Friday, May 19, 2017

Ingin menulis semula

Bismillahhirrahmanirrahhim....
Assalamualaikum w.b.t

Setelah lebih lima tahun tak log in blog dan post sebarang tulisan atau aktiviti, blog ni bukan saja bersawang tapi dah berhantu. Malam ni tiba-tiba terasa nak log in dan alhamdulillah password masih lagi tertanam dalam otak dan dapat dikorek kembali. Insya Allah saya akan kembali aktif menulis walaupun tidak ada siapa yang sudi baca atau singgah disini, Sejak sign up dengan facebook dan dipostingkan dikawasan pedalaman. Saya terus berhenti dari aktif dari dunia blog sebaliknya mula aktif di laman sosial facebook dan yang sezaman dengannya. Kembalinya saya pada kali insya Allah akan mula menulis dan berkongsi tentang isu-isu pendidikan dan psikologi. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk bertatih menulis kembali dan info-info yang dirasakan berguna dan penting akan saya kongsikan bersama rakan-rakan di facebook.

23 Syaaban 14378H