Sunday, August 28, 2011

Al Fatihah di hujung Ramadhan

Dua wanita maut dirempuh van dekat Kerian


2011/08/28

IPOH: Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di Kilometer 202, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian, awal pagi ini.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 12.08 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.
"Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat.

"Ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya," katanya.
Beliau berkata, pemandu van bersama tiga penumpang rakyat Thailand hanya cedera ringan. - BERNAMA


Arwahyarhamah telah selamat disemadikan bersama adik iparnya di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Banggol, Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 12 tengah hari tadi. Semoga keluarganya redha dan dapat menerima  pemergian beliau walaupun berat beban yang terpaksa mereka  pikul.   Semoga roh Kak Zaihan dan adik iparnya dicucuri rahmat Al Fatihah..

1 comment:

Anonymous said...

Coin Casino - Bonuses, Codes & Review - Casinoworld
Coin febcasino Casino is an 인카지노 innovative and innovative gaming platform that lets you enjoy your favorite casino choegocasino games from the comfort of your own home.