Saturday, October 8, 2011

RIngkasan Bajet 2012 (Salient points of Budget 2012)

MELIGAT PELABURAN
  • Pakej Rangsangan Khas – RM 6 Bilion
  • Meliberalisasikan 17 subsektor perkhidmatan
  • Pelaksanaan Rolling Plan Kedua berjumlah RM98.4 bilion
  • Pengurusan nilai bagi projek baru bernilai RM50 juta ke atas
  • Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion
  • Pembangunan Lima Wilayah Koridor (RM978 juta)
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)
  • Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilion – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan
  • Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan
  • Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi membiayai PKS yang terlibat dengan bencana alam
  • Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM500 juta – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan
MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
Tahun 2012 – Tahun Gerakan Inovasi
  • Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA
  • Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru
  • Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia
  • Program realiti dan dokumentari di media
  • Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta)
  • Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru – jangkaan GNI, RM30 Bil.
  • Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum
INSENTIF PERCUKAIAN
Industri Perbankan & Kewangan & Pelaburan
  • Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun,
  • Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
  • Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
  • Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.
  • Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi.
  • Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).
  • Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid.
Industri Perhotelan
  • Memberi Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia.
Lain-lain
  • Mengkaji semula kadar RPGT bagi membendung RPGT spekulasi dalam pasaran hartanah
  • Perkhidmatan reka bentuk industri diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun.
  • Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun.
  • Potongan cukai ke atas sumbangan kewangan kepada institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadat yang berdaftar.
  • Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi potongan dua kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program internship.
  • Insentif percukaian untuk Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans.
PENDIDIKAN
  • Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah – RM1 bilion
  • Pemansuhan bayaran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah
  • Potongan cukai – kepada penderma program persekolahan (individu & syarikat)
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 di seluruh negara
PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
  • Melaksanakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) – RM1 Bil
  • Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah & S’wak
  • Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%.
  • Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara (RM110 juta)
  • Pembangunan infrastruktur asas luar bandar, RM5 Bilion (bekalan air, elektrik, rumah dan jalanraya)
  • Projek Penyelenggaraan Awam-Asas (PIA-PIAS), RM500 juta
  • Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur sistem bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)
  • Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN
  • Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan
  • Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk
SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM
  • Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy
  • Menambah baik struktur gaji penjawat awam&- kenaikan antara 7 hingga 13 peratus&
    - kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
  • Menambahbaik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base
    - Guru gred 48 – SSM (tahun ke-20 tahun); SBPA (tahun ke-16)
  • Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun
  • Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat)
  • Program Army Care – menaiktaraf & menyelenggara kuarters tentera
  • Tambahan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500
PESARA KERAJAAN & BEKAS PEGAWAI KONTRAK
  • Pesara Kerajaan
    - menikmati pelarasan pencen
    - Melaksanakan kenaikan tahunan sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji
  • Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
  • Program latihan khusus untuk pesara tentera bagi menceburi bidang perniagaan
MEREDAKAN INFLASI & MENGIMARAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
  • Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion
  • Penerusan subsidi bil elektrik RM20
  • Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah.
  • Membuka 30 unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara
  • Mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia
  • Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.
  • Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT
  • Skim Rumah Pertamaku – meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.
  • Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang, 1,880 unit
  • Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah
  • Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, 15,000 unit
  • Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20 ribu bagi setiap rumah.
  • Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan
PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI 
  • Membina hospital-hospital, 81 Klinik Kesihatan & 50 Klinik 1Malaysia
  • Menambahbaik blok bersalin Hospital Putrajaya dan menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL)
  • Memperkenalkan Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah- Menaikkan elaun on-call semalaman, RM30 hingga RM80
SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA
  • Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)yang memanfaatkan 100 ribu isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Pelaburan ini menjanjikan pulangan bersih yang menarik.
MEMACU PEMBANGUNAN MASYARAKAT BUMIPUTERA
  • Dana Mudahcara Bumiputera, RM300 juta
  • Membimbing 1,100 syarikat Bumiputera berpotensi
  • Program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
MERINGANKAN BEBAN PEMILIK TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA PERSENDIRIAN
  • Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
  • Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian
  • Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan
  • Pemberian bantuan untuk menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7-10 tahun / RM1,000 lebih 10 tahun)
  • Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet = RM7,560
YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN
  • Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi
ANJUNG SINGGAH
  • Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan.
MENGHARGAI PERANAN DAN MEMARTABAT WANITA
  • Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan
  • Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus – RM50 juta)
  • Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion kepada usahawan dalam bentuk pembiayaan pinjaman mikro kaum
  • Membina Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur
BELIA PENGGERAK MASA DEPAN
  • Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.
  • Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia).
  • 150 gelanggang futsal tambahan di seluruh negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim.
  • 30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah
MENGHARGAI JASA WARGA EMAS
  • Percuma – caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan.
  • Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.
PENDAFTARAN AWAL HAJI 
  • Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum. 


http://www.1malaysia.com.my/blog/follow-the-2012-budget-tabling-live-here/



No comments: