Assalamualaikum..(laporan )
Baki cuti lagi seminggu telah digunakan dengan penuh bermanfaat untuk pergi beriadah/berkhemah di Taman Negara Pulau Pinang. Mungkin ramai yang masih lagi tak tahu tentang taman negara yang paling kecil di Malaysia ini dan mungkin terkecil di dunia. Keluasaanya hanya sekitar 2,562 hektar sahaja. Tapi Taman Negara Pulau Pinang ni kecil-kecil cili padi. Dekat kawasan taman negara ni saja terdapat lebih kurang lapan buah pantai yang pastinya cantik dan menarik untuk di kunjungi. Trip kami yang seramai empat puluh orang ni telah sebulat suara untuk berkhemah di Teluk Dugong Duyung a.k.a Monkey Beach yang jaraknya 3.4 km dari pintu masuk taman negara. Monkey Beach adalah salah satu destinasi menarik yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang. Kami telah menggunakan jalan darat untuk ke sana bagi merasai sendiri cabaran meredah hutan. Bagi yang hendak cara mudah dan tidak memenatkan, anda hanya perlu bayar RM50 untuk satu perjalanan sehala ke sana menggunakan bot (maksimun 10 orang). Sepanjang trek, apa yang dihajati ternyata menjadi, kami sekarang benar-benar 'menikmati' cabaran yang diidamkan. Dengan barangan makanan dan peralatan khemah yang kami pikul, tapi terpaksa melalui trek yang sangat sukar dan berbahaya. Ini adalah sesuatu yang diluar jangkaaan kami kerana kami tidak bersedia langsung untuk berhadapan dengan trek yang sebegini mencabar. Kami mengjangkakan yang terdapat laluan pejalan kaki yang selesa disediakan untuk ke sana. Tapi malangnya hanya akar-akar kayu, batu-batu besar dan pokok-pokok yang tumbang terbentang sepanjang perjalanan kami. Perjalanan yang hanya dijangka mengambil masa sekitar satu jam suku telah berubah kepada perjalanan yang panjang dan sangat memenatkan. Kami tiba di Monkey Beach hanya setelah 2 jam lebih berhempas pulas dalam hutan. Ketibaan kami disambut meriah oleh sang monyet yang banyak berkeliaran di sana sinonim dengan nama Monkey Beach.
Apa-apapun kami berasa bangga kerana telah berjaya melalui cabaran itu selain berjaya membakar sebahagian lemak badan yang terhasil semasa cuti. Secara keseluruhannya sangat seronok bersama pengalaman-pengalaman baru seperti termasak dan minum air payau, tidur berhimpit dalam khemah yang panas, barbeque dalam gelap gelita, buat unggun api (sebenarnya dilarang, tapi tak tau masa tu) dan macam-macam lagi. Time balik kami memilih untuk menaiki bot bagi menjana pendapatan pengusaha bot di sana selain menikmati panorama indah dari laut.
zaher
4 comments:
salam..apasal aku macam kenal je muka-muka tu.. dee macam dh berisi sikit kan? entah2 dah kawhin ape..
hehe...dee over dose,
tak kawen lg, tp not available..
4 orang je?? haha kami lagi meriah kot..
bagus ar ampa tujuan murni tu naek bot....,hehe
4 org ja la coz set ampa dh p..sdey2
km kesian tgk bot kosg sj..lg pun tyme ni la nk mnbantu sesama kita..
Post a Comment