Friday, May 22, 2009

Sambutan Hari Guru IPGM Kampus Perlis

Pagi tadi diadakan sambutan Hari Guru peringkat institut bertempat di Dewan Indera Kayangan (tapi tak berada kat kayangan pun atau Kayangan Square).

Mula-mula ingat nak dok kat bilik ja, tapi setelah berpikir dengan begitu mendalamnya, aku pun melangkah pergi jugak akhirnya sebab tak mahu peristiwa hitam yang telah mencemari hati ini berulang lagi. Maklumlah, orang baek-baek ni bukan boleh buat salah sikit pun, nanti kantoi =)

Berbalik kepada niat asal, sambutan Hari Guru tadi memang best coz persembahan dari bro2 & sis KPLI yang berjaya menyambungkan kembali beberapa wayer yang telah terputus kat kepala aku semalam.

Selain dari itu persembahan dari adik-adik Pra-Sekolah Seri Cempaka cukup melucukan sehingga vibrate habis perut ni dan berjaya membakar sekurang-kurangnya 70% lemak di pinggang dan perut.

Ada sorang budak tu dalam team pra-sekolah aku rasa boleh apply borang masuk raja lawak dengan sorang lagi bro KPLI yang berjoget sakan tadi. Selain itu yang turut menjadi tumpuan aku ialah cikgu-cikgu dari pra-sekolah yang cukup sporting dan sabar dalam melayan seribu satu karenah budak-budak tu. Tahniah cikgu pra-sekolah.

Lastly, tahniah kepada semua penerima hadiah tadi tak kira pensyarah atau pelajar, Selamat Hari Guru semua warga IPGM Kampus Perlis, selamat menduduki exam untuk minggu terakhir dan salam studi.

3 comments:

Seladang said...

Mungkin tidak salah guru bila mengajar berok menjadi hakim!

pencari sejati said...

selamat hari guru..
hohoho

Zaher said...

memang la tak salah guru dah guru tak ajar beruk pun, tapi salah tuan punya beruk la...sepatutnya ajar beruk panjat pokok kelapa bukan jadi hakim, tapi dah beruk jadi hakim spoilt la, hakim sesama binatang pun beruk tak terpilih...