Friday, April 3, 2009

Telur rebus dan kicap manis

Ha....ni ada sejenis resepi baru untuk dikongsi bersama.

Resepi ini ciptaan sepupu saya adli & adlina. Dua beradik nie bukan setakat berkongsi nama yang hampir sama, tetapi turut berkongsi citarasa yang sama. Sebelum ni yang saya tau ialah telur tiga suku masak dimakan dengan kicap. Tapi yang ni lain sket, telur rebus dan kicap manis. Tapi bukan sebarangan telur rebus yang boleh digunakan, dari pengamatan saya, mereka hanya memilih telur yang betul2 sempoi saja. Hanya telur kenduri sahaja yang dibenarkan untuk membuat hidangan ini, hehe. Nak buat tu senang ja melainkan la kalau kat umah tu tak ada kicap. Kupas kulit telur dan ramas dengan sebati bersama kicap mengikut sukatan dan citarasa anda. Selamat mencuba..

...tengok tu siap pose lagi, ni la adli @ mastermind.....maaf chef ni comot sket.

...yang nie adlina, 'pengikut setia' merangkap chief deputy.


Gambar diambil pada 5 Disember 2008, malam sebelum majlis akad nikah Kak Aida. Ni kira telur kenduri jugak la hehe..

2 comments:

Noorsyahida said...

erkk..kena tunggu kenduri dulu la kalau nak cuba.. lain ke teloq kndri n teloq besa?

Zaher said...

lain..x sama..coz tlyr kndri dpt free..