Tuesday, October 19, 2010

Aduh..celaka punya batu!

Assalamualaikum...
Pernah tak kita semua tersepak batu, tersadung tunggul atau terlanggar kerusi meja serta barangan perabot terutamanya semasa kita berjalan? Saya rasa pasti ramai antara kita yang pernah melalui saat tersebut sama ada di hadapan orang ramai atau pun dikala keseorangan tiada siapa yang melihat. Apabila terjadi perkara sebegini pastinya akan perpancul dari mulut kita secara automatik "tak guna punya meja", "bila masa pulak ada kat sini", "celaka punya batu" dan macam-macam lagi lah cacian dan makian yang akan keluar dari mulut kita. Malah mungkin ada yang bukan sekadar dicerca batu tersebut, tetapi turut mencarut-carut kerana tidak berpuas hati. Tetapi tidak semua kita begitu, mungkin akan ada dalam kalangan kita yang akan mengucapkan "Allahu Akbar" atau "Subhanallah" apabila ditimpa musibah sedemikian rupa. Apa yang ingin saya tekankan disini ialah berapa ramai dari kita yang akan menyalahkan diri kita sendiri apabila kita tersepak atau tersadung sebarang objek yang berlaku diatas kecuaian diri kita sendiri. 

Tindakan reflek manusia lebih cenderung untuk mempertahankan diri mereka di atas satu-satu perkara yang berlaku berbanding untuk menyalahkan diri mereka sendiri walaupun ia berlaku di atas kecuaian diri mereka sendiri. Kita hanya akan dapat berfikir kemudiaannya apabila kita dapat membuat pertimbangan dengan waras. Tapi bukan semua yang akan membuat pertimbangan dengan waras di atas setiap apa yang berlaku. Apa pun pengajaran yang paling penting apabila kita tersepak batu atau tersadung tunggul kita perlu lah segera kembali kepada Allah. Bukannya cacian dan makian yang dilemparkan malah keluhan sekalipun usahlah diungkapkan kerana Dia lah yang telah mengaturkan segala-segalanya untuk kita. Tanpa izin dan perkenan-Nya tiada apa pun yang boleh berlaku. 

Seperti kisah seorang ahli sufi yang terkenal iaitu Bishr Al Hafi tatkala beliau tersepak batu dalam perjalanan dan berdarah kakinya lalu mengucap syukur beliau ke hadrat Illahi dan tidak sedikit pun beliau mengeluh. Lalu si isteri bertanya kepada beliau, "Wahai tuan kenapa engkau mengucapkan syukur sedangkan kaki kau sakit dan berdarah kerana tersepak batu?". Jawab Bishr Al Hafi dalam nada yang tenang dan gembira "Saya di tegur tadi oleh Tuhan ketika di jalan, jadi apabila ditegur oleh kekasih mana mungkin sakit yang di rasa tapi enak yang terasa". Begitulah betapa tingginya darjat keimanan Bishr Al Hafi yang juga guru kepada Imam Ahmad ibn Hanbal. Kita mungkin tidak akan sampai kepada tahap tersebut tetapi jika kita ada usaha ia sudah memadai untuk kita melakukan perubahan untuk berada dekat dengan kekasih yang kekal abadi, Allah Rabbul Jalil. Wallahua'lam..
 

6 comments:

Ckin Kembaq said...

Kena set dlm mind agar akan kluar pkataan yg baik2..insyaAllah boleh punya..

Sy ni terkadang melatah..Tp,tak la kluar pkataan yg pelik2...n_n

Skang ni da set dlm minda bila melatah,nak kuarkan pkataan yg baik2 ja..alhamdulillah berjaya.. tp kdg tu terlupa jugak..hehe biasa la..manusia kan.. n_n

Zaher said...

nak set dlm minda tu la yang susahnya bila dah hati tu sunyi dgn zikrullah & lidah tak henti2 menutur yg lagha sj..

Ckin Kembaq said...

InsyaAllah boleh..

Dia pasti akan tolong kalu kita betul3 nak,right?..

Bila terkluar perkataan yg plik2,org gelak..tp bila keluar pektaan yg baik2 spt zikrullah,mula nak pandang sinis..tu la msyrakt skang nih...

maisyah said...

saya setuju dg Chin kembaq..
kita boleh latih diri dg set our mind...
saya pun pandai melatah, perkataan yg kluar perktaan yg terakhir saya dengar..tapi, yg x tahan tu tgn pun ikut sama...
cmn plak tu en. Zaher?

Zaher said...

Terima Kasih..
bagi semua ni balik kpd persoalan hati,prkataan yg baik xkan kuar dr hati yg kotor dan hati yang bersih xkan mengeluarkan perkataan yg x baik..
sy lebih cenderung utk melihat kpd aspek zikrullah dlm menjaga hati, mana mngkin seorang yg hatinya sentiasa mengingati Allah akan melatah membuta tuli sebaliknya akan perpancul kalimah yg baik apabila ia melatah..
utk itu bernafas dgn zikrullah adalah salah satu cara utk kita mendidik diri dan jiwa kita seterusnya secara outomatik dlm minda kita sudah set untuk keluarkan perkataan yg baik apabila melatah..

Zaher said...

teringat pesan Ust Rijaluddin Yahya,
latih diri utk bernafas dgn zikrullah supaya nanti kita akan terbiasa & akan berlaku dgn sendirinya..
~pesanan utk diri sendiri~