Saya terjumpa ayat ini ketika membaca salah sebuah novel karya Shahnon Ahmad iaitu Srengenge yang diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1973. Walaupun ayat ini ringkas tatapi bagi saya ia amat bermakna dan memberikan kesan yang amat mendalam kepada diri saya. Jarang sekali kita dewasa ini mahu memikirkan atau terfikir akan sebab mengapa kita perlu melalui kehidupan ini. Kita juga tidak sedar apa sebenarnya yang kita sedang lalui sekarang. Saya amat bersetuju dengan petikan ayat di atas kerana tanpa menentang musuh dan derita kita mungkin tidak dapat untuk meneruskan kehidupan kita pada saat ini. Dalam kehidupan ini,kita sentiasa kelilingi oleh musuh-musuh yang suka untuk melihat kita jatuh dan berada dalam kesengsaraan. Musuh-musuh ini perlu kita kenali supaya kita dapat bertindak dahulu sebelum mereka bertindak dan musuh yang paling bahaya serta harus kita waspadai selalu ialah diri kita sendiri. Kerana ia sangat dekat dengan kita. Tanpa kita sedari, diri kita sebenarnya musuh kepada kita yang sering menghalang kita untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Sebab itulah kita perlu berjuang untuk menentang musuh ini. Inilah lumrah kehidupan. Hidup adalah satu perjuangan yang mesti diteruskan tanpa mengalah atau tunduk kepada musuh. Setiap halangan dan cabaran mesti kita tempuhi dengan tabah dan hikmah, untuk itu iman dan ilmu amat penting dalam mengemudi diri menghadapi cabaran duniawi yang kian mencabar ini. Tanpa iman dan ilmu kita ibarat kapal yang berlayar di lautan tanpa arah, lebih buruk lagi tiang layarnya patah dan terumbang-ambing menunggu saat tenggelam. Tanpa iman dan ilmu di dada kita tidak akan kemana-mana kecuali ke arah kebinasaan. Sesungguhnya telah menjadi tangungjawab kepada kita untuk cuba memenuhi diri dengan iman dan ilmu kerana iman dan ilmu tidak akan datang dengan sendirinya kepada kita, sebaliknya kitalah yang perlu mencarinya. Teruskanlah berjuang untuk sebuah kehidupan...
Friday, February 5, 2010
Hidup bererti menentang musuh dan derita
"Bukankah hidup bererti menentang musuh dan derita" -Prof. Emeritus Dato' Hj Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment