Thursday, February 25, 2010

Kau Insan Yang Teramat Mulia....

Itulah keperibadian yang dapat disimpulkan kepada seorang insan agung, Khairul Basyar iaitu penghulu segala nabi, baginda Rasulullah S.A.W. Saidina Aisyah r.a. pernah menyimpulkan apabila ditanya bagaimanakah akhlak Rasulullah, maka dijawabnya akhlak Rasulullah itu ialah seperti Al-Quran. Kalau nak lihat Quran yang berjalan, lihatlah pada Rasulullah. Begitu indah akhlak Rasulullah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membawa rahmat. Istimewa dan hebatnya lagi Rasulullah ini ialah syafaat baginda yang mampu mengeluarkan kita umatnya dari jurang api Neraka ke Syurga dengan syarat kita sentiasa mencintai baginda dengan kecintaan yang mendalam melalui berselawat dan melakukan apa yang baginda lakukan serta meninggalkan apa yang ditegah oleh baginda. Rasulullah pernah memberi jaminan bahawa setiap umatnya akan memasuki Syurga kecuali mereka yang enggan, yakni mereka yang enggan mengikuti ajaran Rasulullah. Kalau Ust. Skeikh Faisol, beliau kata golongan ini ialah yang baloq liat. Golongan yang tak buat apa-apa sebaliknya hanya berangan-angan untuk memperoleh nikmat dan keampunan Allah di hari akhirat kelak.Wallahua'lam

No comments: