Wednesday, November 18, 2009

.....KAWAN....

...assalamulaikum...
Kalau anda terasa di dunia sudah tiada sesiapa lagi bersama anda,
Cubalah anda fahami dan hayati bait-bait lirik lagu ini....

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

G00D LUcK!!!!!

(Perutusan Khas)

Assalamualaikum....

Di kesempatan ini saya dengan semangat yang sangat membuak-buak ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang entah berapa orang semuanya tu..Pastikan yang terbaik dari anda, untuk hasil yang terbaik kepada anda dan keluarga anda...Wasalam

StUdY2.......

Assalamaualaikum....

hohohoh...gelombang kedua studi telah bermula..
wahai rakan2 sekalian yang sedar diri tu masih dalam exam week silalah studi supaya anda tidak menyesal di kemudian hari...
Pastikan anda MENGULANGkaji supaya anda tidak MENGULANG kelak....
oopss..sebelum itu 'special thanks' kepada Saifudin a.k.a Budiks di atas kesudian beliau untuk studi bersama sebentar tadi...wasalam..

Saturday, November 7, 2009

SeLaMaT bErJuAnG


Assalamualaikum...

Selamat menduduki peperiksaan buat semua guru pelatih yang berada di IPGM KAMPUS PERLIS khasnya, dan IPG lain di seluruh Malaysia amnya...
Pastikan lafaz doa dan bismillah mengiringi titisan kalam anda semua...
Wasalam...