sambungan dari Bahagian Satu...
4. PENAHANAN OLEH POLIS
4.1 Apabila ditahan tanya, "mangapa saya ditahan?"
Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.
4.2 Jangan melawan
Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya anda melawan.
4.3 Tanya - "Ke balai mana encik hendak membawa saya?"
Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis berdekatan dan tldak ke tempat lain.
4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkantentang tangkapan.
Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada keluarga, peguam atau Pusat Bantuan Guaman. Maklumkan mereka:-
• Anda telah ditangkap.
• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.
• Pengenalan anggota polis yang menangkap.
• Balai polis kepada mana anda dibawa.
4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
Di balai polis atau di lokap balai polis dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.
5. HAK-HAK ANDA KETIKA DALAM TAHANAN
5.1 Hak untuk menghubungi Peguam
Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak anda untuk berbuat demikian.
5.2 Pakaian
Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan Persendirian
Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang elamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.
5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari. Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera. Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.
5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda
Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin. Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24 jam.
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET
6.1 Siapakah Majistret
Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa samada untuk memberi Perintah Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Raman
la adalah bertuiuan untuk memberikan lebih banyak masa kepada Polis untuk menyelesaikan siasatan mereka dan memutuskan samada terdapat keterangan untuk membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda. Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman semata-mata bagi tujuan mendapatkan kenyataan daripada anda.
6.3 Jangka hayat Perintah Reman
Apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk Perintah Reman, Polis mestilah memberikan sebab-sebab mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Majistret bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar
terhadap sebab-sebab yang diberikan Polis. Polis selalunya akan memohon penahanan lanjutan selama 14 hari atau kurang. Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebabsebab yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara untuk tidak membenarkan Perintah reman; atau, untuk membuat Perintah reman untuk suatu jangkamasa yang lebih pendek dari yang dipohon Polis. Polis boleh membuat lebih daripada satu permohonan untuk Perintah Reman. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesamuanya.
6.4 Apakah langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda dihadapkan ke Majistret
Maklumkan kepada Majisiret bahawa:
• anda ingin mendapatkan representasi peguam dan memaklumkan kepada LAC serta keluarga anda.
• anda ingin mendapatkan bantuan perubatan kerana anda tidak sihat atau telah didera,
• anda telah diugut atau didera semasa di dalam tahanan (jika ada).
• anda telah dinafikan dengan makanan / air / pakaian yang sewajarnya, tandas atau perhatian perubatan yang sewajarnya semasa di dalam tahanan (jika ada).
• samada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda di dalam tahanan.
6.5 Pohon untuk Perintah Reman yang singkat
Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum Majistret memberi Perintah Reman. Beri alasan-alasan (sebagai contoh: "saya akan bekerjasama dengan polis di dalam siasatan", "saya akan hadir setiap kali polis memerlukan saya" dan sebagainya).
...bersambung Bahagian Tiga/Akhir