Monday, February 22, 2010

Tips Elak Ragut & Seluk Saku


Pasang surut kejadian jenayah adalah perkara biasa dalam tajuk-tajuk utama akhbar dan berita. Tetapi kita perlu ingat bahawa jenayah ini tidak akan berhenti dan kita setiap hari sentiasa terdedah kepada kejadian jenayah terutamnya jenayah ragut. Oleh itu, berwaspada adalah antara langkah awal yang perlu diambil. Saya teringat akan pesan seorang penganalisis jenayah iaitu En. Kamal Affendi Hashim dalam satu sesi temubual beliau di sebuah stesen televisyen swasta, katanya "kita harus berwaspada dalam setiap gerak-geri kita, dan berfikir bahawa kita mungkin mangsa seterusnya kepada sebarang kejadian jenayah". Kelekaan dan kelalaian boleh mengundang padah. Oleh itu kita perlu sentiasa berwaspada dengan persekitaran kita dan di sini terdapat beberapa langkah yang amat berguna untuk kita bagi mencegah kejadian ragut:

  1. Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.


  1. Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.


  1. Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.


  1. Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).


  1. Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.


  1. Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.


  1. Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.


  1. Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.


  1. Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.


  1. Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.


  1. Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.


  1. Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon/sms.


(Sumber Rujukan: http://www.rmp.gov.my)

No comments: