Tiga orang peguam dan tiga orang jurutera dalam perjalanan ke sebuah persidangan dengan kereta api. Setibanya di stesen kereta api, setiap peguam membeli satu tiket untuk mereka masing-masing manakala jurutera hanya membeli satu tiket untuk mereka bertiga. Para peguam tersebut amat hairan melihat tindakan jurutera tersebut lalu bertanya kepada para jurutera tersebut
"Macam mana kamu semua boleh menaiki kereta api nanti dengan hanya satu tiket?".
"Tunggu dan lihat", jawab salah seorang daripada jurutera itu.
"Tunggu dan lihat", jawab salah seorang daripada jurutera itu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnB-IcCaZatWJVTV8C5tNsE19it7uxxPOYDZq02qVcyR7FkXJOi68H_DBFJZBytIq5QEi2cqX7FUqVgTPjiE6HOGv8CRaJgcW9mQr3q7IN54QbaA_nYfMYRV4ybt0oJS01-AfbO_xcSPV6/s320/tiket.jpg)
Setelah melihat perkara itu, para peguam pun memutuskan untuk akan membuat perkara yang sama untuk perjalanan pulang nanti. Jadi semasa hendak pulang, para peguam dengan sebulat suara membuat keputusan untuk membeli hanya satu tiket sahaja untuk mereka bertiga. Ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan mereka.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsUPwCT3WzBgeALOO24gpg0Z1LObG54vhbBg7ECqurClihfJmiYcXWwBgM3gU0hyphenhyphentW9vVIn4e1rq7VIFMALEs_BN9ZiWyoheGvIbY4hLDYm-nhTTD1_DY8B7406ehFKAde_e0kKqVbVsBS/s200/ebt-trolley-ticket-collector.jpg)
"Macam mana pula kali ini anda semua hendak menaiki kereta api tanpa sebarang tiket"?
"Tunggu dan lihat", jawab salah seorang daripada jurutera itu.
"Tunggu dan lihat", jawab salah seorang daripada jurutera itu.
Di dalam kereta api, ketiga-tiga jurutera tersebut seperti biasa bersesakkan masuk ke dalam tandas manakala tiga orang peguam itu turut membuat perkara yang sama.Mereka semua berada dalam tandas yang berdekatan. Selepas kereta api mula bergerak, salah seorang jurutera keluar dari tandas dan berjalan ke arah tandas tempat ketiga-tiga peguam tersebut bersembunyi.
Dia mengetuk pintu dan berkata,
"Tiket encik".
No comments:
Post a Comment