Saturday, August 7, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum..
Tinggal lagi beberapa hari umat Islam seluruh dunia akan menyambut satu bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadhan di mana pintu Syurga akan terbuka luas, dann pintu neraka akan tertutup rapat manakala syaitan-syaitan akan dirantai. Ini semua khas untuk kita supaya kita dapat mengejar segala jenis tawaran dan hadiah  istimewa yang telah disediakan sepanjang bulan Ramadhan. Tinggalnya sekarang  kehendak diri kita untuk mendapatkan segalanya jenis tawaran dan hadiah yang telah tersedia di depan mata atau hanya membiarkan ia pergi begitu sahaja. Hanya jalan kebaikan yang terbentang luas dibulan Ramadhan, itulah istimewanya Ramadhan. Apakah perkataan atau ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan tentang seseorang yang menolak pemberian sebuah kereta mewah Roll Royce dan wang berbilion-bilion ringgit dari seorang Raja yang ikhlas? Anda pasti ada jawapannya dan begitu juga saya. Oleh itu, Ramadhan yang bakal menjelma ini jangan kita biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana peluang itu ibarat awan, ia akan datang dan pergi. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita, atau mungkin kita tak sempat untuk menghabiskannya tahun ni. Oleh itu sediakan diri kita dari segi rohani, mental dan fizikal supaya kita berada dalam keadaan yang optimum untuk menerima tarbiyah yang cukup indah di Madrasah Ramadhan tahun ini dan seterusnya mendapatkan segala jenis tawaran dan hadiah yang istimewa sebagai bekalan menuju redha Allah.
Wallahu'lam..
(Pesanan khas untuk diri sendiri dan sekalian pembaca blog ini)

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

(RAIHAN)

No comments: