Tuesday, September 15, 2009

semalaman di hospital...

Assalamualaikum...

Oleh kerana kesuntukan masa untuk pulang pada waktu pagi bagi menziarahi jenazah mak tam, aku telah mengambil keputusan untuk bermalam di Hospital Sultanah Bahiyah dahulu sebelum pulang ke rumah sambil menunggu kakak aku bertugas pada syif malam di sana. Aku tiba di hospital lebih kurang pada jam 12.00 tengah malam dengan bantuan dua orang rakan yang sudi untuk menghantar aku ke sana. Terima Kasih atas jasa dan bantuan anda. Pada mulanya ingat nak bermalam kat ruang menunggu saja, tapi kakak aku ajak naik ke wad tempat dia bertugas. Jadi merasa la juga aku tidur kat hospital semalaman walaupun sebenarnya tak berapa lelap pun sebab sejuk sangat...


....antara peralatan yang terdapat di dalam bilik ECHO....


....katil ni boleh tahan la....


....benda apa ntah...


....selamat ada paip air panas yang dapat mengurangkan kesejukkan.....


.....yang ni yang istimewanya, tanpa bilik ini prestasi staf mungkin akan menurun...


HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Saturday, September 12, 2009

buat Mak Tam yang telah pergi...

Assalamualaikum w.b.t

Mak Tam atau Pn Saleha Bt Din telah menghembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi di rumah beliau. Mak Tam yang merupakan kakak kepada mak adalah anak kesayangan tok dan tok wan. Sehingga sekarang Mak Tam tetap menjadi kesayangan semua adik-beradiknya. Walaupun jarang bersua muka, mak dan Mak Tam sering berbual dalam telefon untuk bertanya khabar,biasanya mak tidak akan duduk senang jika tidak dapat menghubungi kakaknya itu. Bagi mak, Mak Tam adalah sebahagian daripadanya. Begitu juga layanan yang diberikan oleh semua adik-beradik dalam keluarga Tok Din kepada Mak Tam amat berbeza kerana beliau adalah insan yang sangat istimewa bagi semua. Mak ada menceritakan Mak Tam sebenarnya adalah anak perempuan yang kehadirannya dalam keluarga amat dinantikan oleh tok dan tok wan. Pada waktu itu, tok dan tok wan tidak mempunyai anak perempuan. Jadi kehadiran Mak Tam dalam keluarga pada ketika itu amat menggembirakan hati mereka. Walaupun Mak Tam mempunyai masalah jantung dan sering berulang-alik ke hospital tetapi tiada siapa yang dapat menyangka yang Mak Tam akan di jemput pulang menemui Illahi pada petang ini. Pemergian beliau yang secara tiba-tiba amat mengejutkan kami semua dan kehilangannya tatkala Syawal menghitung hari untuk tiba sungguh terasa kehilangannya. Semoga Mak Tam yang kembali di dalam bulan yang mulia ini ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

-AL- FATIHAH-

22 RAMADHAN 1430

Friday, September 4, 2009

Takziah

Takziah buat A'idah Bt Abdul Halim serta seisi keluarga diatas pemergian ayahandanya tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 September 2009 bersamaan 13 Ramadhan 1430H. Semoga roh bapanya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
-Al Fatihah-

Thursday, September 3, 2009

Dalam Kenangan....

Cincin perak ini telah terjatuh semasa solat Jumaat di Masjid Jamek Pongsu Seribu pada 28 ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430. Sesiapa yang terjumpa cincin ini bolehlah kembalikan/khabarkan kepada saya melalui email ini b4dead@yahoo.com.
-Sekian Terima Kasih-
(Cincin ini adalah hadiah dari seseorang dan amat bermakna bagi saya)