Friday, May 29, 2009

Pulang juga akhirnya..

Assalamualaikum, kepada semua teman-teman yang telah (yang balik awal) dan akan melangsungkan percutian ini selamat bercuti diucapkan, kepada yang tidak dapat bercuti janganlah anda ada menyimpan walau sedikit pun perasaan jeles atau dengki kerana sesungguhnya ia hanya akan membusukkan hati seperti busuknya buah pisang ranum yang ditinggalkan. Tapi hiasilah hati dengan perasaan yang baik kerana ia akan kekal harum seperti harumnya bunga cempaka walaupun telah berbulan-bulan dipetik.

Aku insya-Allah akan pulang ke rumah petang ini setelah berjaya mengemas bilik. Usaha aku selama dua hari untuk mengemas bilik akhirnya berbaloi juga. Dikesempatan ini juga aku minta kepada semua yang sedang bercuti tu berhati-hati di jalan raya dan dimana sahaja anda berada.

Sebutkan pasal jalan raya ini teringat kat Ishak yang aku baru pergi tengok dia semalam kat hospital. Ini adalah kali kedua dia masuk ke hospital selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 4 Mei yang lepas. Kali ini dia dimasukkan ke hospital kerana terdapat jangkitan kuman pada luka di kakinya dan memerlukan sedikit pembedahan bagi mengeluarkan ketulan darah beku dalam kaki dia. Semalam masa melawat dia dalam keadaan berpuasa kerana menunggu masa untuk ditolak ke bilik pembedahan. Kata dia, tengah malam dia akan dibedah selepas di berikan antibiotik yang secukupnya melalui tiub di tangannya. Kecederaan utama dia ialah retak kat area tulang pelvis (bahasa anatomi ini kalau bahasa kampung panggil tulang punggung ja). Semoga Ishak cepat sembuh dan tabah dalam menghadapi ujian ini.


Akhir sekali, jutaan kemaafan dipohon andai ada salah silap kepada sesiapa sahaja. Selamat bercuti dan bertemu keluarga. Wasalam.


Thursday, May 28, 2009

Manusia semakin kejam...

Assalamualaikum, tengok la gambar ni ,seorang manusia tergamak untuk melayan manusia lain macam anjing, betapa kejamnya manusia akhir zaman ni..kat Malaysia pula tu...


Ini adalah gambar salah seorang "tahanan" ceti haram di Seri Kembangan yang telah berjaya diselamatkan oleh Polis. Tahniah dan syabas kepada pasukan Polis yang telah berjaya mengesan perbuatan tidak keperikemanusiaan ini. Kejayaan Polis ini mungkin serba sedikit dapat memulihkan imej pasukan Polis yang kian tercalar sejak akhir-akhir ini tentang pencabulan hak asasi manusia, terlibat dengan politik, dan terkini gelaran Polis Raja Di-Malaysia yang diberikan oleh pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham. Ini berikutan kecenderungan Polis untuk menahan orang awam sesuka hati tanpa menghiraukan hak asasi manusia berbanding dengan usaha untuk mencegah jenayah.

Berbalik kepada manusia kejam, gambar kat atas ini lebih kurang macam keadaan hamba dalam anime One Piece yang mana kat satu tempat tu ( Sabaody Archipelago) masih ada perhambaan oleh golongan manusia kelas atasan malah mendapat restu dan dilindungi oleh Marine (kerajaan). Kawan kepada Luffy ( Straw Hat pirate's captain) iaitu Caimie (mermaid) hampir-hampir juga dijadikan hamba selepas diculik dan dilelong, mujur lah sempat diselamatkan. Kalau nak tahu diselamatkan oleh siapa, tengok la sendiri dari episod 390-400. Melalut lagi.

Lebih kurang kan macam gambar kat atas tu, ada rantai besi kat leher


Ok, kembali untuk kali kedua, baru-baru ini kita turut digemparkan dengan kejadian samun dan bunuh dua beranak di Ipoh, kes ragut yang membawa kematian kepada seorang ibu yang mengandung dan warga emas, dan kes warga Bangladesh di ibu kota yang mati ditetak sehingga terburai isi perut dan terputus tangan sebelum jatuh tersungkur dihadapan sebuah restoran. Ini tak termasuk lagi dengan kejadian rogol yang berleluasa sekarang, kes adik arwah Nurin Jazlin yang menyayat hati dan pembuangan bayi yang kalau di amati seolah-olah sudah menjadi trend zaman sekarang. Inilah realiti yang kita rakyat Malaysia perlu hadapi sekarang. Tiada lagi tempat yang selamat untuk kita sekalipun di rumah kita. Kita mestilah berwaspada kemana saja kita pergi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. MANUSIA SEMAKIN KEJAM. Wallahua'lam..

Wednesday, May 27, 2009

HoRReY

yippi yippi ya ya, yippi yippi ya ya...
exam dah habis...
yippi yippi ya ya, yippi yippi ya ya..
cuti pun bermula...
yippi yippi ya ya, yippi yippi ya ya..
boleh balik kampung laa...
yippi yippi ya ya, yippi yippi ya ya..
tapi bilik tak kemas lagi daa..

Tuesday, May 26, 2009

Tak Patut Tak Patut

Apa yang tak patut tu?
Disini ada 3 perkara yang tak patut anda lakukan ketika menjawab soalan peperiksaan:


Pertama: Berbincang ketika peperiksaan sedang djalankan
Anda tidak dibenarkan untuk berbincang ketika peperiksaan sedang dijalankan walaupun soalan itu jelas meminta anda untuk berbincang. Contohnya seperti soalan ini "Bincangkan lima langkah yang perlu diambil bagi membendung gejala lompat rumah sukan serta huraikan". Jadi tak perlu lah anda mencari-cari partner bila jumpa soalan macam ni ok. Jika anda hendak berbincang juga dan berasa sesangat terdesak untuk berbincang, cukuplah sekadar berbisik-bisik.

Kedua: Memberitahu jawapan secara lisan dan kuat

Anda tidak dibenarkan menyebut jawapan anda secara terang-terangan kerana suara anda akan mengganggu calon lain dan anda dikira menberitahu jawapan kepada calon lain ketika peperiksaan walaupun soalan jelas meminta untuk anda berbuat demikian. Contohnya "Sebutkan nama tiga ekor beruk peliharaan Pak Jibun". Tambah-tambah lagi jika anda terjerit-jerit kerana menyangka hanya anda seorang sahaja yang tahu jawapan itu. Anda perlu ingat bahawa hanya ujian lisan sahaja yang membenarkan calon untuk bercakap, nama pun ujian lisan.

Ketiga: Buat-buat pandai
Ini khas bagi soalan struktur ataupun esei. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang menghafal skema jawapan sebelum peperiksaan =). Pelajar yang kurang cemerlang ialah pelajar yang menghafal skema jawapan sebelum peperiksaan. Sama saja kan?Tetapi yang membezakan diantara pelajar yang cemerlang dan pelajar yang kurang cemerlang ialah pelajar yang kurang cemerlang akan menulis "Lain-lain jawapan yang munasabah boleh diterima" di setiap akhir jawapannya.

Monday, May 25, 2009

Kekejaman LTTE ke atas umat Islam Sri Lanka

(dipetik dari blog saudara Faisal Tehrani di http://tehranifaisal.blogspot.com)

Saat ini di New Delhi, media sedang hangat membincangkan tentang kabinet baharu Perdana Menteri Manmohan Singh. Lain dari itu berita kematian komander LTTE, Velupillai Prabhakaran turut mendapat liputan. Saat saya mengetik blog dan berita tanahair, saya agak terkejut membaca laporan mengenai ribuan orang berkumpul di kuil Batu Caves untuk membantah pembunuhan orang awam di Sri Lanka. Khabarnya mereka membantah jenayah perang oleh kerajaan Sri Lanka terhadap orang Tamil dalam peperangannya dengan LTTE yang mahu mewujudkan negeri Eelam di utara Sri Lanka. Protes tersebut dikatakan perlu, untuk menunjuk rasa terhadap nasib ribuan mangsa yang tidak berdosa: terkorban dan kehilangan kediaman.

Saya ingin mengingatkan di sebalik kematian orang awam berbangsa Tamil yang tidak berdosa ini, orang terlupa polisi pembunuhan beramai-ramai LTTE terhadap muslim di utara Sri Lanka. Sekiranya protes ini adalah protes terhadap pembunuhan orang tidak berdosa dan mangsa perang ia haruslah mengisi sama apa yang menimpa umat Islam Tamil di Sri Lanka. Sekiranya penganjur mengabaikan hakikat ini, maka protes dan perhimpunan ini hanyalah satu perhimpunan pro LLTE yang menurut saya amat amat menjengkelkan.

Saudara pembaca mungkin terlupa atau kurang tahu apa yang berlaku pada 3 Ogos 1990, apabila LTTE Tamil Tiger (yang mendakwa pejuang masyarakat Tamil) ini telah membunuh 103 umat Islam Tamil yang sedang bersolat di Masjid Kattankudiy di Batticaloa. Perkara sama berlaku pada 3 Ogos 2006 di Muttur. Badan hak asasi manusia - The Society for Peace, Unity & Human Rights in Sri Lanka (SPUR) - yang beribupejabat di Victoria, Australia menyatakan pembunuhan terhadap umat Islam Tamil oleh LTTE ini turut berlaku di Kebitigollewe (15 Jun 2006), juga di desa Kalyanapura, Gomarankadawala pada 23 April 2006 dan pembunuhan di Welikanda ada 29 Mei 2006.

Untuk mengingatkan saudara akan tragedi berdarah ini, saya akan menurunkan sejumlah foto peristiwa kejam tersebut. Jangan teruskan melihat sekiranya saudara tidak cukup kuat.






















Foto-foto mengejutkan ini dirakam oleh Martin Klejnowski dan Madeleine Leeson, dua orang jurnalis Reuters yang berjaya menyusup masuk ke dalam wilayah penguasaan LTTE pada waktu itu. Leeson melaporkan terdapat mayat ditemui tersandar di dinding masjid berhampiran jendela menunjukkan mangsa cuba melarikan diri tetapi tidak dilepaskan.

Pembunuhan beramai-ramai pada 3 Ogos 1990 tersebut menyaksikan kesyahidan Akram (6 tahun), Ajimeel, Jaroon dan Rizwan (10 tahun), Asroof 11 (tahun), Dalhan Haris, Fauser Hassan, Arip, M. Ajimal, Makeen, Kamaldeen dan Imtiaz (semua berusia 12 tahun), Anas, Faizal, dan M.B.Jawad (13 tahun), Sameeen, Jaufer, Samath, Mohammed Fauzer, Safar, M. S. M. Jaufer (14 tahun), dan Fazlan (15 tahun). Anak-anak ini dari sebuah sekolah yang sama dan dikatakan ke masjid pada hari tersebut untuk belajar membaca al-Quran. Pembunuhan ini berlaku ketika mereka sedang sujud sedang mereka bukanlah tentera atau bersenjata.

Pada jam 7.20 malam, seluruh pekan Katankudi bergelap. Jemaah meneruskan solat dalam gelap. Tidak lama kemudian muncul kenderaan Hiace putih, van rasmi LTTE dengan anggota bersenjata. Mereka masuk menembak secara membuta babi, malah kesan peluru turut tertanam di dinding masjid.

Peristiwa ini dilaporkan oleh A. I. Ismail yang pada waktu itu berusia 55 tahun. Dan oleh M.M. Akbar yang ketika itu berumur 16 tahun. Kedua-duanya terselamat dari pembunuhan dengan berpura-pura mati. Tetapi mereka cedera parah kerana gerila LTTE terus menembak mayat yang terbujur di lantai masjid demi memastikan mereka benar-benar mati.

.....bacaan lanjut di blog Faisal Tehrani, klik sini

(untuk teks berkaitan di akhbar nasional klik sini)

Halaqahtul Mulk-satu kemajuan

Malam ni ada kelainan sikit dalam jemaah halaqah mulk kerana disamping ketumbukannya menghampiri 30 0rang, terdapat seorang dari kalangan jemaah adalah dari bukan Islam.

Kesudian beliau untuk mendengar bacaan surah As-Sajadah dan Al-Mulk serta tazkirah mengingatkan kembali saya kepada peristiwa exco bukan Islam dari kerajaan pakatan di Perak yang bukan Islam membaca Al-Quran dan terjemahannya.

Beliau menerima bermacam-macam kutukan dari parti lawan kerana menganggap beliau seolah-olah menghina Islam. Tetapi berbeza dengan pandangan yang dilontarkan dari pakatan. Kesanggupannya itu disanjung dan diberikan pujian. Ini berdasarkan sejarah yang telah mencatatkan bahawa Saidina Umar tatkala mendengar bacaan al-Quran serta merta lembut hati beliau dan terus memeluk Islam. Begitu terkesannya al-Quran ke atas Saidina Umar yang pada ketika itu merupakan antara orang yang paling kuat menghalang usaha dakwah Rasulullah. Dan di dalam al-Quran itu sendiri serta tujuan penurunannya adalah untuk manusia sejagat bukan hanya untuk orang Islam sahaja. Begitu juga halnya dengan kisah Abu Lahab yang diizinkan untuk membaca dan memahami surah Al Lahab yang mencela perbuatannya.

Kenapa sekarang kita perlu menghalang orang bukan Islam untuk mendekati Islam?, sedangkan berkembangnya dakwah Rasulullah itu adalah melalui pengislaman. Kalau kita hendak mengharapkan berkembangnya Islam itu hanya melalui kelahiran dari keturunan kita yang telah sedia keislamannya, maka tidak mustahil untuk kita melihat kembali dagangnya Islam ini seperti mana datangnya dahulu.

Jadi, usaha orang bukan Islam untuk mempelajari dan mengenali Islam patut digalakkan dan diberikan bimbingan yang secukupnya. Semoga mereka akan beroleh hidayah dari Allah S.W.T. Wallahu'lam...

Saturday, May 23, 2009

"Anthem Of The Oppressed"


“I imagine LOVE,

I imagine HAPPINESS,

Only TEARS,

Only RUTHLESSNESS”

“Shut my mouth,

Seal my ears,

Turn my eyes away,

From seeing truthfulness”

“Though we’re free,

Yet we honour slavery,

Can’t you see,

We’re losing dignity”

“Voice not heard,

No truth they seek,

We are dead,

Before death could ever greet”

“Appearing wise,

They’re preaching honesty,

Rhetorical lies,

What they do is opposite”

“You serve no right

To question these,

Zombie-like we are,

Abiding by what they wish”

“I dream of just,

A civil society,

No more fight,

No more bureaucracy”

“Closer ties,

Rooms to think,

Freedom to talk,

Whatever we believe in”

“Preach no lies,

No bogus promises,

Treasures lives,

No more nurturing fears”

“Honour thy pride,

God’s given gift,

Do it for love,

For harmony, for liberty,

“This is life,

This is reality,

You can hide,

But can’t breathe”

“Pray for guide,

Search for peace,

May you see the light,

You,ve been wishing all these years”

Sesapa yang rajin tu boleh la translate poem ni dalam bahasa ibunda (Bahasa Melayu). Ni la poem yang aku belajar sem ni dari En Norasmadi dalam ELE 3101.