawa setiap umatnya akan memasuki Syurga kecuali mereka yang enggan, yakni mereka yang enggan mengikuti ajaran Rasulullah. Kalau Ust. Skeikh Faisol, beliau kata golongan ini ialah yang baloq liat. Golongan yang tak buat apa-apa sebaliknya hanya berangan-angan untuk memperoleh nikmat dan keampunan Allah di hari akhirat kelak.Wallahua'lam

Wednesday, February 24, 2010

5 keadaan berisiko diserang sakit jantung


1. Ketika awal pagi.
Para pengkaji di University Harvard mengangarkan risiko seseorang untuk di serang sakit jantung adalah 40% lebih tinggi ketika awal pagi. Ketika kita bangun dari tidur, badan kita akan merembeskan adrenalin dan hormon lain, meningkatkan tekanan darah dan memerlukan oksigen yang banyak untuk bekerja. Selain itu kandungan darah dalam badan pekat dan sukar untuk dipam kerana ketika tidur badan kita telah dinyahhidratkan. Semua ini akan membebankan jantung. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari bangun dari tidur secara mengejut dan ambil oksigen secukupnya sebelum meningalkan tempat tidur.

2. Pada hari Isnin
Sains telah membuktikan bahawa munasabah untuk berasa amat berat (malas) untuk menghadapi hari Isnin iaitu hari pertama bekerja dalam minggu…hehe..tambah-tambah lagi lepas cuti panjang. Pada hari Isnin risiko untuk diserang sakit jantung adalah 20% lebih tinggi kerana disebabkan oleh rasa tertekan apabila kembali bekerja. Untuk itu, kita dinasihatkan untuk berehat secukupnya pada hari Ahad dan bangun awal pada pagi Isnin supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi hari Isnin.

3. Selepas makan dengan banyak
Pengambilan makanan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi akan menyempitkan saluran darah. Selain itu ia akan mempercepatkan darah menjadi beku dalam saluran darah. Jika anda terlalu lapar, pastikan anda hanya makan sekadar untuk menampung perut yang lapar dan kurangkan memakan makanan yang berkalori tinggi.

4. Semasa melakukan senaman yang berat
Ia biasanya melibatkan orang yang jarang bersenam dan terus melakukan senaman yang berat. Keadaan ini akan memeberikan tekanan kepada jantung untuk mengepam darah dalam keadaan yang luar biasa. Kita dinasihatkan untuk biasakan diri dengan bersenam supaya jantung kita sudah biasa untuk bekerja ketika kita melakukan pekerjaan yang berat.

5. Ketika di podium
Keadaan ini biasanya berlaku kepada individu yang mengalami darah gemuruh apabila berucap dihadapan orang ramai. Rasa gementar yang ekstrim akan mempercepatkan denyutan jantung dan meningkatkan kadar adrenalin dalam badan. Semua ini akan menyumbang kepada serangan jantung. Bagi mengelakkannya, pastikan kita sudah cukup bersedia untuk bercakap dihadapan khalayak dan memperbanyakkan latihan supaya kita lebih yakin.

(Sumber Rujukan: http://shine.yahoo.com/event/hearthealth)

Monday, February 22, 2010

Tips Elak Ragut & Seluk Saku


Pasang surut kejadian jenayah adalah perkara biasa dalam tajuk-tajuk utama akhbar dan berita. Tetapi kita perlu ingat bahawa jenayah ini tidak akan berhenti dan kita setiap hari sentiasa terdedah kepada kejadian jenayah terutamnya jenayah ragut. Oleh itu, berwaspada adalah antara langkah awal yang perlu diambil. Saya teringat akan pesan seorang penganalisis jenayah iaitu En. Kamal Affendi Hashim dalam satu sesi temubual beliau di sebuah stesen televisyen swasta, katanya "kita harus berwaspada dalam setiap gerak-geri kita, dan berfikir bahawa kita mungkin mangsa seterusnya kepada sebarang kejadian jenayah". Kelekaan dan kelalaian boleh mengundang padah. Oleh itu kita perlu sentiasa berwaspada dengan persekitaran kita dan di sini terdapat beberapa langkah yang amat berguna untuk kita bagi mencegah kejadian ragut:

  1. Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.


  1. Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.


  1. Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.


  1. Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).


  1. Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.


  1. Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.


  1. Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.


  1. Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.


  1. Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.


  1. Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.


  1. Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.


  1. Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon/sms.


(Sumber Rujukan: http://www.rmp.gov.my)

Saturday, February 13, 2010

Selamat pulang bercuti...

Assalamualaikum....

SELAMAT BERCUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA



Walau dengan apa cara sekali pun anda pulang ke kampung halaman, jangan lupa untuk membaca dahulu doa menaiki kenderaan (kecuali mereka yang berjalan kaki pulang ke rumah).
Berhati-hati di jalan raya dan semoga anda selamat tiba ke destinasi untuk bertemu dengan orang yang tersayang.

Friday, February 12, 2010

menilai diri..


Abdul Rahman Al-Hafiz merupakan seorang warga Vietnam yang pernah mendapatkan pendidikan agama di salah sebuah Madrasah di utara semenanjung Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran dalam peringkat hafazan di Bangkok, Thailand. Sekarang beliau sedang menunggu untuk terbang ke Cape Town, Afrika Selatan bagi menyambung pelajarannya untuk tempoh 7 tahun lagi.

Apabila membandingkan diri saya dengan Abdul Rahman saya berasa amat bersyukur kerana diberikan jalan yang mudah untuk menuntut ilmu berbanding beliau yang mempunyai masalah kewangan untuk menyambung pelajaran. Beliau terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk menyambung pelajaran tanpa mendapat sebarang tajaan dari mana-mana pihak. Beliau amat memerlukan wang bagi menampung yuran pengajian dan wang untuk sara diri di sana kelak. Dengan status beliau sebagai seorang warganegara asing menambahkan lagi beban yang terpaksa beliau pikul. Sungguh berliku jalan yang beliau terpaksa lalui untuk menuntut ilmu selain daripada terpaksa meninggalkan keluarga dan tanah airnya. Mungkin terdapat hikmah yang sangat besar disebalik dugaan yang beliau tangung ini dan saya amat kagum dengan kekuatan yang beliau miliki sehingga teringat saya kepada satu kisah ketika berlakunya perang Khandak.

Sewaktu perang Khandak, bekalan makanan amat terhad kepada para mujahidin. Tambahan pula mereka perlu menyiapkan sebuah parit yang besar untuk menghalang kemaraan musuh yang ingin menyerang kerajaan Islam Madinah Al-Munawarah. Kerana kekurangan makanan dan terpaksa menanggung kelaparan, para sahabat mengambil inisiatif untuk mengikat seketul batu pada perut mereka untuk mengurangkan kelaparan.

Pada suatu hari, semasa Rasulullah datang untuk melihat para Sahabat, para Sahabat telah menyelak baju mereka untuk menunjukkan batu yang mereka ikat pada perut itu supaya Rasulullah faham dan tahu bahawa mereka berda dalam kelaparan. Rasulullah amat memahami para Sahabatnya dan baginda lantas menyelak bajunya pulak. Maka terkejutlah para Sahabat apabila melihat baginda juga mengikat batu pada perutnya dan bukan seketul, tapi dua ketul. Maka jelaslah para sahabat bahawa Rasulullah lebih lapar dan lebih menderita daripada mereka.

Kita dapat lihat disini betapa hebatnya Rasulullah dan para Sahabat ditimpa ujian dalam menegakkan Islam untuk disampaikan kepada kita sehingga ke hari ini. Begitulah juga dengan saudara Abdul Rahman. Tetapi bagaimana pula dengan kita?adakah kita sudah diuji dan benar-benar diuji.?Sesungguhnya ujian dan cabaran adalah asam garam dalam perjuangan kerana kehidupan ialah sebuah perjuangan. Wallahua'lam..


Thursday, February 11, 2010

Nasihat Imam As-Syafie dalam persahabatan..

1. Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.


2. Mencari Sahabat di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya .... siapakah yang sudi menjadi sahabatku. Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3. Pasang Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkanku, dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai

4. Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak kutemukan sahabat-sahabat yang taqwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspadai.


5. Sukarnya Mencari Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka, maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.



6. Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7. Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.


8. Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.



9. Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga dmku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagimana kutampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10. Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.


11. Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya, dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.



12. Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu, dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia. Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Sunday, February 7, 2010

penat tapi berbaloi...

Assalamualaikum...penat tapi berbaloi...mungkin ini ungkapan yang paling sesuai untuk di lafazkan ketika ini. Memang betul-betul penat dan berbaloi..bukan berbaloi-baloi..hehe. Saya rasa ni antara minggu yang agak sibuk dan meletihkan kerana tak ada cuti untuk minggu ini. Tujuh hari seminggu semuanya diisi dengan aktiviti rasmi termasuklah kuliah ganti pada hari Sabtu dan Bina Insan Guru (BIG) pada hari ini (Ahad). Alhamdulillah apa yang penting semuanya berjalan dengan lancar.
Apabila saya melalui satu minggu tanpa sebarang cuti saya dapat rasakan seolah-olah hari Sabtu dan Ahad telah hilang dari kalendar. Bagi saya tidak wujud lagi Sabtu dan Ahad kerana tidak ada cuti...hehe. Bercakap pasal rehat ini, saya teringat lagi ucapan puan Penolong Kanan 1 SK Sultanah Asma, "pengorbanan amat penting dalam mengejar kejayaan dan kerjaya sebagai seorang guru amat memerlukan pengorbanan dari semua aspek". Kalau asyik dok goyang kaki, rehat saja entah bila kejayaan akan kita kecapi. Tapi itulah yang sering saya buat dan rasa nak buat.

Apa pun semuanya telah selesai dan mungkin ini adalah satu latihan kepada saya dalam menyediakan diri bagi menghadapi cabaran yang sebenar apabila bergelar guru kelak, Insya-Allah.

Saturday, February 6, 2010

Semakin hampir..

Dalam sedar atau tidak setiap detik kehidupan yang kita lalui ini membawa kita mendekati satu pengakhiran yang pasti iaitu maut. Walau siapapun kita, maut pasti akan datang menjemput dan terpisahlah segala nikmat di dunia ini termasuklah hubungan kasih sayang kita antara kedua ibu bapa. Sama ada kita yang akan di jemput dahulu atau mereka, yang pastinya saat itu akan berlaku. adalah menjadi satu kerugian kepada kita jika kita tidak dapat memanfaatkan sisa waktu yang masih berbaki ini untuk bersama mereka dan melakukan apa yang terdaya. Janganlah kita mensiasiakan peluang yang masih ada ini kerana sentiasa beranggapan masa untuk kita bersama mereka masih panjang dan tidak perlu dirisaukan. Mari kita imbas kembali pesan Imam Al Ghazali kepada muridnya, iaitu tentang perkara yang paling hampir dengan manusia seraya berkata beliau, 'mati' kerana mati adalah satu janji yang pasti. Wallahua'lam

Friday, February 5, 2010

Siapa Faisal Tehrani?


Saya kira ini satu persoalan yang agak berat kerana mula timbul keraguan dalam diri saya sama ada beliau seorang penganut Ahli Sunnah Wal Jama'ah atau pengikut Syiah. Posting terbaru di dalam blog beliau yang bertajuk "Husin Daripadaku Dan Aku Pula Daripada Husin, Allah Mencintai Sesiapa Yang Mencintai al-Husin” betul-betul menimbulkan keraguan kepada saya. Nama pena beliau Faisal Tehrani iaitu juga menimbulkan keraguan kerana ia menggunakan perkataan Tehrani=Tehran ibu negara Iran (sebuah negara Syiah).Selain itu hasil pencarian saya dalam internet turut menemukan beberapa artikel yang mendakwa beliau adalah seorang pengikut fahaman Syiah. Nau'zubillah...(semoga tidak).Coretan ini sekadar satu pertanyaan untuk merungkai persoalan yang timbul di benak hati ini.

Bacaan lanjut Klik Sini

Hidup bererti menentang musuh dan derita

"Bukankah hidup bererti menentang musuh dan derita" -Prof. Emeritus Dato' Hj Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara.

Saya terjumpa ayat ini ketika membaca salah sebuah novel karya Shahnon Ahmad iaitu Srengenge yang diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1973. Walaupun ayat ini ringkas tatapi bagi saya ia amat bermakna dan memberikan kesan yang amat mendalam kepada diri saya. Jarang sekali kita dewasa ini mahu memikirkan atau terfikir akan sebab mengapa kita perlu melalui kehidupan ini. Kita juga tidak sedar apa sebenarnya yang kita sedang lalui sekarang. Saya amat bersetuju dengan petikan ayat di atas kerana tanpa menentang musuh dan derita kita mungkin tidak dapat untuk meneruskan kehidupan kita pada saat ini. Dalam kehidupan ini,kita sentiasa kelilingi oleh musuh-musuh yang suka untuk melihat kita jatuh dan berada dalam kesengsaraan. Musuh-musuh ini perlu kita kenali supaya kita dapat bertindak dahulu sebelum mereka bertindak dan musuh yang paling bahaya serta harus kita waspadai selalu ialah diri kita sendiri. Kerana ia sangat dekat dengan kita. Tanpa kita sedari, diri kita sebenarnya musuh kepada kita yang sering menghalang kita untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Sebab itulah kita perlu berjuang untuk menentang musuh ini. Inilah lumrah kehidupan. Hidup adalah satu perjuangan yang mesti diteruskan tanpa mengalah atau tunduk kepada musuh. Setiap halangan dan cabaran mesti kita tempuhi dengan tabah dan hikmah, untuk itu iman dan ilmu amat penting dalam mengemudi diri menghadapi cabaran duniawi yang kian mencabar ini. Tanpa iman dan ilmu kita ibarat kapal yang berlayar di lautan tanpa arah, lebih buruk lagi tiang layarnya patah dan terumbang-ambing menunggu saat tenggelam. Tanpa iman dan ilmu di dada kita tidak akan kemana-mana kecuali ke arah kebinasaan. Sesungguhnya telah menjadi tangungjawab kepada kita untuk cuba memenuhi diri dengan iman dan ilmu kerana iman dan ilmu tidak akan datang dengan sendirinya kepada kita, sebaliknya kitalah yang perlu mencarinya. Teruskanlah berjuang untuk sebuah kehidupan...

Wednesday, February 3, 2010

Indahnya Ciptaan Allah

..subhanallah...

....awan berbentuk kalimah Allah....

...begitu indah ciptaan Allah...

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".-surah Ar-Ra'd Ayat 16

(Gambar ini diambil pada 28 Januari jam 8:00 pagi di IPG Kampus Perlis)