detik2 ajal Mejar Zulrihan Jusoh, 39 iaitu juruterbang pesawat Pilatus PC-7 yang membuat persembahan udara ketika Majlis Perasmian Ekspo Konvokesyen Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman. Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah salah seorang jurulatih penerbangan di Kolej Tentera Udara Kepala Batas, Alor Setar. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah
Kronologi pesawat Pilatus terhempas
11 September 2009 - Mejar Zulkifli Hassan, 38, dan Mejar Mohd Roszaini Mustafa, 37, terbunuh apabila pesawat terhempas di Langkawi.
16 Disember 2004 - Nahas pesawat latihan Pilatus PC-7 mengorbankan Leftenan Amnart Summok, 23, dan jurulatihnya, Mejar Alias Bakar, 36, di Kampung Titi Besi, Kepala Batas.
27 Mei 2004 - Leftenan Mualimin Jasid, 23, terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 terhempas di Kampung Padang Gelanggang, dekat Jerlun, Kedah.
12 Ogos 2003 - Pelatih penerbangan KTU, Leftenan Mai Elmy Sefrina Jalaluddin, 22, terkorban selepas pesawat Pilatus terhempas di Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, Kedah.
12 April 2001 - Seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh apabila Pilatus PC-7 TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang.
12 Julai 1993 - Juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Mohamad Nazri Amran, 21, terbunuh apabila pesawat terhempas di sawah Kampung Chemumar, Tambun Tualang, Perlis.
31 Januari 1992 - Pesawat Pilatus PC-7 terhempas dalam Sungai Kemaman, Terengganu menyebabkan juruterbangnya terbunuh.
25 September 1990 - Leftenan Muda Faizal Muhammad terbunuh apabila pesawat merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
September 1984 - Leftenan Muda S Thulasiram terbunuh selepas pesawat TUDM terhempas di Kampung Bukit Rambai, Pendang, Kedah.
12 April 2001 - Seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh apabila Pilatus PC-7 TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang.arwah abg saya LT.mohd Faizal bin Ismail trima kasih pada bloggers ini! AL-FATIHA
Tarikh 10 April 2001..masih segar dalam ingatan...saya dekat asrama ketika kejadian..balik rumah mak.. cari surat khabar..berita berkenaan dh tiada..di sorok..seminggu cuti xmasuk keje..
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya
5 comments:
al -fatihah
Salam!!! Ya Allah,tak dapat nak kata apa-apa..Al-Fatihah.
12 April 2001 - Seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh apabila Pilatus PC-7 TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang.arwah abg saya LT.mohd Faizal bin Ismail
trima kasih pada bloggers ini! AL-FATIHA
Sampai ke Harini.. sesalan tu terus bermukim dalam hati..kerana pagi sebelum penerbangan arwah sempat kol..sayangnya....
Tarikh 10 April 2001..masih segar dalam ingatan...saya dekat asrama ketika kejadian..balik rumah mak.. cari surat khabar..berita berkenaan dh tiada..di sorok..seminggu cuti xmasuk keje..
Post a Comment