Syeikh Nizar Rayyan diputerakan pada 6 Mac 1959 di Kem Pelarian Jabaliyyah yang terletak di utara Semenanjung Gaza. Keluarganya merupakan sebahagian daripada penduduk Arab yang diusir oleh rejim Israel laknatullah daripada Bandar Ashkelon dalam peristiwa Nakbah yang berlaku pada sekitar tahun 1948
Penampilannya yang kemas berjambang merupakan seorang muhaddithin yang sangat mencintai sunnah Rasulullah S.A.W. Beliau amat prihatin tentang masa depan negara Palestin dan sentiasa bersedia untuk mengabdikan dirinya sebagai perisai setiap kali Masjid al-Aqsa cuba dipermainkan oleh rejim Israel.
Beliau menerima pendidikan peringkat tinggi di beberapa buah universiti terkemuka di Arab Saudi dan Jordan sebelum menamatkan pengajian peringkat kedoktoran di Universiti Omdurman di Sudan. Hasil kajiannya dalam peringkat kedoktoran berkaitan Pengajian Ilmu Hadith yang telah beliau siapkan itu telah diterima pakai sebagai manual Pengajian Ilmu Hadith di beberapa buah universiti di Timur Tengah.
Sekembalinya ke bumi Gaza, beliau telah diamanahkan sebagai penceramah pelawat kepada beberapa buah masjid di Kem Pelarian Jabaliyyah.
Beliau amat menekan kewajipan mengimani jihad setiap kali menyampaikan kuliah dan ceramah di masjid-masjid selitar Gaza. Menurutnya, kewajipan berjihad di bumi Palestin tidak akan padam selagi mana rejim Israel tidak dihapuskan sepenuhnya.
Tokoh yang sering membaluti tubuhnya dengan mortar dan bahan letupan ini sering kali menegaskan-Kami sekali kali tidak akan mengiktiraf Israel tidak kira secara nyata atau imaginasi.
Sehari sebelum menemui syahid, Dr Nizar Rayyan menerusi satu khutbah yang disampaikan di masjid telah menegaskan- Bahasa kita kepada Yahudi adalah bahasa peperangan keranan peperangan adalah satu-satunya bahasa yang difahami mereka. Insya-Allah tentera rejim haram itu tidak akan sesekali mampu menghancurkan jihad ini. Kami tidak memerlukan wang dan senjata dari anda, apa yang kami perlukan adalah doa daripada anda. Insya-Allah kami mampu menetang musuh ini dengan tangan kami sendiri.
Akhirnya syahid yang diidamkan datang jua menjemputnya pada tanggal 1 Januari 2009. Hampir satu tan bahan letupan telah digugurkan di kediamannya yang turut mengorbankan isteri-isteri dan 11 orang anaknya. Mereka sekeluarga telah memilih jalan syahid untuk bertemu Allah. Firman Allah S.W.T. dalam surah al Baqarah ayat 154, dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu; orang-orang mati, bahkan mereka itu orang-orang yang hidup ( dengan keadaan hidup yang istimewa) tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Semoga berbahagia di Syurga Allah.
(suntingan dari Syuhada Gaza karangan Dr Ahmad Muhammad Mujahid, terbitan Pas Kawasan Putrajaya)
(suntingan dari Syuhada Gaza karangan Dr Ahmad Muhammad Mujahid, terbitan Pas Kawasan Putrajaya)
No comments:
Post a Comment