Guru dilaporkan hilang ketika berjoging ditemui mati
TAIPING: Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping yang dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, di sini dua hari lalu ditemui mati hari ini. Mayat Abdullah Zubir Ismail, 29, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada jam 11 pagi.
"Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah," katanya di sini hari ini.
Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lalu.
Guru berkenaan dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga jam 7 petang.
Sementara itu, Ahmad Din Ahmad Zuki, 50, yang membuat laporan mengenai kehilangan rakannya itu, berkata Abdullah memang suka berjoging dan mendaki bukit seorang diri di kawasan Bukit Larut dan ini adalah kali keempat dia berbuat demikian.
"Abdullah sudah berkahwin dan tinggal di asrama sekolah. Dia mengajar di sekolah Menengah King Edward Taiping sejak dua tahun lalu.
"Semalam (Isnin) sepatutnya dia mengajar...ramai di kalangan guru sekolah tidak mengetahui kehilangannya dan terkejut apabila mendapati dia ditemui mati di kawasan bukit itu hari ini," kata Ahmad Din yang juga seorang guru. - BERNAMA
Kejadian ini meninggalkan kesan kepada saya kerana saya sering juga keluar untuk beriadah dengan mendaki Bukit Lagi, Kangar seorang diri. Selepas ini mungkin saya akan pastikan ada orang lain yang mendaki juga semasa saya mendaki supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan dan diambil tindakan awal. Apa-apa pun sudah tersurat sejak azali lagi bahawa ajal arwah sudah sampai pada waktu tersebut kerana maut itu tidak pernah lewat atau cepat walau sedetik pun.... Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya ducucuri rahmat....amin..
No comments:
Post a Comment