Wednesday, June 24, 2009

Hak Anda [Bahagian Akhir]

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN

7. 1 Bilakah ia boleh dilakukan

Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh: karaoke / kelab) di mana polis sedang melakukan serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadahberbahaya), polis berhak untuk melakukan pemeriksaan badan/beg anda tanpa menahan anda. la hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang berpangkal tidak kurang daripada inspektor,

7.2 Apakah yang perlu anda lakukan

• Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.

• Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda dapat ngawasi barangan anda. Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh "purse", "kunci", "kad

pengenalan" dan sebagainya. Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku / beg tersebut

7.3 Hak-hak anda

• Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka oleh pegawai polis wanita sahaja.

• Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh: bahagian sulit tidak boleh disentuh).

• Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.

8 PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN

8.1 Bilakah polis boleh melakukannya

• Polis mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan badan bagi objek yang berhubung dengan kesalahan yang disyaki.

• Pemeriksaan badan harus dilakukan di dalam kawasan yang terlindung. Adalah menjadi hak anda untuk diperiksa di kawasan yang terlindung.

8.2 Pemeriksaan badan secara bogel

Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang membolehkan Polis memaksa anda dibogelkan. Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya anda enggan berbogel:

• Bantah.

• Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.

• Buat laporan selepas kejadian tersebut.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN

9.1 Kenal pasti pegawai polls yang menyoal-siasat anda.

Pastikan nama / pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.

9.2 Hak memilih untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh: soalan-soalan mengenai keluarga anda, kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan. Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.

9.3 Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113) daripada anda

Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan anda. Anda hanya perlu memberi nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (Butir-butir peribadi). Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak untuk berdiam diri. Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, katakan: "Saya akan menjawab di Mahkamah".

9.4 Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi Kenyataan 113

Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut untuk memaksa anda untuk memberi kenyataan bertulis:

• bertenang dan berdiam diri;

• polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau

Sekiranya anda telah diugut, dipukul ataupun dipaksa, buat laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan secepat mungkin. Ini adaiah hak anda.

9.5 Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113

Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan 3.4 di atas.

Sekiranya anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan, minta dari Pegawai Polis. Kenyataan 113 anda boleh digunakan sebagai keterangan terhadap anda di dalam Mahkamah untuk membuktikan:

• anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap kesalahan jenayah sebagaimana yang dituduh; atau,

• anda telah mengakui/membuat pengakuan mengenai sebarang fakta yang boleh menunjukkan bahawa anda bersaiah di dalam kesalahan yang dituduh.

No comments: