Saturday, March 27, 2010

detik ajal pilot pesawat Pilatus PC-7



detik2 ajal Mejar Zulrihan Jusoh, 39 iaitu juruterbang pesawat Pilatus PC-7 yang membuat persembahan udara ketika Majlis Perasmian Ekspo Konvokesyen Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman. Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah salah seorang jurulatih penerbangan di Kolej Tentera Udara Kepala Batas, Alor Setar. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah


Kronologi pesawat Pilatus terhempas

  • 11 September 2009 - Mejar Zulkifli Hassan, 38, dan Mejar Mohd Roszaini Mustafa, 37, terbunuh apabila pesawat terhempas di Langkawi.

  • 16 Disember 2004 - Nahas pesawat latihan Pilatus PC-7 mengorbankan Leftenan Amnart Summok, 23, dan jurulatihnya, Mejar Alias Bakar, 36, di Kampung Titi Besi, Kepala Batas.

  • 27 Mei 2004 - Leftenan Mualimin Jasid, 23, terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 terhempas di Kampung Padang Gelanggang, dekat Jerlun, Kedah.

  • 12 Ogos 2003 - Pelatih penerbangan KTU, Leftenan Mai Elmy Sefrina Jalaluddin, 22, terkorban selepas pesawat Pilatus terhempas di Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, Kedah.

  • 12 April 2001 - Seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh apabila Pilatus PC-7 TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang.

  • 12 Julai 1993 - Juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Mohamad Nazri Amran, 21, terbunuh apabila pesawat terhempas di sawah Kampung Chemumar, Tambun Tualang, Perlis.

  • 31 Januari 1992 - Pesawat Pilatus PC-7 terhempas dalam Sungai Kemaman, Terengganu menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

  • 25 September 1990 - Leftenan Muda Faizal Muhammad terbunuh apabila pesawat merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

  • September 1984 - Leftenan Muda S Thulasiram terbunuh selepas pesawat TUDM terhempas di Kampung Bukit Rambai, Pendang, Kedah.

  • credit to BeritaHarian

    3 comments:

    Dx said...

    al -fatihah

    Cikgu Yang said...

    Salam!!! Ya Allah,tak dapat nak kata apa-apa..Al-Fatihah.

    MUHAMMAD FIRDAUS said...

    12 April 2001 - Seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh apabila Pilatus PC-7 TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang.arwah abg saya LT.mohd Faizal bin Ismail
    trima kasih pada bloggers ini! AL-FATIHA