Saya rasa ramai antara kita yang sudah biasa atau pernah mengalami ulser mulut. Sakit, pedih, susah nak bercakap dan hilang selera makan adalah antara perkara yang akan kita alami apabila berlaku ulser mulut. Itulah yang saya hadapi sekarang. Sedikit ujian dari Allah untuk saya. Alhamdulillah saya terpilih untuk diuji dan bila ingat ini semua sebagai satu ujian dan peringatan rasa sakit pun semakin berkurangan. Allah berfirman dalam surah Al-'Ankabut, ayat 2 yang bermaksud, "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Tapi apa yang saya alami ini hanyalah sekelumit ujian dari Allah sahaja jika hendak dibandingkan dengan ujian-ujian yang lebih berat yang Allah berikan kepada hambanya yang lain seperti Rasulullah, para Nabi, sahabat, dan umat Islam di Palestin contohnya.
Berbalik kepada ulser mulut yang saya alami ini, kali ini ulser yang terbentuk agak luar biasa kerana ia terjadi pada kawasan gusi, bukan pada bahagian bibir atau pipi. Sebelum ni saya hanya pernah mengalami ulser mulut pada bahagian dalam bibir atau pipi.Tetapi kali ini berbeza. Terdapat dua tempat yang ada kesan tompokan putih dan kemerahan disekelilingnya iaitu pada gusi hadapan bahagian bawah. Jarak anatara kedua-dua ulser ini agak dekat mungkin dalam lingkungan 2-3 mm.
Saya rasa hari ini sudah masuk hari kelima dan ulser ini semakin membesar jika hendak dibandingkan keadaannya dengan 2 hari yang lalu. Apa-apa pun saya rasa ia akan pulih dalam masa terdekat dengan izin Allah selepas saya amalkan berkumur dengan cecair antiseptik dan menyapukan gel anlgesik (guna Bonjela).pada bahagian yang sakit. Sekarang pun rasa sakit dah semakin berkurang. Semoga ia cepat sembuh dan keadaan kembali normal. Amin.
Fakta Tentang Ulser Mulut
Punca: Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
- Stres
- Perubahan hormon
- Jangkitan
- Kekurangan zat makanan
- Alahan
- Rawatan radiasi
- Rawatan kemoterapi
Rawatan /Petua:
- Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
- Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
- Banyak minum air suam.
- Berehat dan tidur dengan cukup
- Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
- Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.
No comments:
Post a Comment