Tuesday, May 11, 2010

Lagi Kisah Teladan

Tiga orang peguam dan tiga orang jurutera dalam perjalanan ke sebuah persidangan dengan kereta api. Setibanya di stesen kereta api, setiap peguam membeli satu tiket untuk mereka masing-masing manakala jurutera hanya membeli satu tiket untuk mereka bertiga. Para peguam tersebut amat hairan melihat tindakan jurutera tersebut lalu bertanya kepada para jurutera tersebut

"Macam mana kamu semua boleh menaiki kereta api nanti dengan hanya satu tiket?".
"Tunggu dan lihat", jawab salah seorang daripada jurutera itu.

Semasa menaiki kereta api, para peguam pun mengambil tempat duduk masing-masing dan tidak sabar untuk melihat apa tindakan yang akan dilakukan oleh tiga orang jurutera tersebut.Namun ketiga-tiga jurutera tersebut tidak mengambil tempat duduk sebaliknya mereka berasak-asak masuk  ke dalam tandas. Selepas kereta api mula bergerak, pemeriksa tiket tiba untuk memeriksa tiket. Apabila mengetahui terdapat orang di dalam tandas, dia segera mengetuk pintu tandas dan meminta tiket dari luar tandas. Salah seorang daripada jurutera tersebut hanya membuka sedikit sahaja pintu tandas dan terus menghulurkan tiket kepada peperiksa tiket. Selepas diperiksa, pemeriksa tiket itu pun beredar dari situ.  

Setelah melihat perkara itu, para peguam pun memutuskan untuk akan membuat perkara yang sama untuk perjalanan pulang nanti. Jadi semasa hendak pulang, para peguam dengan sebulat suara membuat keputusan untuk membeli hanya satu tiket sahaja untuk mereka bertiga. Ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan mereka. 

Semasa di stesen kereta api, mereka bertambah hairan apabila melihat para jurutera tidak membeli  sebarang tiket untuk menaiki kereta api bagi  perjalanan pulang. Lalu salah seorang daripada peguam itu bertanya kepada para jurutera 
"Macam mana pula kali  ini anda semua hendak menaiki kereta api tanpa sebarang tiket"?
"Tunggu dan lihat", jawab salah seorang daripada jurutera itu.

Di dalam  kereta api, ketiga-tiga jurutera tersebut seperti biasa bersesakkan masuk ke dalam tandas manakala tiga orang peguam itu turut membuat perkara yang sama.Mereka semua  berada dalam tandas yang berdekatan.  Selepas kereta api mula bergerak, salah seorang jurutera keluar dari tandas dan berjalan ke arah tandas tempat ketiga-tiga peguam tersebut bersembunyi.
Dia mengetuk pintu dan berkata, 
"Tiket encik".

No comments: