Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru- Terima Kasih Cikgu

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa buat semua pendidik di seluruh Malaysia. Pada tarikh ini akan diadakan sambutan Hari Guru sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada insan yang bernama guru. Selain di Malaysia, hari guru juga disambut di seluruh dunia dengan pelbagai acara tetapi pada tarikh yang berbeza. Di Malaysia tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Pada tahun ini Hari Guru di Malaysia akan disambut bertemakan 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'. Tema pada tahun ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri dalam menbentuk bangsa Malaysia melalui Satu Malaysia.

Selamat Hari Guru Kepada Semua Warga Pendidik Di Malaysia amnya dan khas kepada seluruh warga Pendidik di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis, Pensyarah-pensyarah di Kolej Matrikulasi Perak,guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Sekolah Kebangsaan Ara Rendang dan Tadika Kemas Pongsu Seribu (1994). Jasa dan pengorbanan kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Salam Nostalgia Guruku.

1 comment:

Seladang said...

Tak lama lagi golongan guru boleh berpolitik tapi Umno saja tauuu!!!!