Friday, May 29, 2009

Pulang juga akhirnya..

Assalamualaikum, kepada semua teman-teman yang telah (yang balik awal) dan akan melangsungkan percutian ini selamat bercuti diucapkan, kepada yang tidak dapat bercuti janganlah anda ada menyimpan walau sedikit pun perasaan jeles atau dengki kerana sesungguhnya ia hanya akan membusukkan hati seperti busuknya buah pisang ranum yang ditinggalkan. Tapi hiasilah hati dengan perasaan yang baik kerana ia akan kekal harum seperti harumnya bunga cempaka walaupun telah berbulan-bulan dipetik.

Aku insya-Allah akan pulang ke rumah petang ini setelah berjaya mengemas bilik. Usaha aku selama dua hari untuk mengemas bilik akhirnya berbaloi juga. Dikesempatan ini juga aku minta kepada semua yang sedang bercuti tu berhati-hati di jalan raya dan dimana sahaja anda berada.

Sebutkan pasal jalan raya ini teringat kat Ishak yang aku baru pergi tengok dia semalam kat hospital. Ini adalah kali kedua dia masuk ke hospital selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 4 Mei yang lepas. Kali ini dia dimasukkan ke hospital kerana terdapat jangkitan kuman pada luka di kakinya dan memerlukan sedikit pembedahan bagi mengeluarkan ketulan darah beku dalam kaki dia. Semalam masa melawat dia dalam keadaan berpuasa kerana menunggu masa untuk ditolak ke bilik pembedahan. Kata dia, tengah malam dia akan dibedah selepas di berikan antibiotik yang secukupnya melalui tiub di tangannya. Kecederaan utama dia ialah retak kat area tulang pelvis (bahasa anatomi ini kalau bahasa kampung panggil tulang punggung ja). Semoga Ishak cepat sembuh dan tabah dalam menghadapi ujian ini.


Akhir sekali, jutaan kemaafan dipohon andai ada salah silap kepada sesiapa sahaja. Selamat bercuti dan bertemu keluarga. Wasalam.


Thursday, May 28, 2009

Manusia semakin kejam...

Assalamualaikum, tengok la gambar ni ,seorang manusia tergamak untuk melayan manusia lain macam anjing, betapa kejamnya manusia akhir zaman ni..kat Malaysia pula tu...


Ini adalah gambar salah seorang "tahanan" ceti haram di Seri Kembangan yang telah berjaya diselamatkan oleh Polis. Tahniah dan syabas kepada pasukan Polis yang telah berjaya mengesan perbuatan tidak keperikemanusiaan ini. Kejayaan Polis ini mungkin serba sedikit dapat memulihkan imej pasukan Polis yang kian tercalar sejak akhir-akhir ini tentang pencabulan hak asasi manusia, terlibat dengan politik, dan terkini gelaran Polis Raja Di-Malaysia yang diberikan oleh pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham. Ini berikutan kecenderungan Polis untuk menahan orang awam sesuka hati tanpa menghiraukan hak asasi manusia berbanding dengan usaha untuk mencegah jenayah.

Berbalik kepada manusia kejam, gambar kat atas ini lebih kurang macam keadaan hamba dalam anime One Piece yang mana kat satu tempat tu ( Sabaody Archipelago) masih ada perhambaan oleh golongan manusia kelas atasan malah mendapat restu dan dilindungi oleh Marine (kerajaan). Kawan kepada Luffy ( Straw Hat pirate's captain) iaitu Caimie (mermaid) hampir-hampir juga dijadikan hamba selepas diculik dan dilelong, mujur lah sempat diselamatkan. Kalau nak tahu diselamatkan oleh siapa, tengok la sendiri dari episod 390-400. Melalut lagi.

Lebih kurang kan macam gambar kat atas tu, ada rantai besi kat leher


Ok, kembali untuk kali kedua, baru-baru ini kita turut digemparkan dengan kejadian samun dan bunuh dua beranak di Ipoh, kes ragut yang membawa kematian kepada seorang ibu yang mengandung dan warga emas, dan kes warga Bangladesh di ibu kota yang mati ditetak sehingga terburai isi perut dan terputus tangan sebelum jatuh tersungkur dihadapan sebuah restoran. Ini tak termasuk lagi dengan kejadian rogol yang berleluasa sekarang, kes adik arwah Nurin Jazlin yang menyayat hati dan pembuangan bayi yang kalau di amati seolah-olah sudah menjadi trend zaman sekarang. Inilah realiti yang kita rakyat Malaysia perlu hadapi sekarang. Tiada lagi tempat yang selamat untuk kita sekalipun di rumah kita. Kita mestilah berwaspada kemana saja kita pergi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. MANUSIA SEMAKIN KEJAM. Wallahua'lam..

Wednesday, May 27, 2009

HoRReY

yippi yippi ya ya, yippi yippi ya ya...
exam dah habis...
yippi yippi ya ya, yippi yippi ya ya..
cuti pun bermula...
yippi yippi ya ya, yippi yippi ya ya..
boleh balik kampung laa...
yippi yippi ya ya, yippi yippi ya ya..
tapi bilik tak kemas lagi daa..

Tuesday, May 26, 2009

Tak Patut Tak Patut

Apa yang tak patut tu?
Disini ada 3 perkara yang tak patut anda lakukan ketika menjawab soalan peperiksaan:


Pertama: Berbincang ketika peperiksaan sedang djalankan
Anda tidak dibenarkan untuk berbincang ketika peperiksaan sedang dijalankan walaupun soalan itu jelas meminta anda untuk berbincang. Contohnya seperti soalan ini "Bincangkan lima langkah yang perlu diambil bagi membendung gejala lompat rumah sukan serta huraikan". Jadi tak perlu lah anda mencari-cari partner bila jumpa soalan macam ni ok. Jika anda hendak berbincang juga dan berasa sesangat terdesak untuk berbincang, cukuplah sekadar berbisik-bisik.

Kedua: Memberitahu jawapan secara lisan dan kuat

Anda tidak dibenarkan menyebut jawapan anda secara terang-terangan kerana suara anda akan mengganggu calon lain dan anda dikira menberitahu jawapan kepada calon lain ketika peperiksaan walaupun soalan jelas meminta untuk anda berbuat demikian. Contohnya "Sebutkan nama tiga ekor beruk peliharaan Pak Jibun". Tambah-tambah lagi jika anda terjerit-jerit kerana menyangka hanya anda seorang sahaja yang tahu jawapan itu. Anda perlu ingat bahawa hanya ujian lisan sahaja yang membenarkan calon untuk bercakap, nama pun ujian lisan.

Ketiga: Buat-buat pandai
Ini khas bagi soalan struktur ataupun esei. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang menghafal skema jawapan sebelum peperiksaan =). Pelajar yang kurang cemerlang ialah pelajar yang menghafal skema jawapan sebelum peperiksaan. Sama saja kan?Tetapi yang membezakan diantara pelajar yang cemerlang dan pelajar yang kurang cemerlang ialah pelajar yang kurang cemerlang akan menulis "Lain-lain jawapan yang munasabah boleh diterima" di setiap akhir jawapannya.

Monday, May 25, 2009

Kekejaman LTTE ke atas umat Islam Sri Lanka

(dipetik dari blog saudara Faisal Tehrani di http://tehranifaisal.blogspot.com)

Saat ini di New Delhi, media sedang hangat membincangkan tentang kabinet baharu Perdana Menteri Manmohan Singh. Lain dari itu berita kematian komander LTTE, Velupillai Prabhakaran turut mendapat liputan. Saat saya mengetik blog dan berita tanahair, saya agak terkejut membaca laporan mengenai ribuan orang berkumpul di kuil Batu Caves untuk membantah pembunuhan orang awam di Sri Lanka. Khabarnya mereka membantah jenayah perang oleh kerajaan Sri Lanka terhadap orang Tamil dalam peperangannya dengan LTTE yang mahu mewujudkan negeri Eelam di utara Sri Lanka. Protes tersebut dikatakan perlu, untuk menunjuk rasa terhadap nasib ribuan mangsa yang tidak berdosa: terkorban dan kehilangan kediaman.

Saya ingin mengingatkan di sebalik kematian orang awam berbangsa Tamil yang tidak berdosa ini, orang terlupa polisi pembunuhan beramai-ramai LTTE terhadap muslim di utara Sri Lanka. Sekiranya protes ini adalah protes terhadap pembunuhan orang tidak berdosa dan mangsa perang ia haruslah mengisi sama apa yang menimpa umat Islam Tamil di Sri Lanka. Sekiranya penganjur mengabaikan hakikat ini, maka protes dan perhimpunan ini hanyalah satu perhimpunan pro LLTE yang menurut saya amat amat menjengkelkan.

Saudara pembaca mungkin terlupa atau kurang tahu apa yang berlaku pada 3 Ogos 1990, apabila LTTE Tamil Tiger (yang mendakwa pejuang masyarakat Tamil) ini telah membunuh 103 umat Islam Tamil yang sedang bersolat di Masjid Kattankudiy di Batticaloa. Perkara sama berlaku pada 3 Ogos 2006 di Muttur. Badan hak asasi manusia - The Society for Peace, Unity & Human Rights in Sri Lanka (SPUR) - yang beribupejabat di Victoria, Australia menyatakan pembunuhan terhadap umat Islam Tamil oleh LTTE ini turut berlaku di Kebitigollewe (15 Jun 2006), juga di desa Kalyanapura, Gomarankadawala pada 23 April 2006 dan pembunuhan di Welikanda ada 29 Mei 2006.

Untuk mengingatkan saudara akan tragedi berdarah ini, saya akan menurunkan sejumlah foto peristiwa kejam tersebut. Jangan teruskan melihat sekiranya saudara tidak cukup kuat.






















Foto-foto mengejutkan ini dirakam oleh Martin Klejnowski dan Madeleine Leeson, dua orang jurnalis Reuters yang berjaya menyusup masuk ke dalam wilayah penguasaan LTTE pada waktu itu. Leeson melaporkan terdapat mayat ditemui tersandar di dinding masjid berhampiran jendela menunjukkan mangsa cuba melarikan diri tetapi tidak dilepaskan.

Pembunuhan beramai-ramai pada 3 Ogos 1990 tersebut menyaksikan kesyahidan Akram (6 tahun), Ajimeel, Jaroon dan Rizwan (10 tahun), Asroof 11 (tahun), Dalhan Haris, Fauser Hassan, Arip, M. Ajimal, Makeen, Kamaldeen dan Imtiaz (semua berusia 12 tahun), Anas, Faizal, dan M.B.Jawad (13 tahun), Sameeen, Jaufer, Samath, Mohammed Fauzer, Safar, M. S. M. Jaufer (14 tahun), dan Fazlan (15 tahun). Anak-anak ini dari sebuah sekolah yang sama dan dikatakan ke masjid pada hari tersebut untuk belajar membaca al-Quran. Pembunuhan ini berlaku ketika mereka sedang sujud sedang mereka bukanlah tentera atau bersenjata.

Pada jam 7.20 malam, seluruh pekan Katankudi bergelap. Jemaah meneruskan solat dalam gelap. Tidak lama kemudian muncul kenderaan Hiace putih, van rasmi LTTE dengan anggota bersenjata. Mereka masuk menembak secara membuta babi, malah kesan peluru turut tertanam di dinding masjid.

Peristiwa ini dilaporkan oleh A. I. Ismail yang pada waktu itu berusia 55 tahun. Dan oleh M.M. Akbar yang ketika itu berumur 16 tahun. Kedua-duanya terselamat dari pembunuhan dengan berpura-pura mati. Tetapi mereka cedera parah kerana gerila LTTE terus menembak mayat yang terbujur di lantai masjid demi memastikan mereka benar-benar mati.

.....bacaan lanjut di blog Faisal Tehrani, klik sini

(untuk teks berkaitan di akhbar nasional klik sini)

Halaqahtul Mulk-satu kemajuan

Malam ni ada kelainan sikit dalam jemaah halaqah mulk kerana disamping ketumbukannya menghampiri 30 0rang, terdapat seorang dari kalangan jemaah adalah dari bukan Islam.

Kesudian beliau untuk mendengar bacaan surah As-Sajadah dan Al-Mulk serta tazkirah mengingatkan kembali saya kepada peristiwa exco bukan Islam dari kerajaan pakatan di Perak yang bukan Islam membaca Al-Quran dan terjemahannya.

Beliau menerima bermacam-macam kutukan dari parti lawan kerana menganggap beliau seolah-olah menghina Islam. Tetapi berbeza dengan pandangan yang dilontarkan dari pakatan. Kesanggupannya itu disanjung dan diberikan pujian. Ini berdasarkan sejarah yang telah mencatatkan bahawa Saidina Umar tatkala mendengar bacaan al-Quran serta merta lembut hati beliau dan terus memeluk Islam. Begitu terkesannya al-Quran ke atas Saidina Umar yang pada ketika itu merupakan antara orang yang paling kuat menghalang usaha dakwah Rasulullah. Dan di dalam al-Quran itu sendiri serta tujuan penurunannya adalah untuk manusia sejagat bukan hanya untuk orang Islam sahaja. Begitu juga halnya dengan kisah Abu Lahab yang diizinkan untuk membaca dan memahami surah Al Lahab yang mencela perbuatannya.

Kenapa sekarang kita perlu menghalang orang bukan Islam untuk mendekati Islam?, sedangkan berkembangnya dakwah Rasulullah itu adalah melalui pengislaman. Kalau kita hendak mengharapkan berkembangnya Islam itu hanya melalui kelahiran dari keturunan kita yang telah sedia keislamannya, maka tidak mustahil untuk kita melihat kembali dagangnya Islam ini seperti mana datangnya dahulu.

Jadi, usaha orang bukan Islam untuk mempelajari dan mengenali Islam patut digalakkan dan diberikan bimbingan yang secukupnya. Semoga mereka akan beroleh hidayah dari Allah S.W.T. Wallahu'lam...

Saturday, May 23, 2009

"Anthem Of The Oppressed"


“I imagine LOVE,

I imagine HAPPINESS,

Only TEARS,

Only RUTHLESSNESS

“Shut my mouth,

Seal my ears,

Turn my eyes away,

From seeing truthfulness”

“Though we’re free,

Yet we honour slavery,

Can’t you see,

We’re losing dignity”

“Voice not heard,

No truth they seek,

We are dead,

Before death could ever greet”

“Appearing wise,

They’re preaching honesty,

Rhetorical lies,

What they do is opposite”

“You serve no right

To question these,

Zombie-like we are,

Abiding by what they wish”

“I dream of just,

A civil society,

No more fight,

No more bureaucracy”

“Closer ties,

Rooms to think,

Freedom to talk,

Whatever we believe in”

“Preach no lies,

No bogus promises,

Treasures lives,

No more nurturing fears”

“Honour thy pride,

God’s given gift,

Do it for love,

For harmony, for liberty,

“This is life,

This is reality,

You can hide,

But can’t breathe”

“Pray for guide,

Search for peace,

May you see the light,

You,ve been wishing all these years”

Sesapa yang rajin tu boleh la translate poem ni dalam bahasa ibunda (Bahasa Melayu). Ni la poem yang aku belajar sem ni dari En Norasmadi dalam ELE 3101.

Friday, May 22, 2009

Sambutan Hari Guru IPGM Kampus Perlis

Pagi tadi diadakan sambutan Hari Guru peringkat institut bertempat di Dewan Indera Kayangan (tapi tak berada kat kayangan pun atau Kayangan Square).

Mula-mula ingat nak dok kat bilik ja, tapi setelah berpikir dengan begitu mendalamnya, aku pun melangkah pergi jugak akhirnya sebab tak mahu peristiwa hitam yang telah mencemari hati ini berulang lagi. Maklumlah, orang baek-baek ni bukan boleh buat salah sikit pun, nanti kantoi =)

Berbalik kepada niat asal, sambutan Hari Guru tadi memang best coz persembahan dari bro2 & sis KPLI yang berjaya menyambungkan kembali beberapa wayer yang telah terputus kat kepala aku semalam.

Selain dari itu persembahan dari adik-adik Pra-Sekolah Seri Cempaka cukup melucukan sehingga vibrate habis perut ni dan berjaya membakar sekurang-kurangnya 70% lemak di pinggang dan perut.

Ada sorang budak tu dalam team pra-sekolah aku rasa boleh apply borang masuk raja lawak dengan sorang lagi bro KPLI yang berjoget sakan tadi. Selain itu yang turut menjadi tumpuan aku ialah cikgu-cikgu dari pra-sekolah yang cukup sporting dan sabar dalam melayan seribu satu karenah budak-budak tu. Tahniah cikgu pra-sekolah.

Lastly, tahniah kepada semua penerima hadiah tadi tak kira pensyarah atau pelajar, Selamat Hari Guru semua warga IPGM Kampus Perlis, selamat menduduki exam untuk minggu terakhir dan salam studi.

Hak Anda [Bahagian Kedua]

sambungan dari Bahagian Satu...


4. PENAHANAN OLEH POLIS

4.1 Apabila ditahan tanya, "mangapa saya ditahan?"

Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.

4.2 Jangan melawan

Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya anda melawan.

4.3 Tanya - "Ke balai mana encik hendak membawa saya?"

Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis berdekatan dan tldak ke tempat lain.

4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkantentang tangkapan.

Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada keluarga, peguam atau Pusat Bantuan Guaman. Maklumkan mereka:-

• Anda telah ditangkap.

• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.

• Pengenalan anggota polis yang menangkap.

• Balai polis kepada mana anda dibawa.

4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:

Di balai polis atau di lokap balai polis dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.

5. HAK-HAK ANDA KETIKA DALAM TAHANAN


5.1 Hak untuk menghubungi Peguam

Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak anda untuk berbuat demikian.

5.2 Pakaian

Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan Persendirian

Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang elamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari. Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera. Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.

5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda

Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin. Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24 jam.

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET

6.1 Siapakah Majistret

Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa samada untuk memberi Perintah Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Raman

la adalah bertuiuan untuk memberikan lebih banyak masa kepada Polis untuk menyelesaikan siasatan mereka dan memutuskan samada terdapat keterangan untuk membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda. Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman semata-mata bagi tujuan mendapatkan kenyataan daripada anda.

6.3 Jangka hayat Perintah Reman

Apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk Perintah Reman, Polis mestilah memberikan sebab-sebab mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Majistret bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar

terhadap sebab-sebab yang diberikan Polis. Polis selalunya akan memohon penahanan lanjutan selama 14 hari atau kurang. Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebabsebab yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara untuk tidak membenarkan Perintah reman; atau, untuk membuat Perintah reman untuk suatu jangkamasa yang lebih pendek dari yang dipohon Polis. Polis boleh membuat lebih daripada satu permohonan untuk Perintah Reman. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesamuanya.

6.4 Apakah langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda dihadapkan ke Majistret

Maklumkan kepada Majisiret bahawa:

• anda ingin mendapatkan representasi peguam dan memaklumkan kepada LAC serta keluarga anda.

• anda ingin mendapatkan bantuan perubatan kerana anda tidak sihat atau telah didera,

• anda telah diugut atau didera semasa di dalam tahanan (jika ada).

• anda telah dinafikan dengan makanan / air / pakaian yang sewajarnya, tandas atau perhatian perubatan yang sewajarnya semasa di dalam tahanan (jika ada).

• samada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda di dalam tahanan.

6.5 Pohon untuk Perintah Reman yang singkat

Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum Majistret memberi Perintah Reman. Beri alasan-alasan (sebagai contoh: "saya akan bekerjasama dengan polis di dalam siasatan", "saya akan hadir setiap kali polis memerlukan saya" dan sebagainya).

...bersambung Bahagian Tiga/Akhir

Al-Fatihah...


Al-Fatihah buat Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan Haji Ismail Yaakob 60, (gambar) yang telah kembali menghadap Illahi pada 5.55 pagi tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Pemergian allahyarham mengingatkan kepada saya telah genapnya sebulan pemergian allahyarhamah Puan Puteh yang turut kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Untuk dikongsi bersama...

Assalamualaikum..lama rasanya tak update blog ni semenjak sibuk dengan exam kebelakangan ni.Dalam post kali ini ada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama, ini adalah antara himpunan offline mesej dari Abang Anuar yang jauh berada di Kaherah, bumi Mesir. Semoga ilmu yang beliau sampaikan ini dapat dijadikan renungan untuk kita semua.

Dr Yusof Al-Qaradhawi pernah berkata:`Musibah paling tragis yang menimpa umat kita dewasa ini ialah menjadikan ugama sebagai permainan dan senda gurau, dan menjadikan permainan dan senda gurau sebagai ugama. Bagaimana tidak, kita telah tergila-gila menghiasi tembok masjid dengan ayat-ayat Al-Quran, tetapi tidak menghiasi kehidupan kita dengan Al-Quran.'


Jika mereka sibuk mencari cinta,biarlah kita sibuk mencari iman..

Jika mereka sibuk mencari pasangan,biarlah kita sibuk mencari keredhaan.

Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita menangis kerana mengenang dosa semalam.

Jika mereka cintakan kemanusiaan,biarlah kita cintakan Tuhan.

Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi,biarlah kita dambakan ukhrawi.

1256. Dari Abuddarda' r.a., katanya: "Saya diwasiat oleh kekasihku-yakni Nabi Muhammad s.a.w. dengan tiga macam perkara. Saya sama sekali tidak akan meninggalkannya selama saya hidup, yaitu berpuasa tiga hari dari tiap-tiap bulan, melakukan solat sunnah Dhuha dan supaya saya tidak tidur dulu sebelum saya bersembahyang witir." (Riwayat" Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah S.W.T tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula .

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah memperbanyak percakapan selain utk berzikir kepada Allah s.w.t,maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t itu adalah memnyebabkan hati seseorang menjadi keras.Dan sesungguhnya sejauh2 manusia daripada Allah s.w.t ialah mereka yg berhati keras.”-H.R Tirmizi.

Daripada Salamah binti Al-Hurr r.a berkata:Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Lagi akan datang suatu zaman,org berdiri tegak beberapa masa.Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjemaah kerana tidak mendapatkan org yg boleh menjadi imam”.-H.R Ibnu Majah.

Friday, May 15, 2009

The Teacher of teachers..


We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled

Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

(Sami Yusuf: Al Muallim)



Almuallim - Sami Yusuf

Selamat Hari Guru- Terima Kasih Cikgu

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa buat semua pendidik di seluruh Malaysia. Pada tarikh ini akan diadakan sambutan Hari Guru sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada insan yang bernama guru. Selain di Malaysia, hari guru juga disambut di seluruh dunia dengan pelbagai acara tetapi pada tarikh yang berbeza. Di Malaysia tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Pada tahun ini Hari Guru di Malaysia akan disambut bertemakan 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'. Tema pada tahun ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri dalam menbentuk bangsa Malaysia melalui Satu Malaysia.

Selamat Hari Guru Kepada Semua Warga Pendidik Di Malaysia amnya dan khas kepada seluruh warga Pendidik di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis, Pensyarah-pensyarah di Kolej Matrikulasi Perak,guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Sekolah Kebangsaan Ara Rendang dan Tadika Kemas Pongsu Seribu (1994). Jasa dan pengorbanan kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Salam Nostalgia Guruku.

40 tahun sudah berlalu..


Mei tahun ini genap 40 tahun Peristiwa 13 Mei. Peristiwa 13 Mei 1969 meninggalkan parut yang cukup mendalam kepada sejarah Malaysia selepas kemerdekaan. Pelbagai versi cerita yang mengerikan sering dengar tentang hari hitam tersebut. Pada 13 Mei 1969 satu Malaysia gelita dengan kejadian rusuhan kaum yang turut menyebabkan korban jiwa dan harta benda.. Ini adalah hasil kejayaan British yang telah mengamalkan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Selain itu, kegiatan ekonomi yang berlandaskan kaum dan etnik turut menyumbang kepada masalah ini. Kaum Melayu dengan kerja tradisinya bercucuk tanam, kaum Cina terkenal dengan perniagaan dan perlombongan manakala kaum India setia menetap di estet-estet. Kesannya pada ketika itu ialah bubungan kaum yang amat kritikal kerana mereka mempunyai ruang yang terhad untuk berinterakasi antara kaum dalam mengenali satu sama lain. Ini jelas menunjukkan tentang kepentingan interaksi antara kaum dalam memupuk perpaduan di pelbagai peringkat. Selain daripada itu, sistem ekonomi yang lemah dan keadaan politik yang tidak stabil turut membawa kepada keretakan hubungan antara kaum. Parti-parti politik yang ditubuhakan bercirikan kaum kerana masing-masing ingin menonjolkan identiti kaum masing-masing dan penbawaan ideologi yang berbeza dalam perjuangan politik. Perbezaan ini sepatutnya menjadi manusia itu lebih terbuka bukannya alat untuk meniupkan persengketaan. Allah telah berfirman didalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud ”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”

Pengajaran yang perlu kita ambil berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei ini ialah rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malah ia merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan harta benda. Selain itu usaha yang berterusan perlu dilaksanakan untuk memupuk perpaduan di antara kaum di Malaysia. Ia tidak boleh sekadar "hangat-hangat tahi ayam" atau melaksanakannya sekadar "melepaskan batuk di tangga". Jurang pendapatan yang besar antara kumpulan dan kemiskinan mesti dikurangkan untuk membentuk masyarakat yang seimbang dan adil. Akhir sekali kita bertindaklah berlandaskan akal fikiran yang waras dan undang-undang selagi mana undang-undang itu mampu untuk melindungi dan menjamin hak kita. Wallahua'lam.

Wednesday, May 13, 2009

Ini Suara Rakyat Malaysia


Hasil tinjauan yang dibuat oleh akhbar nasional negara, Berita Harian melalui laman webnya berkenaan krisis di Perak mendapati 87.5% pembaca mengundi untuk setuju diadakan pilihanraya negeri melalui pembubaran DUN. Hanya 10.5% menyatakan pendirian tidak setuju manakala bakinya 2.0% mengambil pendirian berkecuali. Tinjauan ini boleh dikatakan sebahagian daripada suara rakyat Malaysia kerana BH mempunyai pembaca yang rata-rata dari kalangan Melayu dan mempunyai bilangan pembaca di akhbar onlinenya melebihi 1300 dalam satu-satu masa. Keputusan ini diambil berdasarkan bacaan pada pukul 7.30 pagi.

Keputusan udian ini juga bersamaan dengan keputusa melalui undian SMS yang dibuka berkaitan krisis di Perak oleh Edisi 7 pada bulan lalu iaitu lebih 95% rakyat Malaysia bersetuju untuk dibubarkan dun dan diadakan pilihanraya negeri di Perak.

Semalam, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek , Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow dan Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Dr Hsu Dar Ren masing-masing menetapakan pendirian yang sama iaitu kembalikan kuasa kepada rakyat untuk rakyat tentukan keadaan politik di Perak. Faisal Tehrani yang merupakan seorang novelis yang berpengaruh melalui blognya semalam turut meletakkan pendirian yang sama iaitu dibubarkan DUN dan diadakan pilihanraya negeri yang baharu. Ini mungkin hanya sebahagian fakta tentang suara hati rakyat Malaysia untuk dibawakan kepada pemimpin kita.

Ayuh Datuk Seri Najib Tun Razak, jangan berlengah lagi, kita gerakkan agenda 1Malaysia, RAKYAT Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sudah tibanya masanya untuk kuasa rakyat didahulukan untuk mengukur pencapaian kerajaan. Wallahua’lam

Tuesday, May 12, 2009

Kerajaan Tertekan Cegah H1N1- Menteri Kesihatan

Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia

KUALA LUMPUR: Bimbang dengan perkembangan terkini wabak Influenza A (H1N1) yang telah menular ke Asia Tenggara berikutan pengesahan kes di Thailand hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong, mengakui kerajaan Malaysia semakin tertekan untuk mencegah virus itu daripada merebak ke negara ini. Katanya, kerajaan kini menghadapi tekanan amat kuat dan memberi amaran kepada rakyat akan kemungkinan gelombang kedua jangkitan wabak berkenaan. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejumlah 4,379 kes jangkitan disahkan berlaku di seluruh dunia dengan keadaan paling teruk berlaku di Mexico.

"Kita semakin tertekan untuk memastikan wabak ini tidak menular ke negara kita. Setakat ini kita telah berjaya mengawalnya tapi kita tak boleh mengambil ringan perkara ini dan perlu sentiasa bersedia untuk menghadapinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Jururawat Sedunia di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Liow berkata, langkah pemantauan influenza dalam tempoh jangka panjang turut dipergiatkan dan ia akan menjadi cabaran kepada kementerian untuk memastikan tiada jangkitan penyakit itu. Beliau berkata, orang ramai perlu memberi tumpuan kepada kebersihan diri dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika mereka mengalami apa-apa jua simptom penyakit berkenaan.

Kementerian Kesihatan telah menggerakkan Pelan Persediaan Menghadapi Kemungkinan Wabak Influenza pada 30 April lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata sehingga jam 12 tengah malam semalam, bilik Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat (CPRC) Kementerian Kesihatan menerima tiga notifikasi kes yang dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh dan Hospital Seremban bagi tujuan siasatan serta pemerhatian.

"Kesemua kes telah disahkan negatif terhadap influenza A(H1N1), sehingga masa ini tiada kes influenza A (H1N1) dikesan di negara kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Ismail berkata, seramai 6,440 individu disaring di semua pintu masuk ke dalam negara dan daripada jumlah itu, 6,051 orang disaring di pintu masuk udara, 124 di pelabuhan dan 265 di pintu masuk darat.

"Setakat ini tiada kes dirujuk ke hospital," katanya. Dr Ismail berkata, sehingga semalam, seramai 55,002 penumpang udara disaring di semua lapangan terbang antarabangsa. Katanya, sebanyak 11 "thermal scanner" dipasang di enam pintu masuk negara sehingga kini bagi mempercepatkan proses saringan. Beliau berkata, bilik CPRC menerima sejumlah 44 panggilan dan dua e-mel daripada orang ramai berhubung nasihat perjalanan ke luar negara, rawatan dan vaksin serta saringan.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) kerana kementerian sentiasa meningkatkan pemantauan dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan penduduk Malaysia," katanya. Beliau juga berkata, tiada risiko untuk mendapat jangkitan influenza A (H1N1) sekiranya daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul. - Bernama

Ulasan: Semoga Allah menjauhi kita dari wabak bencana ini. Tetapi kita perlu renung kembali, kenapa maksiat kita tidak mahu jauhi sedangkan kita meminta pula Allah menjauhi kita dari wabak bencana ni seperti ini (Pesanan ini ikhlas untuk diri saya yang selalu lalai dan alpa dalam menempuh kehidupan seharian ini). Diharap wabak bencana ini dapat mendekatkan kita dengan Allah S.W.T. Wallahua’lam

Selamat Hari Jururawat


Assalamualaikum, walaupun dah petang ni, tapi rasanya tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di seluruh Malaysia dan Dunia. Semoga perkerjaan anda yang mulia itu mendapat ganjaran yang setimpal di dunia mahupun di akhirat.

Untuk pengetahuan umum, Hari Jururawat Sedunia disambut pada setiap 12 Mei bermula pada tahun 1974 atas usaha International Council of Nurses. Tarikh ini dipilih sebagai mengenang tarikh lahir Florence Nightingale iaitu pada 12 Mei 1820. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memodenkan profesion kejururawatan.

Di Malaysia, masih terdapat kekurangan dalam pengisian jawatan sebagai jururawat terlatih kerana peningkatan jumlah penduduk dan permintaan yang tinggi dari sector swasta. Dianggarkan kerajaan memerlukan lebih dari 4000 orang jururawat baru bagi mengisi jawatan yang telah dikosongkan oleh jururawat terlatih lain kerana bersara cukup umur.

Oleh itu, sesiapa saja yang berada di luar sana, masih mencari-cari pekerjaan bolehlah pertimbangkan profesion jururawat ini sebagai kerjaya pilihan anda. Wallahua’lam.


Selamat Hari Jururawat.

Memilih Pemimpin..Biar Cerewet Dari Menanggung Padah

Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.

Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurniakan kerajaan dan kekuasaan oleh Allah’. Kesemua pendapat ini dilaporkan dalam al-Jamik li Ahkamil Quran oleh Imam Qartubi.

Pemimpin yang bagaimanakah yang mendapat pertolongan dan diredai Allah? Secara dasarnya Allah tidak memberi cek kosong kepada para pemimpin, sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Antara tanggungjawab itu ialah “mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar(Dr Danial Zainal Abidin).

Kita yang diberi peluang untuk memilih pemimpin mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang seseorang yang akan kita angkat menjadi pemimpin. Bukanlah sekadar membabi buta memilih pemimpin untuk memimpin kita. Pemimpin yang perlu dipilih ialah mereka yang bersedia untuk membawa kita mendekati Allah dan membantu kita dalam memudahkan urusan-urusan kita. Pemimpin bukan diangkat untuk di agungkan dan di dewakan. Tapi untuk dihormati dan disanjungi kerana kebijaksanaan mereka, keadilan mereka dan yang paling utama kerana ketaqwaan mereka.

Dewasa ini, masyarakat dilihat tidak lagi mengutamakan nilai-nilai agama dalam memilih pemimpin. Mereka lebih suka memilih pemimpin hanya berdasarkan kelantangan dan kepetahan pemimpin itu berpidato. Mereka juga lebih selesa memilih pemimpin yang mempunyai dua tiga buah “istana” di puncak bukit dan berderetan kereta mewah kerana beranggapan pemimpin mereka itu akan menjadikan mereka kaya seperti dia. Tidak kurang juga ada dalam masyarakat hari ini yang memilih pemimpin yang boleh mereka kudai untuk kepentingan diri sendiri.

Secara kasarnya, sebagai seorang muslim dalam memilih pemimpin ini bolehlah kita perhatikan dahulu bagaimana pemimpin yang akan kita akan angkat nanti menguruskan rumah tangganya. Jika dia sebagai seorang bapa dan suami, adakah dia telah melaksanakan tanggungjawab dia dalam menjauhi keluarganya dari api neraka. Jika dia seorang isteri atau ibu, adakah dia meneladani Saidatina Aisyah atau Saidatina Khadijah serta ummu mukminin lain dalam menguruskan rumah tangga. Adakah aurat dia, anak-anak dan suami terpelihara. Bagaimana pergaulan mereka sekeluarga dan sebagainya. Dari sini kita akan jawapan bahawa seseorang itu wajar untuk kita lantik sebagai pemimpin atau tidak. Jika keluarganya pun kucar-kacir dan tidak bercirikan Islami, mahukah dia kita angkat sebagai pemimpin untuk memimpin kita. Segala keputusan di tangan kita, setiap yang kita lakukan pasti akan di soal di akhirat kelak. Janganlah nanti kita tersangkut di Masyar hanya kerana memilih pemimpin yang salah, yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya, menindas rakyat dan yang menghancurkan Islam. Wallahua’lam.

Sunday, May 10, 2009

Rahsia Tahi Lalat-Muka

Assalamualaikum, ni ada serba sedikit maklumat untuk dikongsi bersama tentang rahsia tahi lalat. Entri pada kali ini agak bersangkutan dengan entri sebelum ini iaitu "Lalat Adalah Hidupan Terbang Terbaik Di Dunia". Saya rasa setiap orang mesti sekurang-kurangnya ada satu tahi lalat pada diri mereka, tapi tak semua orang ada tahi lalat di muka,hehe..Bagi sesetengah orang tahi lalat ini membawa erti kepada mereka,dan bagi sesetengah orang ianya tidak membawa sebarang erti, jadi apa-apa pun kat bawah ni ada beberapa rahsia tentang kedudukan tahi lalat di muka seseorang, selamat membaca....



KENING KANAN
Sekiranya kamu mempunyai tahi lalat pada kening sebelah kanan, kamu dikatakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan cekap melakukan setiap tugas yang diberikan. Maksudnya kamu mampu memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan ke atas kamu.

KENING KIRI
Sifat sopan adalah gambaran bagi mereka yang memiliki tahi lalat sebegini. Kamu juga seorang yang lemah-lembut. Walaupun kamu seorang yang bersopan dan lemah-lembut, namun jangan terperanjat kerana kamu juga seorang yang aktif dan cergas. Tidak hairanlah kamu ini suka
melibatkan diri dalam kegiatan lasak termasuklah acara sukan.

ANTARA DUA KENING
Kamu dikatakan seorang yang keras hati dan pendirian kamu sukar digugat atau dipengaruhi orang lain. Selain itu, kamu juga seorang yang berani. Kadangkala sikap kamu yang berani ‘tak bertempat’ itu mendatangkan keburukan pada diri kamu.

ATAS MATA KANAN
Kamu dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Selain itu, kamu juga selalu berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yang mantap dalam masa yang singkat.

ATAS MATA KIRI
Kamu dikatakan mempunyai sikap baik hati dan disenangi orang lain. Tidak hairanlah kamu mempunyai ramai teman tidak mengira status, jantina dan kedudukan.

PIPI KIRI
Ini menunjukkan kamu mempunyai ramai teman. Mungkin kerana kamu seorang yang peramah dan tak sombong. Kamu juga tak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan ikhlas.

PIPI KANAN
Kamu sentiasa menjadi pujaan ramai peminat dari jantina yang berlawanan. Tidak hairanlah jika kamu mudah mendapat pengganti walaupun baru sahaja putus cinta.

PADA HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini menunjukkan kamu ini cukup bernasib baik dan murah rezeki. Kebanyakan mereka ini mampu hidup senang-lenang.Bertuahnya badan!

PADA BATANG HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini dikatakan lebih bertuah. Kamu lebih mudah memperolehi kekayaan dalam hidup dan dicintai sepenuh hati oleh yang tersayang. Kamu juga dikatakan hanya melalui satu perkahwinan sahaja seumur hidup.

BIBIR ATAS KANAN
Kamu seorang yang petah berbicara. Mempunyai banyak rezeki dan pandai.

BIBIR ATAS KIRI
Kamu dikatakan mempunyai ramai kawan kerana sikap baik hati dan suka menolong orang.

BIBIR BAWAH KANAN
Kamu seorang yang disegani oleh ramai orang. Mungkin kerana sikap peribadi kamu sendiri membuatkan orang suka kepada kamu. Selain itu, ia juga turut membuatkanwajah kamu manis dan sedap mata memandang.

BIBIR BAWAH KIRI
Kedudukan tahi lalat ini menunjukkan kamu seorang yang pandai berbicara. Setiap kali bercakap orang akan rasa kagum terhadap kamu. Jadi tak hairanlah kamu mampu menjadi penceramah/pemidato yang baik. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah pekerjaan yang memerlukan kamu berkomunikasi dengan orang lain secara langsung. Kamu juga seorang yang tidak mudah mengaku kalah.

HUJUNG MULUT KANAN
Kamu jenis yang tak mudah menyerah kalah dan akan mencuba sedaya-upaya. Mereka ini mempunyai semangat juang yang tinggi. Walau bagaimanapun, mereka perlu bekerja keras untuk hidup senang.

HUJUNG MULUT KIRI
Awas! Kamu dikatakan seorang yang suka berfoya-foya dan bersosial. Personaliti kamu yang menarik membuatkan diri kamu mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.

DAGU BAWAH KANAN
Kamu dikatakan mempunyai sifat mulia sehingga membuatkan ramai orang menyukai kamu. Kamu jujur dan baik hati dengan semua orang. Namun begitu, akan ada orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu.

DAGU BAWAH KIRI
Ia menandakan kamu ini seorang yang bijaksana dan mempunyai jiwa yang suci daripada hasad dengki dan cemburu.


Sumber:RahsiaDiri.com

Saturday, May 9, 2009

Peringatan Buat Anak

Orang kata aku lahir dari perut emak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. emak
Bila lapar, yang suapkan aku..emak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. emak
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. mak!
Bila bangun tidur, aku cari.. emak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..emak
Bila nak bermanja… aku dekati emak
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah emak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya emak
Bila nakal, yang memarahi aku… emak
Bila merajuk… yang memujukku cuma..emak
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..emak
Bila takut… yang tenangkan aku.. emak
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..emak

Aku selalu teringatkan ..emak
Bila sedih, aku mesti talipon… emak
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… emak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “emakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..emak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga emak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..emak
Bila ada masalah, yang paling risau.. emak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. emak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . emak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, emak
Yang selalu berleter kat aku..emak
Yang selalu puji aku.. emak
Yang selalu nasihat aku.. emak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… emak

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari emak
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada emak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat emak
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah emak
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… emak ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon emak
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

Dulu emak kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja… bolehkah kamu kirim wang untuk emak? Emak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau emak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi emak sudah tiada.

ingatlah pengorbanan emak@ibu@ummi@mama@mummy atau apa sahaja panggilan yang mulia kita gunakan untuk mereka, kerana insan tersebut yang telah bersusah payah mengandungkan kita selama 9 bulan secara PERCUMA, bergadai nyawa melahirkan kita secara PERCUMA, dua tahun dia menyusukan kita secara PERCUMA, insan ini juga yang telah membesarkan kita dengan setulus kasih sayang dan pengorbanan secara PERCUMA, insan ini juga yang telah mendidik kita tanpa mengenal erti putus asa dan kecewa secara PERCUMA, insan ini juga dalam kalimatnya ada doa untuk kita, dalam nafasnya ada cita-cita untuk kita, dalam pejamnya ada kita dihadapannya, dalam suapannya ada kita di ingatannya, pada raut wajahnya seribu satu keperitan dan di bawah tapak kakinya itu yang kita mesti kejar…

(kata-kata ini pertama kali saya baca masa kat board depan perpustakaan institut lepas ada orang suggest, asalnya "ibu", tapi saya tukar jadi "emak" sebab kat umah panggil "emak")