Assalamualaikum...
Sempena bakal tibanya Syawal yang mulia saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua kenalan yang mengenali diri ini, rakan-rakan bloggers, rakan-rakan dan pensyarah di IPG Perlis, sahabat -sahabat lama di SMKA Nibong Tebal, guru-guru, dan seterusnya semua muslimin dan muslimat. Seribu kemaafan dipohon andai ada terkasar bahasa dan tersalah bicara kepada sesiapa sahaja. Semoga Syawal yang bakal menjelang tiba akan membawa bersamanya seribu keampunan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T. Pada Syawal ini juga sama-samalah kita mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara kita semua dengan mendoakan kebahagian antara satu sama lain di dunia dan akhirat. Kerana doa adalah senjata bagi orang mukmin. Selain itu, dalam kemeriahan Syawal ini, jangan kita lupakan kepada saudara seagama yang berada di seluruh dunia yang diuji dengan pelbagai dugaan seperti diskriminasi, penindasan daripada pemerintah, kemiskinan dan kebuluran, peperangan dan penjajahan. Pastikan mereka tetap diingatan kita tatkala ketupat dan rendang, lemang dan serunding mengisi kantung perut kita. Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment