Tuesday, April 6, 2010

Berkerusi roda bukan halangan

Assalamualaikum
Kali ini saya nak kongsi sikit tentang kisah seorang insan kecil yang tabah dalam mengharungi kehidupan ini. Dilahirkan dalam keadaan yang serba kekurangan, adik Mohd Syamil tidak mampu berjalan kerana lumpuh sebahagian badan. Dia tidak dapat menggerakkan kakinya dan hanya bergantung pada kerusi roda sebagai medium untuk dia bergerak. Walaupun pergerakkannya terbatas, dan tidak dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain, adik Syamil dikurniakan akal fikiran yang cerdas. Ini terbukti apabila dia berjaya mendapat tempat pertama bagi keseluruhan Tahun Satu. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan dan terbatas, ini tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu. Segala kekurangan yang terdapat padanya tidak pernah dijadikan alasan dan halangan untuk dia belajar. Selain itu, bantuan dari rakan dan guru-guru di sekolah saya lihat amat membantu beliau dalam menguruskan diri.





Semoga insan kecil ini terus tabah dan cemerlang dalam kehidupan dan menjadi inspirasi kepada kita. Wallahua'lam..

No comments: