Wednesday, March 31, 2010

SK Simpang Empat, Perlis

Keberangkatan D.Y.T.M. Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail D.K.,S.P.M.P. dan D.Y.T.M. Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen binti Dato' Khalil Akashah S.P.M.P ke Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Perlis sempena Majlis Penganugerahan Biasiswa Kecil Yayasan Tuanku Syed Putra Parlimen Arau 2010 dan Pelancaran Program Sentuhan Kasih.


















Sekian...Wasalam

Saturday, March 27, 2010

detik ajal pilot pesawat Pilatus PC-7



detik2 ajal Mejar Zulrihan Jusoh, 39 iaitu juruterbang pesawat Pilatus PC-7 yang membuat persembahan udara ketika Majlis Perasmian Ekspo Konvokesyen Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman. Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah salah seorang jurulatih penerbangan di Kolej Tentera Udara Kepala Batas, Alor Setar. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah


Kronologi pesawat Pilatus terhempas

  • 11 September 2009 - Mejar Zulkifli Hassan, 38, dan Mejar Mohd Roszaini Mustafa, 37, terbunuh apabila pesawat terhempas di Langkawi.

  • 16 Disember 2004 - Nahas pesawat latihan Pilatus PC-7 mengorbankan Leftenan Amnart Summok, 23, dan jurulatihnya, Mejar Alias Bakar, 36, di Kampung Titi Besi, Kepala Batas.

  • 27 Mei 2004 - Leftenan Mualimin Jasid, 23, terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 terhempas di Kampung Padang Gelanggang, dekat Jerlun, Kedah.

  • 12 Ogos 2003 - Pelatih penerbangan KTU, Leftenan Mai Elmy Sefrina Jalaluddin, 22, terkorban selepas pesawat Pilatus terhempas di Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, Kedah.

  • 12 April 2001 - Seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh apabila Pilatus PC-7 TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang.

  • 12 Julai 1993 - Juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Mohamad Nazri Amran, 21, terbunuh apabila pesawat terhempas di sawah Kampung Chemumar, Tambun Tualang, Perlis.

  • 31 Januari 1992 - Pesawat Pilatus PC-7 terhempas dalam Sungai Kemaman, Terengganu menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

  • 25 September 1990 - Leftenan Muda Faizal Muhammad terbunuh apabila pesawat merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

  • September 1984 - Leftenan Muda S Thulasiram terbunuh selepas pesawat TUDM terhempas di Kampung Bukit Rambai, Pendang, Kedah.

  • credit to BeritaHarian

    Friday, March 26, 2010

    berpraktikum...

    Praktikum...
    Teringat masa sekolah rendah dulu, bila ada cikgu pelatih yang datang berpraktikum kat sekolah boleh dikatakan semua murid akan seronok sebab dah terang-terang dah yang cikgu pelatih ni biasanya tak garang, muda lagi dan sporting, hehe...Sekarang saya pula yang berada di tempat itu. Pergi ke sekolah untuk berpraktikum bagi seorang guru pelatih adalah satu kemestian malah semenjak saya mendaftar diri lagi di IPG pada 2006 perkataan praktikum sering bermain-main dalam kepala. By hook or by crook paktikum mesti kena buat dan semestinya yang menjadi persoalan ialah sudah cukup bersediakah kita untuk menghadapinya? Persoalanya ini sering timbul dan membuatkan kita gelisah. Ditambah pula dengan RPH dan ABM kadangkala praktikum ini boleh di ibaratkan sebagai satu mimpi ngeri. Disebalik mimpi ngeri ini ada nikmat yang tersembunyi iaitu betapa gembiranya hati bila pelajar dapat memberikan kerjasama dalam bilik darjah dan aktiviti P&P berjalan dengan lancar.

    Semoga diberikan lagi kudrat untuk meneruskan baki 3 minggu lagi di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Perlis. Kepada semua rakan-rakan seperjuangan...
    Selamat Berpraktikum!!!

    Tuesday, March 9, 2010

    Sukaneka (PJM 3112)

    Assalamualaikum...
    Pada hari Ahad yang lepas (7 Mac 2010) kumpulan PISMP Matematik dan Pendidikan Seni Visual telah berjaya melaksanakan salah satu amali dalam kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM 3112). Ini adalah hasil kerja keras semua pihak terutamanya jawatankuasa induk dan pensyarah pembimbing. Selain itu kerjasama yang diberikan daripada guru pelatih PPISMP semester 2 sebagai peserta sukaneka amat dihargai.


















    ...Terima Kasih...

    Thursday, March 4, 2010

    .:berkasih sayang:.

    Anas bin Malik telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Ada empat hak yang wajib kamu tunaikan ke atas orang muslimin:

    1. Hendaklah kamu membantu orang-orang yang baik dari kalangan mereka.

    2. Hendaklah engkau memohonkan keampunan bagi mereka yang berdosa.

    3. Hendaklah engkau menziarahi mereka yang sakit.

    4. Hendaklah engkau mencintai orang-orang yang telah bertaubat.

    Adakah kita telah menunaikan akan hak-hak yang telah baginda sabdakan ini ke atas orang muslimin yang berada di sekeliling kita? sama-samalah kita fikir kembali dan bertindak untuk menjawab pertanyaan ini.

    Dalam Islam, hubungan kasih sayang amat dititik beratkan sesuai dengan sifat Allah S.W.T iaitu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah Ta'ala telah berfirman dalam surah Al-Muntahana, Ayat-7 yang bermaksud: "Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka itu insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

    Dalam hadith yang lain,baginda telah bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin dalam sifat belas kasihan, berkasih sayang, dan menghubungkan silaturrahim adalah seperti jasad, apabila salah satu anggota badan itu mengadu sakit, nescaya seluruh jasad itu akan turut merasai kesakitannya seperti demam atau tidak boleh tidur malam. Wallahua'lam

    Monday, March 1, 2010

    Kisah pemotong kayu..

    Pada zaman dahulu terdapat seorang pemotong kayu yang gagah dan rajin bekerja. Suatu hari dia telah pergi meminta kerja sebagai penebang pokok daripada seorang tauke balak. Beliau telah diterima bekerja dengan tauke balak tersebut dan diberikan tawaran gaji yang amat lumayan. Dia juga dibekalkan dengan sebilah kapak sebagai alat untuk menebang pokok. Dia amat berpuas hati dan bergembira dengan tawaran tersebut serta berjanji pada dirinya yang dia akan melakukan yang terbaik.Pada keesokannya, dia memulakan kerja dengan hati yang senang dan di penghujuung harinya dia telah berjaya menebang 15 batang pokok. Taukenya memujinya kerana hasil kerjanya yang mengagumkan. Pada hari selepasnya dia pergi menebang pokok dengan lebih bersemangat lagi kerana masih teringatkan pujian yang diberikan oleh taukenya pada hari sebelumnya. Tetapi malangnya, pada penghujung hari, dia hanya mampu untuk menebang 10 batang pokok sahaja.

    Pada hari ketiga bekerja, prestasinya semakin merosot apabila hanya mampu menebang 7 batang pokok walaupun di telah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan semakin merosot untuk hari seterusnya.

    Terdetik dalam hati si pemotong kayu mungkin beliau sudah kekurangan tenaga untuk menebang pokok. Jadi dia mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan taukenya bagi menjelaskan perkara tersebut serta memohon maaf.

    Ketika berjumpa dengan taukenya, dia telah menceritakan segalanya dan dia juga tidak dapat memahami kenapa prestasinya semakin teruk dari hari ke sehari walaupun dalam sudut hatinya dia berfikir bahawa mungkin dia semakin lemah.

    Lalu taukenya berkata, 'sepangjang kamu pergi menebang pokok sudah berapa kali kamu menajamkan kapak?'. Pemotong kayu itu tercengang dan dia menjawab, 'belum pernah lagi tuan, saya terlalu sibuk menebang pokok sehingga tiada masa untuk menajamkan kapak'. Lalu sedarlah si pemotong kayu itu bahawa kerana dia tidak pernah menajamkan kapak itu prestasi kerjanya semakin merosot.

    Begitulah juga dengan kita, kemahiran yang kita ada mesti ditajamkan dengan memperoleh pengetahuan-pengetahuan baharu yang berguna dan relevan dengan kehendak semasa. Kaedah untuk belajar dan mendidik pada zaman dahulu mungkin sudah tidak sesuai lagi untuk di adaptasi pada masa kini.

    Justeru adalah amat penting bagi kita untuk sentiasa mengupdate pengetahuan dan segala tingkahlaku selaras dengan perubahan masa dan sejajar dengan tuntutan Islam.

    Nazrey Johani-Wahai Kekasih


    Wahai seorang kekasih,
    Telah lama kau dirindui,
    Pilu sedih dalam kerinduan,
    Menangis pun tak berair mata,
    Namun hati tetap gembira,
    Syafaatmu menanti di sana.

    Sungguh tabahnya hatimu,
    Menanggung derita yang melanda,
    Biarpun perit pedih tersiksa,
    Kerana umat kau tempuhi jua.

    Wahai Rasul kaulah segalanya,
    Contoh terbaik umat akhir zaman,
    Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
    Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

    Wahai Rasul kami merindui,
    Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
    Manis senyuman mu penawar hiba,
    Di hati kami kaulah segalanya.


    Untuk lagu di Youtube, klik DISINI