Sehingga ke hari ini kisah-kisah yang menyayat hati tentang saudara kita di Palestin terus menghiasi ruang dada-dada akhbar. Pelbagai bentuk kezaliman dan penindasan daripada Yahudi terpaksa mereka tempuhi demi mempertahankan bumi Anbiya’ yang mereka warisi sekarang. Pencerobohan Yahudi ke atas bumi Palestin bermula sejak tahun 1948 lagi. Persitiwa ini lebih dikenali sebagai Nakbah ke atas penduduk Islam Palestin dan umat Islam di seluruh dunia. Sejak dari tarikh itu, bumi Palestin terus diratah dengan rakus oleh golongan Yahudi, penduduk asal dihalau keluar dari kampong halaman mereka. Rumah-rumah mereka di roboh, masjid dan sekolah di bom. Tidak cukup dengan pengusiran secara beramai-ramai, umat Islam Palestin di tembak, dibom, disembelih dan diseksa mental dan fizikal.Tetapi kita sebagai umat Islam apakah peranan yang boleh kita lakukan dalam sama-sama menanggung bencana ini. Sesunguhnya umat islam itu bersaudara dan menjadi kewajipan kita untuk menbantu saudara kita yang berada di dalam kesusahan.
Tentunya yang paling baik ialah kita berjuang bersama mereka dalam mempertahankan bumi anbiya’ itu. Tetapi dengan keadaan sekarang, dengan tanggungjawab lain yang kita pikul, adalah mustahil untuk kita berjuang bersama mereka. Walaupun kita tidak dapat mengangkat senjata, bermandi darah dan mungkin syahid bersama mereka, tidak bermakna kita tidak boleh membantu mereka.
Dengan kekuatan pengguna seramai 1.7 bilion umat Islam di seluruh dunia, kita boleh menggunakan kuasa membeli kita untuk membantu saudara kita di Palestin dengan cara memboikot barangan keluaran Israel dan Amerika Syarikat. Usaha memboikot barangan dari Israel dan Amerika Syarikat jika dilakukan secara konsisten dan melibatkan semua umat Islam di seluruh dunia pastinya akan memberikan impak yang besar kepada mereka. Tunjukkan kita ini umat Islam bukan lagi seperti buih-buih di lautan, tetapi kita adalah Tsunami yang akan meranapkan ekonomi Yahudi dan seterusnya menyelamatkan bumi Palestin. Kuasa politik sesebuah negara itu bergantung kepada kuasa ekonominya. Kita tidak boleh menghalang produk-produk mereka daripada memasuki negara kita kerana kita berada sistem ekonomi globalisasi dan penuh dengan pelbagai jenis bentuk perjanjian yang retorik semata.
Rasulullah juga pernah di boikot dan memboikot. Baginda pernah diboikot ketika berada di Makkah apabila kaum Musyirikin enggan berurusan dengan baginda dan pengikutnya dari segi jual beli dan persaudaraan selama tiga tahun. Baginda pernah memboikot tiga orang Sahabat baginda yang tidak pergi berperang ketika perang Tabuk kerana tidak sanggup untuk meninggalkan kebun-kebun kurma mereka yang ketika itu sedang masak. Malah Rasulullah juga menyuruh isteri-isteri mereka dan sahabat yang lain untuk memboikot mereka sebagai tanda marah Rasulullah kerana mereka tidak menunaikan amanah mereka.
Mulai dari sekarang, berhenti mengunakan produk-produk dari Israel dan Amerika dan carilah alternative lain bagi menggantikan produk-produk ini. Lakukan usaha memboikot ini dengan niat untuk membantu saudara kita di Palestin dan di seluruh dunia yang sentisa ditindas oleh pemerintah yang zalim. Melalui usaha memboikot ini, kita juga boleh membangunkan ekonomi umat Islam dengan beralih kepada barangan keluaran usahawan Muslim yang sudi menggalas tanggungjawab dalam menyediakan alternative kepada kita. Cuba kita lihat Iran, walaupun menerima pelbagai tekanan daripada pelbagai pihak seperti sekatan ekonomi, mereka telah berjaya mengatasinya dan mampu berdikari membina sistem ekonomi mereka sendiri.
..salah seorang bayi Palestin yang menjadi mangsa peluru tak bermata Israel..
Seterusnya kalau bukan kita yang akan melakukannya, dan kalau bukan sekarang, siapa lagi yang kita harapkan untuk membebaskan Palestin dari cengkaman penjajahan Yahudi laknatullah itu. Masih harapkah kita kepada pertubuhan-pertubuhan Islam yang wujud bagai boneka sahaja tanpa sebarang usaha untuk membantu saudara kita di Palestin. Usaha memboikot ini pasti akan memberikan hasil dan yang paling penting ialah usaha kita. Jika orang di sekeling kita mentertawakan kita ,biarkan sahaja kerana sekurang-kurangnya kita telah menjalankan tanggungjawab kita. Dr Yusuf Al Qardawi, iaitu pengerusi Majlis Ulama’ Sedunia telah menfatwakan bahawa menjadi kawajipan kita untuk membantu umat Islam di Palestin.
Jadilah kita seperti seekor burung pipit pada zaman Nabi Ibrahim A.S. Ketika mana Nabi Ibrahim A.S. dibakar kerana didapati bersalah meruntuhkan berhala oleh kaum musyrik, baginda telah dibakar dengan api sebesar bukit. Ketika baginda sedang dibakar oleh api yang sedang marak datang seekor burung pipit yang membawa air bersamanya menggunakan paruhnya yang kecil itu. Berkata Nabi Ibrahim kepada pipit itu, “usaha kamu itu wahai sang burung tidak memberikan apa-apa kesan pun ke atas diriku”. Lalu jawab si burung pipit, “aku tahu ya Nabi Allah Ibrahim, tetapi sekadar ini sahaja yang mampu aku lakukan untuk kamu wahai utusan Allah, sekurang-kurangnya aku telah terlepas daripada tanggungjawab aku, aku takut pada hari kiamat nanti aku akan disoal oleh Allah apakah yang aku lakukan tatkala aku melihat engkau dibakar oleh kaum musyrik”. Dengan izin Allah, Nabi Ibrahim A.S. tidak sedikit pun merasa panas dengan api tersebut malah baginda berasa sejuk sehinggalah api yang marak setinggi bukit itu padam. Kita dapat jadikan kisah ini sebagai motivasi kepada kita dalam usaha kita memboikot barangan keluaran Yahudi dan Amerika. Biarpun usaha kita nampak kecil yang penting ianya berterusan. Allah tidak melihat kepada hasil yang kita lakukan, tetapi sejauh mana usaha kita. Sesungghunya Allah Maha Adil.
Biasanya kita akan diuji dengan pelbagai ujian apabila hendak melakukan sesuatu yang mulia di sisi Allah. Dari itu kita dapat mengukur sendiri sejauh mana keimanan kita kepada Allah dalam usaha kita memboikot produk Israel dan Amerika. Wallahua’lam
2 comments:
salam..
ya..kami sekeluarga telah dan sudah mula untuk tidak menggunakan beberapa produk2 tadi..
wasalam..
alhamdulillah dan tahniah kerana usaha tersebut..Sedikit yang berterusan adalah jauh lebih baik dari tidak melakukan apa2.
Inilah secebis jihad yang mampu kita lakukan untuk membebaskan bumi Palestin.
Post a Comment