Wednesday, February 24, 2010

5 keadaan berisiko diserang sakit jantung


1. Ketika awal pagi.
Para pengkaji di University Harvard mengangarkan risiko seseorang untuk di serang sakit jantung adalah 40% lebih tinggi ketika awal pagi. Ketika kita bangun dari tidur, badan kita akan merembeskan adrenalin dan hormon lain, meningkatkan tekanan darah dan memerlukan oksigen yang banyak untuk bekerja. Selain itu kandungan darah dalam badan pekat dan sukar untuk dipam kerana ketika tidur badan kita telah dinyahhidratkan. Semua ini akan membebankan jantung. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari bangun dari tidur secara mengejut dan ambil oksigen secukupnya sebelum meningalkan tempat tidur.

2. Pada hari Isnin
Sains telah membuktikan bahawa munasabah untuk berasa amat berat (malas) untuk menghadapi hari Isnin iaitu hari pertama bekerja dalam minggu…hehe..tambah-tambah lagi lepas cuti panjang. Pada hari Isnin risiko untuk diserang sakit jantung adalah 20% lebih tinggi kerana disebabkan oleh rasa tertekan apabila kembali bekerja. Untuk itu, kita dinasihatkan untuk berehat secukupnya pada hari Ahad dan bangun awal pada pagi Isnin supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi hari Isnin.

3. Selepas makan dengan banyak
Pengambilan makanan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi akan menyempitkan saluran darah. Selain itu ia akan mempercepatkan darah menjadi beku dalam saluran darah. Jika anda terlalu lapar, pastikan anda hanya makan sekadar untuk menampung perut yang lapar dan kurangkan memakan makanan yang berkalori tinggi.

4. Semasa melakukan senaman yang berat
Ia biasanya melibatkan orang yang jarang bersenam dan terus melakukan senaman yang berat. Keadaan ini akan memeberikan tekanan kepada jantung untuk mengepam darah dalam keadaan yang luar biasa. Kita dinasihatkan untuk biasakan diri dengan bersenam supaya jantung kita sudah biasa untuk bekerja ketika kita melakukan pekerjaan yang berat.

5. Ketika di podium
Keadaan ini biasanya berlaku kepada individu yang mengalami darah gemuruh apabila berucap dihadapan orang ramai. Rasa gementar yang ekstrim akan mempercepatkan denyutan jantung dan meningkatkan kadar adrenalin dalam badan. Semua ini akan menyumbang kepada serangan jantung. Bagi mengelakkannya, pastikan kita sudah cukup bersedia untuk bercakap dihadapan khalayak dan memperbanyakkan latihan supaya kita lebih yakin.

(Sumber Rujukan: http://shine.yahoo.com/event/hearthealth)

No comments: