Monday, August 9, 2010

Selamat Bersara Kak Ani

Assalamualaikum....
Selamat bersara di ucapkan kepada Kak Ani yang baharu saja menamatkan perkhidmatan beliau dalam perkhidmatan awam sebagai Pembantu Tadbir Kewangan di Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad, Perlis. Beliau telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad selama 22 tahun  bermula dari 16 Ogos 1988. Atas komitmen dan dedikasi yang beliau tunjukkan, beliau amat disukai oleh semua Guru Besar yang pernah berkhidmat bersama beliau dan tidak pernah ditukarkan lagi semenjak dari tarikh itu. Sebentar tadi pihak sekolah telah menganjurkan satu majlis persaraan untuk beliau sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga bagi menghargai jasa beliau. Semoga Kak Ani telah bersedia untuk menghadapi alam persaraan dan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

yang diraikan Kak Ani (Pn. Rohani Nayan)
antara guru-guru dan staf yang hadir
jamuan makan bagi meraikan Kak Ani
kek persaraan dan sambutan Hari Lahir ke-58
potong kek diiringi nyanyian lagu hari jadi
deklamasi sajak dari anak bongsu beliau Nureen Aqilah khas untuk ibu tersayang yang sangat menyentuh hati
Cikgu Bob (PK1) menyampai lagu Perpisahan khas buat Kak Ani
diringi nyanyiandari murid-murid tahun 5 Mulia
Kak Ani diiringi ke kereta beliau oleh semua guru dan staf
bersalaman bersama murid-murid
.....................
ramai peminat
selamat jalan...Sayonara

No comments: