Monday, May 31, 2010

Misi kemanusiaan ke Gaza diserang..






















(Berita Harian Online)
KUALA LUMPUR: Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.

Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
"Kami sedang cuba mendapat maklumat mengenai keadaan mereka melalui pelbagai cara," katanya ketika dihubungi.


Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam tadi ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di sini awal pagi ini.

Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.

Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua daripada TV3.
Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 kilometer dari Gaza.

"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya. - Bernama

Semoga insan-insan yang berani ini diberi lindungan keselamatan oleh Allah S.W.T daripada ancaman tentera Israel-Zionis laknatullah. Andalah pejuang-pejuang yang bakal merintis semula jalan-jalan yang ditnggalkan syuhada terdahulu dalam menyelamatkan bumi Palestin-bumi An-biya'. Amin.

Monday, May 17, 2010

exam datang lagi....

assalamualaikum...
sekadar peringatan untuk diri sendiri yang exam dah dekat..

so tunggu apa lagi..jom studi...MySpacetapi jangan lupa solat, makan minum & tidur..MySpace

Sunday, May 16, 2010

!!Selamat Hari Guru!!



Selamat Hari Guru kepada semua mualim dan mualimin yang berada seluruh pelusuk tanah air, terutamanya kepada guru tadika kemas saya. Cikgu Hasnah...semua guru2 di Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, SMK Agama Nibong Tebal, pensyarah2 di IPG Perlis dan tidak dilupakan kepada semua rakan2 guru pelatih di IPG Perlis especially buat teman2  5PISMP Matematik dan semua guru pelatih IPG. 


Selain itu ucapan ini juga didedikasikan khas buat Mak dan Abah, walaupun mereka tidak bergelar guru di mata umum tetapi bagi saya mereka ialah guru saya yang tersangat istimewa dalam memberikan didikan kepada saya. Tanpa didikan dan kasih sayang mereka siapalah saya.


Hari guru untuk tahun ini secara peribadinya sangat istimewa bagi saya kerana saya telah merasai pengalaman menjadi guru semasa berpraktikum dan telah mempunyai anak murid. Walaupun hanya sebulan, tetapi tempoh itu amat bermakna kerana dalam dalam setiap detik berada dalam profesion perguruan begitu bernilai bagi saya terutamanya apabila mendengar panggilan "cikgu" dari murid-murid.


Semoga setiap hari dalam menjalani latihan perguruan ini akan lebih membakar semangat saya untuk bergelar sebagai seorang murabbi kelak. Insya-Allah..


Saturday, May 15, 2010

Suam-suam kuku saja...

>apa yang suam-suam kuku ni?
>ni la terjadi kat rumah mathboyz bila semua tengok perlawanan bola sepak antara kelantan dan terengganu tadi
>ingatkan perlawanan malam ni akan panas..rupanya hampeh bila free2 sj kelantan dapat gol percuma yang di dermakan oleh kapten terengganu sendiri iaitu  Marzuki Yusof.
>tak sampai 2 minit lepas tu...kelantan dapat lagi satu gol dari Indra pulak...
>kecewa besar dua orang budak ganu dalam umah ni + dua orang lagi budak ganu yg jd tetamu tadi...
>asalnya dalam umah ni ada 4 orang budak kelantan, 2 terengganu, manakala masing-masing satu dari penang, kedah dan nogori.
>walaupun suam-suam kuku dan x panas seperti yang di harapkan...tahniah untuk kedua-dua pasukan yang nmpknya begitu bersungguh-sungguh tadi..
>kpd penyokong2 terengganu yang kecewa 2 boleh la keluar amik angin sekarang tengok match Chelsea vs Portsmouth..

Thursday, May 13, 2010

Tiada kehidupan selain akhirat

Semasa melawat blog salah seorang anak TGNA iaitu Ust Nik Abduh untuk melihat kupasan beliau tentang isu politik dalam masjid saya telah terpandang description pada blog beliau yang bertajuk MASANYA MEMILIH JALAN YANG LURUS iaitu tiada kehidupan selain akhirat. Apa yang ingin saya bincangkan disini ialah maksud tulisan beliau itu yang sebelum ini sering juga saya terfikirkan mengenainya. 

Mungkin ramai yang menyedari akan hakikatnya tetapi saya rasa tidak semua yang berfikiran begitu sebelum ini termasuklah saya. Ada sesetengah orang mengungkapkannya sebagai kelahiran bermula selepas kematian. Mungkin ini ialah realitinya, kita sekadar singgah sekejap di atas muka bumi hanya untuk diuji supaya nanti untuk kehidupan yang kekal abadi kita akan ditempatkan mengikut tingkat amal yang kita lakukan. Samalah macam kita kat sekolah, pencapaian kita dalam ujian yang diberikan oleh guru akan menentukan kelas yang akan bakal kita duduki. Baik keputusannya, baik jugalah kelas yang akan kita duduki dan sebaliknya. Cumanya kehidupan di akhirat no turning back dan tak ada ujian kedua. Apa yang kita lakukan di dunia ini adalah apa yang akan kita sembahkan kelak apabila kita pulang menghadap Illahi nanti. 

Mungkin ada antara kita yang pernah mengengar ungkapan ini, “panjangkanlah umur dengan beramal”. Kenapa dengan beramal kita boleh panjangkan usia kita? Sebenarnya umur kita telah ditetapkan oleh Allah sebelum kita lahir lagi. Dan umur ini tidak berubah, sebab itu ada ulama’ yang menjatuhkan hukum makruh apabila kita berdoa untuk dipanjangkan umur sebaliknya kita disaran untuk berdoa supaya diberkati usia.  Usia yang berkat ini merujuk kepada sejauh mana pengabdian diri kita ini kepada Allah dalam kehidupan kita dan apa yang telah kita usahakan sepanjang hayat kita. Usia yang berkat lebih baik dari usia yang panjang. Apa guna hidup beribu tahun tapi sekalipun tidak pernah melakukan amal ibadat. dan menyembah Allah.

Maksud melakukan amal untuk penjangkan usia ialah kita disarankan untuk melakukan amal kebaikan yang akan dapat membantu kita setelah kita mati nanti. Kerana apabila terpisahnya roh dan jasad anak adam itu, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu anak soleh yang akan mendoakannya, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah yang ditinggalkan. Allah telah berfiman dalam ayat 10 hingga 11 surah Al-Munafiqun “ Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan"

Jika sebelum mati kita sudah sediakan semua ini, dan kita juga seorang yang taat kepada perintah Allah, insya-Allah tempat kita di negeri akhirat yang kekal abadi itu pastinya di sisi Allah. Disitulah kehidupan yang sebenar bermula tanpa ada akhirnya, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “Tinggallah kamu di dunia ini seperti kamu sedang melalui sesuatu tempat”. Jadi untuk persinggahan yang singkat ini kita mesti berlumba-lumba untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat kelak dengan berlumba-lumba melakukan kebaikan dan sentiasa mengingati maut yang pada bila-bila masa boleh menjengah untuk mencabut nyawa kita seperti Rasulullah bersabda yang bermaksud "perbanyakkanlah kamu mengingati sesuatu yang menghilangkan segala kelazatan iaitu kematian". Allah berfirman dalam surah Al-An’aam ayat 61 yang bermaksud “Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya)”.

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Jururawat


Selamat Hari Jururawat kepada Kak Sara, Amin Zaki dan semua jururawat di Malaysia

lakukan tugas yang diamanahkan itu dengan seikhlas hati semoga kelak mendapat balasan yang setimpal dari 
Allah S.W.T

Tuesday, May 11, 2010

mAtH bOyZ


Sesi fotografi PISMP MAtematik0
2010
alhamdulillah sesi fotografi berjalan lancar dan jayanya akhirnya kerana semuanya masih lagi boleh di kawal dan tidak bertindak diluar kawalan.

Lagi Kisah Teladan

Tiga orang peguam dan tiga orang jurutera dalam perjalanan ke sebuah persidangan dengan kereta api. Setibanya di stesen kereta api, setiap peguam membeli satu tiket untuk mereka masing-masing manakala jurutera hanya membeli satu tiket untuk mereka bertiga. Para peguam tersebut amat hairan melihat tindakan jurutera tersebut lalu bertanya kepada para jurutera tersebut

"Macam mana kamu semua boleh menaiki kereta api nanti dengan hanya satu tiket?".
"Tunggu dan lihat", jawab salah seorang daripada jurutera itu.

Semasa menaiki kereta api, para peguam pun mengambil tempat duduk masing-masing dan tidak sabar untuk melihat apa tindakan yang akan dilakukan oleh tiga orang jurutera tersebut.Namun ketiga-tiga jurutera tersebut tidak mengambil tempat duduk sebaliknya mereka berasak-asak masuk  ke dalam tandas. Selepas kereta api mula bergerak, pemeriksa tiket tiba untuk memeriksa tiket. Apabila mengetahui terdapat orang di dalam tandas, dia segera mengetuk pintu tandas dan meminta tiket dari luar tandas. Salah seorang daripada jurutera tersebut hanya membuka sedikit sahaja pintu tandas dan terus menghulurkan tiket kepada peperiksa tiket. Selepas diperiksa, pemeriksa tiket itu pun beredar dari situ.  

Setelah melihat perkara itu, para peguam pun memutuskan untuk akan membuat perkara yang sama untuk perjalanan pulang nanti. Jadi semasa hendak pulang, para peguam dengan sebulat suara membuat keputusan untuk membeli hanya satu tiket sahaja untuk mereka bertiga. Ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan mereka. 

Semasa di stesen kereta api, mereka bertambah hairan apabila melihat para jurutera tidak membeli  sebarang tiket untuk menaiki kereta api bagi  perjalanan pulang. Lalu salah seorang daripada peguam itu bertanya kepada para jurutera 
"Macam mana pula kali  ini anda semua hendak menaiki kereta api tanpa sebarang tiket"?
"Tunggu dan lihat", jawab salah seorang daripada jurutera itu.

Di dalam  kereta api, ketiga-tiga jurutera tersebut seperti biasa bersesakkan masuk ke dalam tandas manakala tiga orang peguam itu turut membuat perkara yang sama.Mereka semua  berada dalam tandas yang berdekatan.  Selepas kereta api mula bergerak, salah seorang jurutera keluar dari tandas dan berjalan ke arah tandas tempat ketiga-tiga peguam tersebut bersembunyi.
Dia mengetuk pintu dan berkata, 
"Tiket encik".

Monday, May 3, 2010

Ulser Mulut

Saya rasa ramai antara kita yang sudah biasa atau pernah mengalami ulser mulut. Sakit, pedih, susah nak bercakap dan hilang selera makan adalah antara perkara yang akan kita alami apabila berlaku ulser mulut. Itulah yang saya hadapi sekarang. Sedikit ujian dari Allah untuk saya. Alhamdulillah saya terpilih untuk diuji dan bila ingat ini semua sebagai satu ujian dan peringatan rasa sakit pun semakin berkurangan. Allah berfirman dalam surah Al-'Ankabut, ayat 2 yang bermaksud, "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Tapi apa yang saya alami ini hanyalah sekelumit ujian dari Allah sahaja jika hendak dibandingkan dengan ujian-ujian yang lebih berat yang Allah berikan kepada hambanya yang lain seperti Rasulullah, para Nabi, sahabat, dan umat Islam di Palestin contohnya.

Berbalik kepada ulser mulut yang saya alami ini, kali ini ulser yang terbentuk agak luar biasa kerana ia terjadi pada kawasan gusi, bukan pada bahagian bibir atau pipi. Sebelum ni saya hanya pernah mengalami ulser mulut pada bahagian dalam bibir atau pipi.Tetapi kali ini berbeza. Terdapat dua tempat yang ada kesan tompokan putih dan kemerahan disekelilingnya iaitu pada gusi hadapan bahagian bawah. Jarak anatara kedua-dua ulser ini agak dekat mungkin dalam lingkungan 2-3 mm. 

Saya rasa hari ini sudah masuk hari kelima dan ulser ini semakin membesar jika hendak dibandingkan keadaannya dengan 2 hari yang lalu. Apa-apa pun saya rasa ia akan pulih dalam masa terdekat dengan izin Allah selepas saya amalkan berkumur dengan cecair antiseptik dan menyapukan gel anlgesik (guna Bonjela).pada bahagian yang sakit. Sekarang pun rasa sakit dah semakin berkurang. Semoga ia cepat sembuh dan keadaan kembali normal. Amin.

Fakta Tentang Ulser Mulut
Punca: Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
  • Stres
  •  Perubahan hormon
  •  Jangkitan
  •  Kekurangan zat makanan
  •  Alahan
  •  Rawatan radiasi
  •  Rawatan kemoterapi

Rawatan /Petua: 
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Banyak minum air suam.
  • Berehat dan tidur dengan cukup
  • Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
  • Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.

Sunday, May 2, 2010

Cerita di Gua Kelam (Cave of Darkness)

Sempena cuti 1 Mei Hari Pekerja, saya dan rakan-rakan sekelas yang lain berkesempatan untuk mengadakan sedikit aktiviti riadah di Gua Kelam, Perlis. Tapi bukan buat dalam gua k, buat kat luar gua. Dekat kawasan riadah di sebalik bukit. Walaupun tak semua ahli kelas yang terlibat kerana masing-masing ada komitmen yang lain, tapi majlis berjalan dengan lancar dan amat menyeronokkan. Gua Kelam ni rupanya panjang juga laluan ia sebab last sekali pun saya datang masa form 5 kot kalau tak salah. Datang dengan team TKRS SK Sungai Bakau untuk pertandingan kawat kaki sekolah rendah peringkat kebangsaan. Masa saya dan Dee (orang kampung+schoolmate+classmate) berpeluang join team ni sebab kami jadi pembantu jurulatih.

Tadi masa jalan dalam gua tu agak letih la jugak  sebab gua ni panjang dari jangkaan saya tapi keindahan Gua Kelam sedikit sebanyak telah mengurangkan keletihan tu, hehe...Macam-macam bentuk dan tekstur akan dapat kita rasa dan sentuh dalam gua ni selain daripada dapat melihat kelawar bergantung dan terbang dalam gua. Siapa yang x pernah datang lagi tu, jemput2 la datang.  Lepas harap sangat dapat buat lagi function macam ni dan semua sekali ahli kumpulan PISMP Matematik dapat join.


..masa baru sampai...



...pok le n k.jaja buat mesyuarat x rasmi..


...berbumbungkan kehijauan..


..pintu masuk Gua Kelam..


...dekat kandang rusa @ kijang saya tak pasti ...


..masih basah, tapi bukan mandi kat belakang tu..


..Rafiuddin, boleh imbang??..


...badak berendam..mana satu badak ek?...



..bakar2 jangan sampai terbakar tangan  sj..


..makan time..


...wafiq and puwe..ccccute..


dari kiri: Siti Khairun Nur Akmal, Mahpuzah, Juwairiah, Wan Nur Syazwani


belakang dari kiri : Wafiq, Shahriduan, Abdullah, Syafiq, Azlan
depan dari kiri: Safuan dan Zaher



























PISMP Matematik Sem 5/2010 IPG Kampus Perlis

Saturday, May 1, 2010

Ada pemuda UMNO nak bunuh TGNA

 Ish saya xtau nak tulis apa lagi, harap2 kita semua boleh buat pertimbangan sendiri la tentang berita ini. Ni cakap orang yang xda iman.
Ni dia page facebook Safuan Hilmi
Ni komen yang dia buat
Ugutan yang dikeluarkan oleh salah seorang  pemuda/ahli UMNO ini perlu dipandang berat. Menyirap darah saya bila baca komen yang dia tulis. Jelas-jelas dia menghina ulama'. Inilah yang berlaku bila sudah taksub dengan sesuatu + jahil + tiada iman. Inilah jadinya. Bila syaitan dah bersarang dalam diri, pewaris nabi pun nak dibunuhnya. Apa-pun pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita hamba Allah, semoga Mohd Safuan Hilmi bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

SeLaMaT HaRi PeKeRjA

Kepada semua pekerja-pekerja di luar sana yang bersusah payah berkerja untuk mencari rezeki yang halal, untuk menyara diri dan keluarga,membangunkan negara...salute untuk anda. Esok diri anda perlu diraikan untuk kerja keras yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bagi para guru pelatih, kita semua sekarang berada dalam pra-perkhidmatan, jadi kita perlu menyambut hari pekerja untuk separuh hari sahaja kerana kita baru sebahagiannya berada dalam perkhidmatan awam...melawak saja...