Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari Jururawat


Assalamualaikum, walaupun dah petang ni, tapi rasanya tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di seluruh Malaysia dan Dunia. Semoga perkerjaan anda yang mulia itu mendapat ganjaran yang setimpal di dunia mahupun di akhirat.

Untuk pengetahuan umum, Hari Jururawat Sedunia disambut pada setiap 12 Mei bermula pada tahun 1974 atas usaha International Council of Nurses. Tarikh ini dipilih sebagai mengenang tarikh lahir Florence Nightingale iaitu pada 12 Mei 1820. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memodenkan profesion kejururawatan.

Di Malaysia, masih terdapat kekurangan dalam pengisian jawatan sebagai jururawat terlatih kerana peningkatan jumlah penduduk dan permintaan yang tinggi dari sector swasta. Dianggarkan kerajaan memerlukan lebih dari 4000 orang jururawat baru bagi mengisi jawatan yang telah dikosongkan oleh jururawat terlatih lain kerana bersara cukup umur.

Oleh itu, sesiapa saja yang berada di luar sana, masih mencari-cari pekerjaan bolehlah pertimbangkan profesion jururawat ini sebagai kerjaya pilihan anda. Wallahua’lam.


Selamat Hari Jururawat.

No comments: