Thursday, October 15, 2009

.:Kau Mangkin Kitar Cinta Sejati:.

Nukilan: Prof Izi Hj Yahya


Di hening senja merah terasa

Khabar sinarmu menyakinkan reseptor

Aku lantas terlupa pada suatu bicara

Yang terukir pada spektum-spektum duka

Aku tertanya

Apakah ini fakta ataupun data

Dan fokusmu tetap berkala

Kiranya imejmu tetap maya

Julat masa menapak jua

Lokusku dan lokusmu berlainan irama

Aku dengan kesetekkanku

Dan kau dengan paksi-paksimu

Namun di suatu persilangan

wujudnya satu pertemuan

Di sudut yang tirus

bersemi tangen-tangen kerinduan

Mungkin di suatu perpenjuru muzik

Harapan terbias bersama molekul-molekul cinta

Atau edarannya cuma separuh hayat jua

Aku yakin keterampilanmu mengancam maksima

Aku yakin keanggunan senyummu

Bisa mengeluarkanku dari alam kamiran ke dunia pembezaanmu

Biar mentari berkecai mengguris luka

Biarkan sains dan teknologi canggih menagih masa dan usia

Biarkan lapisan ozon menipis seinci jua

Biarkan Tsunami mengganas dimana jua

Namun cinta ini akanku hibernasi disudut hati

Dan ------------- kau mangkin kitar cinta sejati

Wednesday, October 14, 2009

Bahaya Tabiat Membuang Masa

Oleh; Irfan Khairi (Consultant Mentor Jutawan)

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam seharinya.


Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai "proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali, kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun.


Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang masa ini:

MATLAMAT DIKECILKAN


Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10 ibu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan, matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan.



TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA


Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja. Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.


Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.


Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan badan anda dengan tekanan kerja.


Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan degan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.


Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja! Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!


SUARA POSITIF


Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini. Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.


Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya, masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.


Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh kerana kita menyanyi. dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita gembira! Mereka yang optimis akan...


- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun

- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka

- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu maslaah.


Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!


PRINSIP 80-20


Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik! Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil! Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?


Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam atau 2 jam.


Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya. Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!


Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain.


Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.


Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

Bahaya Pluralisme

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama"Sesiapa yang pernah membaca novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani pasti sudah memahami apa itu fahaman pluralisme. Perbincangan dan kupasan beliau dalam novel tersebut cukup mantap untuk dijadikan rujukan dan menempelak golongan yang mendokong fahaman ini. Apa itu fahaman pluralisme? Secara mudahnya, fahaman pluralisme ini menegaskan bahawa semua agama adalah sama dan menuju ke arah satu maklumat yang sama. Jadi mereka percaya bahawa tidak menjadi masalah untuk menganut agama apa pun kerana apa yang paling penting ianya menuju ke arah matlamat yang sama. Fahaman ini jelas bertentangan dengan akidah yang di pegang oleh umat Islam dan amat berbahaya jika kita berhadapan dengan golongan pendukung fahaman ini kerana mereka biasanya amat licik dalam memutarbelitkan fakta bagi memesong akidah kita.

Bacaan lanjut di Laman Dr Danial Zainal Abidin

Senarai syarikat yang menyokong Israel & Amerika Syarikat

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI


Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut, KFC

Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.


Syarikat : Nestle

Jenama : Macam-macam
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips


Syarikat : Disney

Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US
1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine
Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L' Oreal dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen - Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Tuesday, October 13, 2009

Boikot: Sejauh Mana Keimanan Kita?


Sehingga ke hari ini kisah-kisah yang menyayat hati tentang saudara kita di Palestin terus menghiasi ruang dada-dada akhbar. Pelbagai bentuk kezaliman dan penindasan daripada Yahudi terpaksa mereka tempuhi demi mempertahankan bumi Anbiya’ yang mereka warisi sekarang. Pencerobohan Yahudi ke atas bumi Palestin bermula sejak tahun 1948 lagi. Persitiwa ini lebih dikenali sebagai Nakbah ke atas penduduk Islam Palestin dan umat Islam di seluruh dunia. Sejak dari tarikh itu, bumi Palestin terus diratah dengan rakus oleh golongan Yahudi, penduduk asal dihalau keluar dari kampong halaman mereka. Rumah-rumah mereka di roboh, masjid dan sekolah di bom. Tidak cukup dengan pengusiran secara beramai-ramai, umat Islam Palestin di tembak, dibom, disembelih dan diseksa mental dan fizikal.Tetapi kita sebagai umat Islam apakah peranan yang boleh kita lakukan dalam sama-sama menanggung bencana ini. Sesunguhnya umat islam itu bersaudara dan menjadi kewajipan kita untuk menbantu saudara kita yang berada di dalam kesusahan.

..seorang bapa yang dalam kesedihan selepas kematian anaknya yang gagal mendapatkan rawatan selepas terkena bedilan peluru Israel di pintu sempadan Mesir..


Tentunya yang paling baik ialah kita berjuang bersama mereka dalam mempertahankan bumi anbiya’ itu. Tetapi dengan keadaan sekarang, dengan tanggungjawab lain yang kita pikul, adalah mustahil untuk kita berjuang bersama mereka. Walaupun kita tidak dapat mengangkat senjata, bermandi darah dan mungkin syahid bersama mereka, tidak bermakna kita tidak boleh membantu mereka.


Dengan kekuatan pengguna seramai 1.7 bilion umat Islam di seluruh dunia, kita boleh menggunakan kuasa membeli kita untuk membantu saudara kita di Palestin dengan cara memboikot barangan keluaran Israel dan Amerika Syarikat. Usaha memboikot barangan dari Israel dan Amerika Syarikat jika dilakukan secara konsisten dan melibatkan semua umat Islam di seluruh dunia pastinya akan memberikan impak yang besar kepada mereka. Tunjukkan kita ini umat Islam bukan lagi seperti buih-buih di lautan, tetapi kita adalah Tsunami yang akan meranapkan ekonomi Yahudi dan seterusnya menyelamatkan bumi Palestin. Kuasa politik sesebuah negara itu bergantung kepada kuasa ekonominya. Kita tidak boleh menghalang produk-produk mereka daripada memasuki negara kita kerana kita berada sistem ekonomi globalisasi dan penuh dengan pelbagai jenis bentuk perjanjian yang retorik semata.

..produk-produk Israel yang perlu kita boikot..

Rasulullah juga pernah di boikot dan memboikot. Baginda pernah diboikot ketika berada di Makkah apabila kaum Musyirikin enggan berurusan dengan baginda dan pengikutnya dari segi jual beli dan persaudaraan selama tiga tahun. Baginda pernah memboikot tiga orang Sahabat baginda yang tidak pergi berperang ketika perang Tabuk kerana tidak sanggup untuk meninggalkan kebun-kebun kurma mereka yang ketika itu sedang masak. Malah Rasulullah juga menyuruh isteri-isteri mereka dan sahabat yang lain untuk memboikot mereka sebagai tanda marah Rasulullah kerana mereka tidak menunaikan amanah mereka.


Mulai dari sekarang, berhenti mengunakan produk-produk dari Israel dan Amerika dan carilah alternative lain bagi menggantikan produk-produk ini. Lakukan usaha memboikot ini dengan niat untuk membantu saudara kita di Palestin dan di seluruh dunia yang sentisa ditindas oleh pemerintah yang zalim. Melalui usaha memboikot ini, kita juga boleh membangunkan ekonomi umat Islam dengan beralih kepada barangan keluaran usahawan Muslim yang sudi menggalas tanggungjawab dalam menyediakan alternative kepada kita. Cuba kita lihat Iran, walaupun menerima pelbagai tekanan daripada pelbagai pihak seperti sekatan ekonomi, mereka telah berjaya mengatasinya dan mampu berdikari membina sistem ekonomi mereka sendiri.

..salah seorang bayi Palestin yang menjadi mangsa peluru tak bermata Israel..


Seterusnya kalau bukan kita yang akan melakukannya, dan kalau bukan sekarang, siapa lagi yang kita harapkan untuk membebaskan Palestin dari cengkaman penjajahan Yahudi laknatullah itu. Masih harapkah kita kepada pertubuhan-pertubuhan Islam yang wujud bagai boneka sahaja tanpa sebarang usaha untuk membantu saudara kita di Palestin. Usaha memboikot ini pasti akan memberikan hasil dan yang paling penting ialah usaha kita. Jika orang di sekeling kita mentertawakan kita ,biarkan sahaja kerana sekurang-kurangnya kita telah menjalankan tanggungjawab kita. Dr Yusuf Al Qardawi, iaitu pengerusi Majlis Ulama’ Sedunia telah menfatwakan bahawa menjadi kawajipan kita untuk membantu umat Islam di Palestin.


Jadilah kita seperti seekor burung pipit pada zaman Nabi Ibrahim A.S. Ketika mana Nabi Ibrahim A.S. dibakar kerana didapati bersalah meruntuhkan berhala oleh kaum musyrik, baginda telah dibakar dengan api sebesar bukit. Ketika baginda sedang dibakar oleh api yang sedang marak datang seekor burung pipit yang membawa air bersamanya menggunakan paruhnya yang kecil itu. Berkata Nabi Ibrahim kepada pipit itu, “usaha kamu itu wahai sang burung tidak memberikan apa-apa kesan pun ke atas diriku”. Lalu jawab si burung pipit, “aku tahu ya Nabi Allah Ibrahim, tetapi sekadar ini sahaja yang mampu aku lakukan untuk kamu wahai utusan Allah, sekurang-kurangnya aku telah terlepas daripada tanggungjawab aku, aku takut pada hari kiamat nanti aku akan disoal oleh Allah apakah yang aku lakukan tatkala aku melihat engkau dibakar oleh kaum musyrik”. Dengan izin Allah, Nabi Ibrahim A.S. tidak sedikit pun merasa panas dengan api tersebut malah baginda berasa sejuk sehinggalah api yang marak setinggi bukit itu padam. Kita dapat jadikan kisah ini sebagai motivasi kepada kita dalam usaha kita memboikot barangan keluaran Yahudi dan Amerika. Biarpun usaha kita nampak kecil yang penting ianya berterusan. Allah tidak melihat kepada hasil yang kita lakukan, tetapi sejauh mana usaha kita. Sesungghunya Allah Maha Adil.


Biasanya kita akan diuji dengan pelbagai ujian apabila hendak melakukan sesuatu yang mulia di sisi Allah. Dari itu kita dapat mengukur sendiri sejauh mana keimanan kita kepada Allah dalam usaha kita memboikot produk Israel dan Amerika. Wallahua’lam