Saturday, October 10, 2009

Kidal

Hampir 10% golongan dewasa di dunia terdiri daripada golongan kidal tetapi sehingga ke hari ini golongan kidal terus didiskriminasi walaupun kemunculannya di iktiraf. Dari penggunaan gunting sehinggalah alat elektronik seperti kamera, semuanya tidak sesuai untuk kegunaan golongan kidal. Walaupun wujud alatan untuk golongan kidal, kuantitinya amat sedikit berbanding permintaan dan harga yang ditawarkan tidak berpatutan. Di seluruh dunia terdapat kira-kira 700 juta orang golongan kidal.


Ciri-ciri Psikologi Golongan Kidal


Kepimpinan- Lebih kurang 66% daripada presiden Amerika untuk 30 tahun lepas terdiri daripada golongan kidal. Barack Obama dan John McCain juga merupakan golongan kidal.

Cara Berfikir – Kajian yang dibuat menunjukkan golongan kidal mempunyai keupayaan memikir yang agak luar biasa (pelik). Seorang pengkaji dari Australia mendapati golongan kidal berupaya untuk berfikir lebih cepat ketika bermain permainan computer atau bersukan dan golongan kidal lebih cenderung untuk mendapat gaji yang lebih tinggi.

Berdikari- Ramai pakar percaya bahawa golongan kidal adalah lebih berdikari kerana mereka perlu berhadapan dengan dunia yang dicipta bukan untuk mereka. Seorang pengkaji, Dr Peters berpendapat golongan kidal cenderung untuk kalis kepada tekanan sekeliling dan lebih senang berdikari. Golongan kidal juga lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan atau perubahan yang berlaku.


Ada banyak lagi…


Famous Lefthanded People


Man Kidal, Barack Obama,Saddam Hussin, John McCain,Bill Clinton,Angelina Jolie, Kurt Cobain,Jimi Hendrix,Marilyn Monroe,Rafael Nadal,Lionel Messi, Ramses II (Firaun), Alexander the Great , Julius Caesar, Napoléon Bonaparte (French emperor) King Louis XVI of France, Queen Victoria of England, King George II of England, King George VI of England , Prince Charles of England, Prince William of England, Fidel Castro Cuban leader, Lord Baden-Powell founder of the Boy Scouts, David Letterman…

Tuesday, September 15, 2009

semalaman di hospital...

Assalamualaikum...

Oleh kerana kesuntukan masa untuk pulang pada waktu pagi bagi menziarahi jenazah mak tam, aku telah mengambil keputusan untuk bermalam di Hospital Sultanah Bahiyah dahulu sebelum pulang ke rumah sambil menunggu kakak aku bertugas pada syif malam di sana. Aku tiba di hospital lebih kurang pada jam 12.00 tengah malam dengan bantuan dua orang rakan yang sudi untuk menghantar aku ke sana. Terima Kasih atas jasa dan bantuan anda. Pada mulanya ingat nak bermalam kat ruang menunggu saja, tapi kakak aku ajak naik ke wad tempat dia bertugas. Jadi merasa la juga aku tidur kat hospital semalaman walaupun sebenarnya tak berapa lelap pun sebab sejuk sangat...


....antara peralatan yang terdapat di dalam bilik ECHO....


....katil ni boleh tahan la....


....benda apa ntah...


....selamat ada paip air panas yang dapat mengurangkan kesejukkan.....


.....yang ni yang istimewanya, tanpa bilik ini prestasi staf mungkin akan menurun...


HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Saturday, September 12, 2009

buat Mak Tam yang telah pergi...

Assalamualaikum w.b.t

Mak Tam atau Pn Saleha Bt Din telah menghembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi di rumah beliau. Mak Tam yang merupakan kakak kepada mak adalah anak kesayangan tok dan tok wan. Sehingga sekarang Mak Tam tetap menjadi kesayangan semua adik-beradiknya. Walaupun jarang bersua muka, mak dan Mak Tam sering berbual dalam telefon untuk bertanya khabar,biasanya mak tidak akan duduk senang jika tidak dapat menghubungi kakaknya itu. Bagi mak, Mak Tam adalah sebahagian daripadanya. Begitu juga layanan yang diberikan oleh semua adik-beradik dalam keluarga Tok Din kepada Mak Tam amat berbeza kerana beliau adalah insan yang sangat istimewa bagi semua. Mak ada menceritakan Mak Tam sebenarnya adalah anak perempuan yang kehadirannya dalam keluarga amat dinantikan oleh tok dan tok wan. Pada waktu itu, tok dan tok wan tidak mempunyai anak perempuan. Jadi kehadiran Mak Tam dalam keluarga pada ketika itu amat menggembirakan hati mereka. Walaupun Mak Tam mempunyai masalah jantung dan sering berulang-alik ke hospital tetapi tiada siapa yang dapat menyangka yang Mak Tam akan di jemput pulang menemui Illahi pada petang ini. Pemergian beliau yang secara tiba-tiba amat mengejutkan kami semua dan kehilangannya tatkala Syawal menghitung hari untuk tiba sungguh terasa kehilangannya. Semoga Mak Tam yang kembali di dalam bulan yang mulia ini ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

-AL- FATIHAH-

22 RAMADHAN 1430

Friday, September 4, 2009

Takziah

Takziah buat A'idah Bt Abdul Halim serta seisi keluarga diatas pemergian ayahandanya tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 September 2009 bersamaan 13 Ramadhan 1430H. Semoga roh bapanya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
-Al Fatihah-

Thursday, September 3, 2009

Dalam Kenangan....

Cincin perak ini telah terjatuh semasa solat Jumaat di Masjid Jamek Pongsu Seribu pada 28 ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430. Sesiapa yang terjumpa cincin ini bolehlah kembalikan/khabarkan kepada saya melalui email ini b4dead@yahoo.com.
-Sekian Terima Kasih-
(Cincin ini adalah hadiah dari seseorang dan amat bermakna bagi saya)

Monday, August 10, 2009

BIG Siri 4 memang best!!

Pada 7 hingga 9 Ogos 2009 saya telah berkesempatan untuk berkunjung ke Kg Banggol Saga, Bongor, Baling, Kedah Darul Aman bersempena dengan Program Anak Angkat. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan silibus Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 4. Ini adalah program anak angkat yang pertama seumpamanya yang pernah saya sertai. Ia adalah sebuah pengalaman yang amat berharga dan indah. Layanan yang istimewa dari keluarga angkat, jawatankuasa program dan penduduk Kg Banggol Saga tidak mungkin dapat dilupakan. Walaupun penduduk kampung masih dalam keadaan sibuk kerana menguruskan keadaan kampung dan rumah selepas baharu sahaja dilanda ribut pada 28 Julai 2009 namun mereka tetap bersedia menyambut kedatangan kami dari IPGM Perlis dengan layanan yang amat istimewa. Selain daripada keramahan penduduknya, Kg Banggol Saga juga menjanjikan hidangan makanan yang pasti akan membuka selera anda. Gulai batang pisang, gulai ikan masin dengan nenas, sambal tumis petai, ikan keli masak lemak, kerabu pucuk paku, rebung, sambal belacan dan beberapa hidangan lagi membuatkan kami tanpa segan silu untuk menambah nasi setiap kali waktu makan tengahari. Itu tidak termasuk lagi dengan layanan dari keluarga angkat yang tidak kurang hebatnya. Pastinya cucur cempedak yang rangup menjadi hidangan paling popular waktu pagi dan petang disana. Seterusnya, kepada keluarga angkat saya Mejar (B) Hj. Zakaria Bin Abdul Rahman (abah) serta isteri Pn Hjh. Aishah Bt. Mohd Hashim (mama) semoga hubungan silaturahim yang baru perputik ini akan terus terpelihara sehingga ke akhir hayat.

...muka penuh konfiden...

...hati-hati dik...

...semakin jauh, semakin sayang...

...kejar jangan tak kejar...

...sempat pose lagi...

...sambutan untuk sukaneka kanak-kanak amat menggalakkan...

kerang free ni...makan jangan x makan,kat Kuala Perlis sekilo 4-6 ringgit ni.

..birthday boy..ropi...berbaju kuning, berkaca mata..

..lambung baik2..

...penglibatan orang kampung amat dialu-dialukan dalam setiap aktiviti yang dijalankan...

..setelah penat "berjuang" dalam sukaneka..

...bergambar bersama keluarga angkat, semoga ukhwah yang dibina berkekalan...

..majlis perpisahan yang sungguh sayu diiringi dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...

..kami berangkat pulang dulu..kalau ada umur yang panjang, insya-Allah kita akan bertemu lagi...

..lambaian akhir...

Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga,

Saturday, July 25, 2009

10 Wasiat Assyahid Hasan Al-Banna

(Assyahid Hasan Al-Banna 14 Oktober 1906-12 Febuary 1949)


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.


10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.