Tuesday, June 30, 2009

Tahniah!!


Tahniah diucapkan kepada guru pelatih IPGM Kampus Perlis yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan bagi yang kurang cemerlang tahniah juga diucapkan kerana selepas ini anda pasti akan bangun lebih gagah lagi untuk mengukir kejayaan yang lebih cemerlang.

Adakah malang datang bertimpa?

"Ahh...malang betul hari ini", kita sering mendengar keluhan ini dan kita juga sering kali melafazkannya. Apa yang membuatkan kita berkata begini? semestinyalah sebab bila kita ditimpa sesuatu musibah atau perkara yang tidak elok ia akan berlaku secara berturutan. Sebab itu kita akan mengeluh panjang dan berfikir apakah ada lagi perkara yang tidak diingini akan berlaku kepada kita.

Ada orang yang bersikap terbuka dengan sesuatu yang berlaku kepada dirinya, tidak kurang juga yang suka menyalahkan diri sendiri, dan yang kurang enaknya ada yang sanggup menuding jari menyalahkan orang lain diatas setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya. Manusia memberikan reaksi yang berbeza-beza untuk setiap situasi yang mereka hadapi. Tapi ramai orang yang lebih suka untuk terus menyerah kalah dalam menghadapi situasi sukar kerana mereka secara bulat-bulat menyerahkan diri kepada takdir tanpa sebarang usaha. Perkara inilah yang menjadi punca kepada datangnya malang itu bertimpa-timpa seperti dalam peribahasa Melayu "sudah jatuh ditimpa tangga".

Persoalan ini telah dikupas oleh Datuk Dr Fadilah Kamsah dalam salah satu siri rakaman motivasinya. Menurut beliau kita boleh mengubah atau mengakhiri situasi ini dengan berfikiran secara positif dan menganggap setiap apa yang berlaku ini adalah ujian dari Allah yang didatangkan bukan secara sia-sia. Kita tidak boleh menafikan ketentuan Allah dalam Qada' dan Qadarnya, tetapi kita perlu mengimani maksud terjemahan ini dari surah Ar'ad ayat 11 iaitu "Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya".

Justeru sebagai seorang Muslim kita seharusnya dapat berfikir dengan waras dalam mentafsirkan setiap halangan, ujian dan dugaan yang didatangkan kepada kita dewasa ini. Saya juga seperti anda semua, pernah menghadapi saat-saat sukar dalam kehidupan ini dan saya juga pernah mempraktikan apa yang disarankan oleh DFK, alhamdulillah dengan izin Allah segalanya berjalan dengan lancar.

Semuanya bermula semasa saya hendak pulang ke rumah pada Jumaat lepas, perkara pertama yang menjadi halangan saya ialah bas ekspress untuk ke Butterworth telah tamat perkhidmatan. Jadi saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah menggunakan bas henti-henti dari Kangar ke Alor Setar walaupun saya tahu ia akan mengambil masa yang agak lama. Tetapi itu adalah satu-satunya alternatif yang ada. Sebelum bas bergerak sempat juga saya membeli sebotol minuman ringan.

Setelah tiba di Alor Setar pada jam 6.oo petang saya dapati sebuah bas talah tersedia untuk perjalanan ke Butterworth. Saya terus membeli tiket dan mendapatkan tempat duduk yang sesuai. Tetapi selepas setengah jam barulah bas bergerak meninggalkan Stesen Bas Shahab Perdana. Mujurlah masa tu ada bawa buku cerita boleh juga membaca sambil-sambil tunggu bas nak jalan.

Elok saja bas berjalan, saya rasa sejuk semacam saja dibahagian peha. Rupa-rupanya air minuman yang saya beli telah meleleh keluar melalui tudung botol yang tak rapat. Separuh peha kanan basah!. Masa tu dah mula la gelabah tak tentu hala. Mujurlah ada sweater yang boleh digunakan untuk dijadikan kain buruk lap air tu.

Nak dijadikan cerita, handphone pula mati. Sebelum balik tak perasaan pula bateri handphone ni dah low. Mujurlah sempat juga buat appointment dengan sepupu suruh dia ambil di hentian Sungai Dua. Tapi tak sempat nak beritahu pukul berapa sampai di Sungai Dua.

Setelah lama menunggu tetapi sepupu saya tu tak datang-datang juga. Time tu pula perut mula memulas-mulas macam nak bocor.Memang kritikal time tu. Alhamdulillah sempat juga sakit tu disalurkan ke laluan yang betul sebelum bocor. Selepas menunaikan hajat tu barulah diri yang lemah ini sedar semuanya datang dari Allah dan mula tersedar akan pesanan dari DFK tu. Selepas dari itu, sejuk terus rasa hati ni, basah kat seluar pun dan semakin kering.

Memandangkan waktu maghrib telah masuk, saya pun bersolat dulu di surau. Lepas solat tu barulah mula mengatur strategi baru. Masa tu baru terdetik hati nak tanya kat abang warga asing yang berkerja kat situ dekat mana letaknya telefon awam. Sebelum ni dah pusing satu hentian cari talefon awam, tapi tak jumpa, rupa-rupanya telefon itu ada disebalik rimbunan pokok berdekatan dengan pejabat pentadbiran lalulintas PLUS. Betullah cakap orang tua-tua "malu bertanya sesat jalan", hehe. Dah dapat buat panggilan kepada sepupu tu barulah rasa lega sikit, nasib baik juga saya sempat hafal nomber talefon dia.

Sementara menunggu sepupu datang ambil, sempat juga saya bertemu seorang penulis blog yang agak berpengaruh iaitu Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong, Parit Buntar. Beliau merupakan penulis dan pemilik blog Cina Islam. Beliau dalam perjalanan ke Sungai Petani, Kedah untuk menyampaikan ceramah.

Tak lama selepas bersembang-sembang dengan Drs Idham dan pembantunya, sepupu saya pun datang. Kami pun berangkat meninggalkan hentian Sungai Dua dan yang paling best, Mak Su sponser untuk makan malam tu.....maka destinasi yang paling dekat untuk mengisi kekosongan perut ni masa tu ialah Char Koay Teow Sg. Dua.

Bila saya terfikirkan semula segala apa yang telah berlaku, saya dapati diri kita sebenarnya yang lalai untuk kembali kepada Allah jika sesuatu musibah menimpa kita. Apa yang saya ceritakan ini hanyalah sekelumit ujian dari Allah kepada saya jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang lebih berat menanggung ujian dari Allah. Allah itu Maha Adil. setiap ujian yang ditimpakan ke atas hambanya adalah berpatutan dengan ketahanannya."Janganlah kamu mengaku benar-benar beriman sedangkan kamu belum lagi diuji.

Wednesday, June 24, 2009

Hak Anda [Bahagian Akhir]

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN

7. 1 Bilakah ia boleh dilakukan

Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh: karaoke / kelab) di mana polis sedang melakukan serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadahberbahaya), polis berhak untuk melakukan pemeriksaan badan/beg anda tanpa menahan anda. la hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang berpangkal tidak kurang daripada inspektor,

7.2 Apakah yang perlu anda lakukan

• Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.

• Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda dapat ngawasi barangan anda. Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh "purse", "kunci", "kad

pengenalan" dan sebagainya. Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku / beg tersebut

7.3 Hak-hak anda

• Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka oleh pegawai polis wanita sahaja.

• Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh: bahagian sulit tidak boleh disentuh).

• Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.

8 PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN

8.1 Bilakah polis boleh melakukannya

• Polis mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan badan bagi objek yang berhubung dengan kesalahan yang disyaki.

• Pemeriksaan badan harus dilakukan di dalam kawasan yang terlindung. Adalah menjadi hak anda untuk diperiksa di kawasan yang terlindung.

8.2 Pemeriksaan badan secara bogel

Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang membolehkan Polis memaksa anda dibogelkan. Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya anda enggan berbogel:

• Bantah.

• Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.

• Buat laporan selepas kejadian tersebut.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN

9.1 Kenal pasti pegawai polls yang menyoal-siasat anda.

Pastikan nama / pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.

9.2 Hak memilih untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh: soalan-soalan mengenai keluarga anda, kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan. Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.

9.3 Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113) daripada anda

Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan anda. Anda hanya perlu memberi nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (Butir-butir peribadi). Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak untuk berdiam diri. Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, katakan: "Saya akan menjawab di Mahkamah".

9.4 Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi Kenyataan 113

Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut untuk memaksa anda untuk memberi kenyataan bertulis:

• bertenang dan berdiam diri;

• polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau

Sekiranya anda telah diugut, dipukul ataupun dipaksa, buat laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan secepat mungkin. Ini adaiah hak anda.

9.5 Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113

Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan 3.4 di atas.

Sekiranya anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan, minta dari Pegawai Polis. Kenyataan 113 anda boleh digunakan sebagai keterangan terhadap anda di dalam Mahkamah untuk membuktikan:

• anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap kesalahan jenayah sebagaimana yang dituduh; atau,

• anda telah mengakui/membuat pengakuan mengenai sebarang fakta yang boleh menunjukkan bahawa anda bersaiah di dalam kesalahan yang dituduh.

Monday, June 22, 2009

Musim Baru...

Selamat bersua kembali...hehe...(bajek la pulak). Percutian aku tiga minggu lepas amat memberangsangkan kerana aku memang betul-betul rehat =) . Maklumlah memang berdendam lama dah pun nak dapat rehat macam tu. Sekarang dah masuk semester baru tibalah masanya untuk kembali bertungkus-lumus kat maktab ni. Semester ini semakin mencabar sebab subjek-subjek yang dihidangkan kurang menyelerakan jadi kenalah berusaha lebih keras untuk touch-up subjek-subjek bagi jadi sedap dan menyelerakan hehe...ok setakat ini dulu untuk permulaan bagi semester ni. Assalamualaikum..