Thursday, March 4, 2010

.:berkasih sayang:.

Anas bin Malik telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Ada empat hak yang wajib kamu tunaikan ke atas orang muslimin:

1. Hendaklah kamu membantu orang-orang yang baik dari kalangan mereka.

2. Hendaklah engkau memohonkan keampunan bagi mereka yang berdosa.

3. Hendaklah engkau menziarahi mereka yang sakit.

4. Hendaklah engkau mencintai orang-orang yang telah bertaubat.

Adakah kita telah menunaikan akan hak-hak yang telah baginda sabdakan ini ke atas orang muslimin yang berada di sekeliling kita? sama-samalah kita fikir kembali dan bertindak untuk menjawab pertanyaan ini.

Dalam Islam, hubungan kasih sayang amat dititik beratkan sesuai dengan sifat Allah S.W.T iaitu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah Ta'ala telah berfirman dalam surah Al-Muntahana, Ayat-7 yang bermaksud: "Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka itu insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Dalam hadith yang lain,baginda telah bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin dalam sifat belas kasihan, berkasih sayang, dan menghubungkan silaturrahim adalah seperti jasad, apabila salah satu anggota badan itu mengadu sakit, nescaya seluruh jasad itu akan turut merasai kesakitannya seperti demam atau tidak boleh tidur malam. Wallahua'lam

No comments: