Tuesday, June 29, 2010

Sudah 8000 hari berlalu..

HARI ini, genaplah 8000 hari saya ,mendiami bumi Allah dengan segala nikmat dariNya yang tidak terhingga.Segala macam nikmat kurniaan Allah kepada kita telah kita kecapi dari hari kita dilahirkan sehinggalah saat ini. Dalam banyak-banyak nikmat dari Allah kepada kita, kita patut berasa bersyukur kerana kita adalah antara mereka yang terpilih untuk menerima nikmat yang paling besar, yang paling agung, iaitu nikmat Islam dan Iman. Tanpa nikmat Iman dan Islam kita bolehlah diibaratkan seperti batang-batang kayu dan batu-batu yang jelas akan menjadi bahan bakar api neraka kelak. Hanya Iman dan Islam yang mampu mengubah manusia dari kecelakaan ini. Tapi sejauh mana kita terselamat daripada api neraka Allah sesudah kita bergelar Muslim yang kita warisi dari bapa-bapa kita yang terdahulu ini? Inilah yang perlu kita renungi tentang sejauh mana ketqwaan kita kepada Allah S.W.T. Hari ini mungkin kita sedang ditimpa kesusahan dan kita kembali kepada Allah untuk memohon ampun dan menangis di hadapanNya atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Tapi esok, mungkin kita akan kembali mengulangi kemungkaran yang telah lakukan dan ketawa dengan kehebatan dan kekuasaan yang kita ada untuk terus melakukan dosa. Tapi Allah, Tuhan segala makhluk tidak sedikit pun pernah menolak taubat hamba-hamba-Nya yang lalai dan alpa ini dengan sifatNya Maha Pengampun selagi nyawa belum sampai ke halkum dan kiamat belum menjengah.  Begitulah pemurahnya Allah S.W.T ke atas kita dan ditambah pula selepas itu bermacam-macam jenis nikmat supaya kita bersyukur dan menginsafi kekuasaanNya. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud, Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). DaripadaNya kita datang, kepaNya juga kita kembali untuk dihisabkan.

Sunday, June 27, 2010

Taman Negara Pulau Pinang-Monkey Beach

Assalamualaikum..(laporan )
Baki cuti lagi seminggu telah digunakan dengan penuh bermanfaat untuk pergi beriadah/berkhemah di Taman Negara Pulau Pinang. Mungkin ramai yang masih lagi tak tahu tentang taman negara yang paling kecil di Malaysia ini dan mungkin terkecil di dunia. Keluasaanya hanya sekitar 2,562 hektar sahaja. Tapi Taman Negara Pulau Pinang ni kecil-kecil cili padi. Dekat kawasan taman negara ni saja terdapat lebih kurang lapan buah pantai yang pastinya cantik dan menarik untuk di kunjungi. Trip kami yang seramai empat puluh orang ni telah sebulat suara untuk berkhemah di Teluk Dugong Duyung a.k.a Monkey Beach yang jaraknya 3.4 km dari pintu masuk taman negara. Monkey Beach adalah salah satu destinasi menarik yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang. Kami telah menggunakan jalan darat untuk ke sana bagi merasai sendiri cabaran meredah hutan. Bagi yang hendak cara mudah dan tidak memenatkan, anda hanya perlu bayar RM50 untuk satu perjalanan sehala ke sana menggunakan bot (maksimun 10 orang). Sepanjang  trek, apa yang dihajati ternyata menjadi, kami sekarang benar-benar 'menikmati' cabaran yang diidamkan. Dengan barangan makanan dan peralatan khemah yang kami pikul, tapi terpaksa melalui trek yang sangat sukar dan berbahaya. Ini adalah sesuatu yang diluar jangkaaan kami kerana kami tidak bersedia langsung untuk berhadapan dengan trek yang sebegini mencabar. Kami mengjangkakan yang terdapat laluan pejalan kaki yang  selesa disediakan untuk ke sana. Tapi malangnya hanya akar-akar kayu, batu-batu besar dan pokok-pokok yang tumbang terbentang sepanjang perjalanan kami. Perjalanan yang hanya dijangka mengambil masa sekitar satu jam suku telah berubah kepada perjalanan yang panjang dan sangat memenatkan. Kami tiba di Monkey Beach hanya setelah 2 jam lebih berhempas pulas dalam hutan. Ketibaan kami disambut meriah oleh sang monyet  yang banyak berkeliaran di sana sinonim dengan nama Monkey Beach.

Apa-apapun kami  berasa bangga kerana telah berjaya melalui cabaran itu selain berjaya membakar sebahagian lemak badan yang terhasil semasa cuti. Secara keseluruhannya sangat seronok bersama pengalaman-pengalaman baru seperti termasak dan minum air payau, tidur berhimpit dalam khemah yang panas, barbeque dalam gelap gelita, buat unggun api (sebenarnya dilarang, tapi tak tau masa tu) dan macam-macam lagi. Time balik kami memilih untuk menaiki bot bagi menjana pendapatan pengusaha bot di sana selain menikmati panorama indah dari laut. 

disediakan oleh:
zaher

Tuesday, June 1, 2010

Facebook-Ada anda peduli?


Kepada semua penggemar facebook,
Tak kira anda ustaz, anda ustazah, hatta anda ulama’ terkenal sekalipun,
Teruskanlah menggunakan aplikasi sosial Facebook kerana ia amat menyeronokkan, anda boleh berkenalan dengan sesiapa saja, anda boleh berhubung dengan sesiapa sahaja. Bagi yang nak glamor, facebook juga adalah tempat yang sesuai untuk anda expose diri anda, letak saja gambar anda yang macho, dengan posing yang pelbagai dan fully edit untuk tatapan umum, bagi wanita inilah saat yang paling sesuai untuk anda tayang bentuk badan anda, pakaian yang menjolok mata, bergambar dengan posing yang mengiurkan dan setiap hari sentiasa berbangga dengan iklan tubuh badan anda sendiri yang telah berjaya untuk menerima puluhan malah ratusan friend request. Andalah yang paling hebat jika dapat menjadi pujaan ramai dalam facebook.  Selain itu bagi para remaja dan belia, anda boleh buangkan masa muda anda yang amat bernilai ini berjam-jam dengan Facebook, anda boleh chating, upload gambar, kutuk-mengutuk, main game dan macam-macam lagi ada seperti  slogan Astro tu.  Tapi yang paling penting, semua ni percuma.. kerana tidak ada satu sen pun yang anda bayar untuk facebook. TAPI ADAKAH AKSES INTERNET DIPEROLEH SECARA PERCUMA??? TALEKOM PEMBEKAL UTAMA AKSES INTERNET MEMBAYAR BERBILION RINGGIT UNTUK MENGHUBUNGKAN KITA DENGAN DUNIA LUAR, TERMASUKLAH DENGAN FACEBOOK, WANG ITU HASIL DARI KITA JUGA. KEPADA SIAPA TELEKOM BAYAR? ANDA INGAT GOOGLE DAN  YAHOO BUTA-BUTA NAK SEDIAKAN PERKHIDMATAN PERCUMA??.Tapi untuk menyedapkan hati anda,  DAN anda jenis yang berfikiran SINGKAT dan SEMPIT, anda akan katakan ini percuma. Pernahkah anda terfikir untuk menggunakan waktu berjam-jam yang dihabiskan dengan facebook untuk mengutip sedikit mutiara ilmu yang bertaburan dalam internet. Atau untuk menyumbang kepada umat Islam dan manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah?. Selain itu, anda sentiasa berasa anda telah membuat satu keputusan yang betul bila anda telah mendaftar dalam facebook. Malah mungkin ada antara anda merasakan hidup ini telah lengkap dengan adanya facebook.

Setiap saat sedang anda sedang sibuk membuang masa menghadap computer untuk keseronokkan dengan facebook, Mark Zuckerberg pula sama seperti anda,dia pun menghadap computer juga, tapi bukan untuk chating, main game atau kutuk mengutuk dalam facebook, tapi dia sedang memeriksa akaun banknya yang setiap saat sentiasa bertambah, mencari peluang-peluang baru untuk kembangkan aplikasinya dan yang paling gemar si Yahudi ni lakukan ialah berfikir, oh..betapa BODOHnya  umat Islam ini, luangkan masa dan wang ringgit mereka untuk menggunakan aplikasi yang dia cipta ini. Anda sendiri tahu yang Mark Zuckerberg ini seorang  Yahudi tapi anda tidak pernah tahu dan ingin ambil tahu tentang kegiatan dia dalam pertubuhan Yahudi iaitu Alpha Epsilon Pi. Anda juga tidak pernah mahu untuk memikirkan sejuah mana sumbangan dia dalam komuniti Yahudi dan negara Israel. Jika anda tahu sekalipun dia yang sumbangkan duit untuk Israel bunuh umat Islam di Palestin, apa anda peduli, anda bukan ada ayah, ibu, kakak, abang, adik, atuk, nenek, mak cik dan pak cik di Palestin. Bagi anda lantak la dengan orang Palestin, dah takdir, takkan nak tutup akaun facebook kerana orang Palestin kot, mana berbaloi. Rugi lah kalau tutup akaun facebook, dah tak boleh tayang badan kat orang, tak boleh chating dengan member2, tak boleh nak kutuk2 dah, tak boleh nak main game dah..kesimpulannya kalau tutup akaun facebook ni life is gone.  BILA ADA PERADUAN MELUKIS WAJAH NABI MUHAMMAD, ANDA MARAH, ORANG MAIN-MAINKAN RASUL ANDA. Tapi dalam masa yang sama anda tetap juga log in dalam facebook, klik ke sana sini, dan Mark Zuckerberg terus terseyum lihat duit terus menerus masuk ke akaunnya selagi anda terus klik apa2 saja yang ada dalam facebook tu. Bila orang kata boikot la facebook, dia biarkan orang hina agama Islam, anda pun angguk tanda setuju, tapi anda tetap buka facebook kerana ada anda kisah orang hina Rasulullah?, biarlah orang hina Islam pun, janji aku seronok dapat buka facebook, lagipun sekejap saja, nak hina, hinalah… Anda tak kisah langsung kerana anda telah tenggelam dalam zuuq facebook. Biasalah tebal mana sangat iman orang macam kita ni.
Sekarang Yahudi Zionis mengganas lagi, sesuka hati membunuh  aktivis bantuan kemanusian, mereka yang tidak bersenjata ditembak sesuka hati,tapi kerana tekad dan iman para aktivis ini yang tinggi telah membawa mereka ke jalan syuhada. Sekali lagi anda tahu dan anda amat marahkan Zionis, anda maki macam-macam pada Zionis. Negara kecil di tengah Teluk Arab berani sekali untuk menjadi samseng dunia, anda kata Amerika lah yang sokong Zionis, Britain lah yang banyak tolong mereka tubuhkan negara Israel, tapi anda lupa..mereka berani bukan kerana sokongan negara-negara lain, tapi mereka berani kerana kerana dunia dan anda merestui mereka, kerana anda terus menyokong mereka melalui Facebook, anda adalah antara 540 juta penyokong setia Iblis ini dengan cara anda menggunakan facebook. Beruntung betul anda kerana anda adalah antara tangan-tangan yang membunuh umat Islam di seluruh dunia. Apa hendak anda takutkan, Kiamat belum tiba lagi, anda pun masih muda remaja. Nanti dah dekat nak mati pandai-pandai bertaubat. Apa-apaun teruskanlah berFacebook untuk kepuasaan anda dan sebagai tanda sokongan anda kepada kekejaman Israel. Mungkin di saat anda sedang membaca artikel ini, di tab yang lain, masih terpampang wall facebook. Wasalam.

ALLAHUAKBAR!!!



Zionis jahanam ini perlu sahaja dilenyapkan dari muka bumi ini. Tingkahlaku tak ubah seperti syaitan dan iblis laknatullah..Wahai para pemuda..Jalan-jalan ke arah syahid sedang terbuka dengan luasnya dan alangkah manisnya jika kita dapat berjuang seperti mereka yang tidak kenal erti takut, mereka seperti singa-singa Allah yang dalam kelaparan. Tiada rasa takut dan gerun dalam diri mereka kecuali takutkan Allah jika ditanya kelak apa yang mereka lakukan tika berhadapan dengan Zionis laknatullah, mereka telah jalankan amanah mereka untuk hapuskan musuh-musuh Allah ini, tiada jalan pendamaian untuk musuh-musuh Allah ini. Hanya darah dan air mata dapat kembalikan bumi Palestin. Tanah milik umat Islam. Sejak wujudnya dunia ini lagi, bumi Al-Agsa bumi milik umat Islam sejagat. Ayuh segerakan langkah jihad kita biar dengan apa cara sekalipun. Ya Allah kembalikanlah bumi Al-Aqsa itu ke tangan umat Islam, biar dengan apa cara sekalipun...biar harganya semahal darah seluruh pemuda dan pemudi Islam sekalipun. Sebelum mata ini terpadam,diri ini dambakan sekali untuk melihat bumi Aqsa pulang ke tangan umat Islam..Amin