Saturday, October 15, 2011

Mengapa kursus perniagaan untuk buruh ladang asing?

PAS Johor mempersoalkan mengenai "layanan kelas pertama" kepada sekumpulan pekerja asing untuk menghadiri "kursus keusahawanan" sedangkan permit kerja pertanian tidak membenarkan mereka menjalankan perniagaan di negara ini.

NONE"Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan,
sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita," kata ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita?

"Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh  daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?" kata Suhaizan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mendakwa, pada peringkat awal, pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM).

Bagaimanapun, dakwanya, di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju sebuah pusat peranginan di Bangi.

 "Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang," tambahnya.

bangi resort foreigners citizenship 121011Suhaizan mendakwa, perjanjian dengan pemandu bas ialah perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari
Rabu 12 Oktober 2011, yang menurutnya menunjukkan kursus itu adalah selama lima jam - dari 8 pagi hingga 1 tengahari - sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.

"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik dari Johor Bahru ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Bahru sahaja.

"Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," tambahnya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/178706

No comments: